AFB Feeds

16 August 2019

LIVE LIKE A BABY !


Sodiqin si baby yang tak berapa nak baby ni sejenis morning person.
Dia bangun seawal 5.30 am – 6.00 am termasuk hari cuti.

Hari-hari dia bangun tidur dia terus jalan kedek-kedek mengadap toys.


Hari ni dia mengadap robot. Sambil main dengan robot, bercakap dan gelak dia sorang-sorang. Bukan ada kawan pun, kakak tidur lagi, abang balik kampung.

Bahagia & happy je dia.

Saya yang baru lepas solat subuh tadi perhatiiiiiiikan je.
Walaupun sekadar duduk memerhati dan melihat je, terasa juga tau tempias bahagia dan happy Sodiqin ni.  Seronok tengok dia.......

Dari situ teringat pula kelas Afnan Rosli dan dari situ saya faham tentang vibration.

Budak-budak ni, diarang takde dosa.
Hati diarang pun suci bersih, takde dendam.
Jadi, diarang vibrate pada vibration yang sangat-sangat tinggi atau kata lain, sangat-sangat positif.
Disebabkan itu, orang-orang yang ada berhampiran dengan budak-budak pun akan rasa vibrations yang sama...akan rasa bahagia, happy, tenang macam tu.

Bestkan ?

Kita pun sebaik-baiknya macam tu juga kan ? Barulah orang seronok dan selesa nak berdamping dengan kita sebab kita sebarkan vibration bahagia, happy tenang pada orang-orang keliling kita.

Yang saya belajar, rupanya mudah je nak jadi macam tu.

Semudah LIVE LIKE A BABY !

Macam Sodiqin, dia bangun tidur, terus pegi buat benda yang dia suka, which is main.  Kita pun boleh..buatlah benda yang kita suka, yang buat kita teruja.  Buat sebanyak mungkin.  Contohnya, kita suka pokok.  Jadi pagi-pagi sebelum pergi kerja, kita layanlah pokok dulu..lepas tu, petang nanti lepas balik kerja, layan lagi. Haaa..kan bahagia tu.

Next, macam saya cakap tadi, baby ni tiada dosa dan tiada dendam.. Jadi, kita pun janganlah buat perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa dan jangan juga simpan dendam dalam hati.  Dosa & dendam vibrate pada kadar vibration yang sangat-sangat rendah.  Let go semua dendam.  Bila takde dosa dan dendam, orang pun sayang.

Kemudian, senyumlah sentiasa dan gelaklah selalu.  Baby kan macam tu kan ? Cair hati kita kan kalau tengok baby senyum..kalau baby gelak, kita pun tak pasal-pasal gelak sama. Sooooooo comel !

Dan last sekali, rehatlah secukupnya.  Baby bila cukup tidur, diarang takde pun merap & buat ragam.  Macam tu juga kita sebab kita perlukan tenaga secukupnya. Cuma, kerja kita bukanlah kita tidurrrrrrrr je.  Tips dari Afnan Rosli, tidur pukul 9.00 pm dan bangun pukul 12.00 am.  Tidur dalam tempoh &  waktu tu bersamaan dengan kita tidur selama 9 jam walaupun hakikatnya kita tidur 3 jam je.  Saya dah buat..berkesan !

Bila dah LIVE LIKE A BABY ni, bersedialah korang untuk rasa bahagia dan happy sentiasa, like a baby......


Fina Nawawi
Always healthy, always happy

09 May 2019

PESAKIT KANSER SERVIKS : MASIH ADA HARAPAN UNTUK SEMBUH ?

Kanser serviks berlaku apabila sel tumbuh secara tidak normal di serviks.  Kebanyakan kes yang berlaku berpunca daripada sejenis virus.  Sekiranya diberi rawatan awal, pesakit masih ada harapan untuk sembuh.

SIMPTOM-SIMPTOM KANSER SERVIKS


1. Keluar cecair tidak normal di vagina.
2. Berlaku pendarahan pada vagina antara masa kedatangan haid.
3. Berlaku pendarahan selepas menapouse.
4. Berlaku pendarahan sewaktu bersama.

PENYEBAB UTAMA KANSER SERVIKS


Punca utama kanser serviks adalah disebabkan oleh virus HPV.  Virus ini kebiasaannya akan menyebabkan jangkitan pada vagina.  Kebiasaannya jangkitan ini akan kembali pulih dengan sendirinya.  Namun, sekiranya jangkitan itu kelihatan kronik, ia mampu mengundang kanser.

SIMPTOM HPV


Virus HPV ini kebiasaannya akan menyebabkan jangkitan seperti ketuat pada vagina.  Terdapat simptom HPV yang boleh hilang dengan sendiri tetapi ia juga boleh jadi bahaya sekiranya ia berada pada badan untuk tempoh masa yang lama sehingga kita tidak sedar ia sudah bertukar kepada kanser.

BAGAIMANA HPV BOLEH MENYEBABKAN KANSER ?


Apabila virus HPV yang berisiko tinggi ini berada dalam badan, ia berupaya menyebabkan terjadinya sel-sel abnormal.  Apabila sel-sel ini berkembang secara abnormal, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan kanser.

RISIKO LAIN PENYEBAB KANSER SERVIKS


1.  Merokok
2.  Mempunyai ramai anak
3.  Menggunakan pil perancang keluarga untuk tempoh yang lama
4.  Mempunyai HIV positif dan daya tahan badan yang lemah

PENCEGAHAN AWAL


Sebagai pencegahan awal, setiap wanita amat digalakkan untuk membuat pap smear lima tahun sekali.  Sekiranya keputusan pap smear menunjukkan hasil abnormal, ujian akan dibuat sekali lagi dan doktor mungkin akan mencadangkan supaya pesakit membuat colposcopy untuk meneliti dengan lebih terperinci bahagian serviks. Jika keputusan abnormal tersebut adalah prakanser, ia akan dibuang.

STAGE KANSER SERVIKS


Stage 0 : Sel kanser ditemui pada permukaan serviks sahaja.

Stage 1 : Sel kanser telah merebak ke serviks dan uterus.

Stage 2 : Sel kanser telah merebak ke serviks dan uterus serta tisu-tisu berdekatan.

Stage 3 : Sel kanser telah merebak ke bahagian bawah vagina dan menyebabkan tersekatnya saluran kencing.

Stage 4 : Sel kanser telah merebak ke organ-organ lain yang berdekatan.

SUPLEMEN TERBAIK UNTUK DIAMALKAN UNTUK MENCEGAH KANSER SERVIKS


Suplemen terbaik yang sesuai diamalkan untuk mencegah kanser serviks adalah VIVIX.  Vivix berfungsi untuk melindungi sel dan membaiki sel sekiranya terdapat sel yang rosak.

Bagi wanita yang telah didiagnos sebagai pesakit kanser serviks, Vivix sangat bagus untuk diamalkan setelah selesai rawatan kemoterapi kerana ia membantu mengembalikan tenaga.  Hal ini kerana Vivix boleh menambah bilangan mitokondria dalam sel badan.  Mitokondria merupakan pusat tenaga sel, lebih banyak mitokondria, akan menyebabkan seseorang menjadi lebih sihat dan lebih bertenaga.


Namun begitu, harus diingat bahawa Vivix BUKAN ubat untuk merawat kanser.  Cuma, dengan pemahaman cara Vivix berfungsi dan amalan minum Vivix secara konsisten, mudah-mudahan terhindarlah kita dari semua penyakit kronik ini.

Yang utama, sentiasa dapatkan kebenaran daripada doktor yang merawat sebelum mengamalkan Vivix.

....


Lagi kisah menarik tentang kanser dan Vivix, boleh baca di :

 +   Pesakit kanser : Antara berjuang atau hanya berserah

PEMBELIAN VIVIX


Sekiranya anda ingin mencegah daripada menghidapi penyakit kanser servik ini atau anda merupakan seorang pesakit kanser serviks, anda boleh mengamalkan Vivix.

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.



Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi,012-538 9844

Bizarre Empire

19 October 2018

USAHA HAMIL, HAMIL DAN BERPANTANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE DAN VIVIX

Usaha untuk hamil dan akhirnya berjaya hamil setelah 8 tahun menanti, semuanya dengan Vitamin Shaklee dan Vivix.  Diteruskan set yang sama sewaktu berpantang.  Kesannya, boleh baca kisah ibu ini di bawah.


Kredit : Puan A'bidatul Mu'tadillah binti Motolani

Pada awal tahun lepas, 2017 saya berjinak-jinak untuk minum Vivix dan makan B Complex untuk repair sel-sel badan yang rosak dan tidak sihat.  B Complex adalah bekalan untuk hb yang baik di samping untuk atasi stress dan kecantikan.  Sebenarnya, ada niat di hati saya andai diberi peluang dan rezeki nak baby..hahaha.  Hari-hari yang saya lalui menjadi semakin sunyi bila anak-anak pergi ke sekolah.  Masa tu, anak sulung berumur 10 tahun dan yang kedua 8 tahun.

Alhamdulillah pada bulan Mac, saya disahkan mengandung.  Masa tu antara percaya dengan tidak.  Kami sekeluarga sangat gembira dengan berita ini.  Oleh kerana ini baby yang ditunggu-tunggu, jadi saya teruskan pengambilan vitamin untuk ibu hamil.  Alhamdulillah alahan tu ada tapi tiadalah teruk.  Masa ini saya makan Vitamin C, B Complex, Vitalea dan Ostematrix.

Masuk bulan kedua, bukalah buku pink.  Masa ini, semua sejarah dirungkai.  Saya ada sejarah tiroid.  Tami masa tu tak tau jenis yang mana.  Rupanya dia mengganggu saya apabila saya mengandung.  Ibu hamil kan mengalami perubahan hormon.  Saya mengalami penurunan berat badan yang agak banyak.  Sepanjang kehamilan, saya mengalami kurang berat badan sebanyak lebih kurang 19 kg.  Ni kalau tidak mengandung, menari-nari saya seronok kurus gitu.

Maka, sepanjang kehamilan, saya dipantau oleh doktor pakar dari Hospital Besar Ipoh.  Setiap bulan kena cek darah bagi memastikan tahap tiroid saya terkawal.  Alhamdulillah masa hujung-hujung kehamilan, tiroid saya semakin stabil.  Saya terus konsisten dengan Set Kehamilan Shaklee.  Saya yakin bila saya dapat vitamin dan nutrien yang cukup untuk baby saya, In Shaa Allah semua akan ok.

Kehamilan saya yang ini sangat berbeza dari yang lepas-lepas.  Walaupun ada tiroid, saya kekal aktif hingga ke hari bersalin.  Saya juga boleh hadir ke kuliah kerana masih menyambung study.  Allah mudahkan saya walaupun terpaksa duduk dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.  Belum lagi terpaksa berjam-jam duduk di depan komputer untuk menyiapkan asingment.  Saya enjoy sepanjang kehamilan.

Berkat konsisten Ostematrix, saya tidak mengalami sakit gigi, kejang kaki dan juga tidak mengalami sembelit.  Kandungan sebelum ini semua itu terpaksa saya lalui.

Tanggal 14.12.2017, maka lahirlah baby bam bam.  Dalam pada berat ibunya susut, tetapi baby alhamdulillah, 4kg semasa dilahirkan.  Disebabkan overdue 40 minggu 9 hari dan baby tidak berada pada jalannya walaupun sudah turun tanda, maka emergency czeer lah.

Selepas sahaja keluar dari bilik operation dan masa kuarantin, saya dibenarkan untuk makan dan balik ke wad.  Usah cakaplah rasa laparnya tu kan.  Mula puasa pukul 8.00 pagi, pukul 11 malam baru boleh makan.  Ha ha ha..Suami dah tunggu di wad.  Tau apa yang dibawanya, Vivix.  Saya tak fikir apa dah, terus minum dua sudu besar Vivix dan malam tu minum susu dan roti sahaja.  Sepanjang malam tu alhamdulillah saya boleh mengurus diri dan baby.

Sepanjang berpantang, saya meneruskan vitamin-vitamin yang memang saya makan dan ditambah dengan Vivix, Alfafa dan Lecithin.  Sedia maklum ibu yang bersalin secara pembedahan memerlukan penjagaan yang lebih dan kena pastikan tempat luka kering dan sembuh dengan baik.

Ibu bersalin tidak lari dari masalah bengkak susu.  Alhamdulillah dengan Lecithin, sangat membantu.

Saya juga perlu hari-hari pergi ke klinik untuk cek kuning baby. Saya perlu naik turun tangga sebab rumah di tingkat 2. Oleh sebab itu saya perlukan tenaga dan sihat bagi memastikan baby dapat susu dan juga perhatian yang terbaik.

Alhamdulillah di atas segala momen-momen yang indah sepanjang kehamilan baby yang ketiga ini. Andai ada ibu-ibu yang ingin hamil,sedang hamil dan sedang berpantang boleh la cuba set-set yang sangat hebat ni.

Baca juga :





PEMBELIAN SET HAMIL / BERPANTANG DAN VIVIX DENGAN HARGA JIMAT



Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

18 October 2018

HIMPUNAN TESTIMONI PESAKIT DIABETES YANG MENGAMALKAN VIVIX UNTUK MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH



 













Baca juga :

Kenali penyakit diabetes, salah satu pembunuh senyap

Empat punca utama penyakit diabetes.  No. 2 dan 3 paling kerap berlaku.

5 kesan buruk diabetes.  No. 2 dan 5 paling menakutkan.

10 simptom umum penyakit diabetes

Cara mengawal gula dalam darah

PEMBELIAN VIVIX UNTUK DIABETES


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit diabetes dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

JANGAN TUNDA-TUNDA LAGI. MULAKAN BISNES PERTAMA ANDA DENGAN SHAKLEE KERANA .....

Sekiranya anda sering terfikir untuk memulakan bisnes, namun masih tertunda-tunda, apa kata saya 'paksa' anda mulakan bisnes anda yang pertama dengan Shaklee.


Saya faham, adakalanya, tanpa bantuan, ilmu, mentor dan bimbingan, kita rasa ragu-ragu dan terus menundakan hasrat kita.  Tidak mengapa, kali ini biar saya bantu anda.

Kenapa bisnes Shaklee ? 


+  Saya mengenali Shaklee sejak tahun 2014 (Hakikatnya Shaklee telah berada di Malaysia sejak tahun 1994).  Saya dapati sehingga kini, produk Shaklee sentiasa mempunyai permintaan dalam pelbagai peringkat umur.  Terbukti bisnes ini bukan bisnes bermusim.

+  Shaklee mempunyai Pakar Nutrisi yang sentiasa bersedia untuk membimbing dan membantu sekiranya terdapat soalan daripada pengedar-pengedar Shaklee.

+   Shaklee bisnes yang mudah dan fleksibel.  Ia boleh dilaksanakan secara full time / part time / online /offline terpulang kepada kekuatan dan keselesaan anda.

+  Saya mempunyai team yang sangat supportive dalam pelbagai aspek (tips bisnes, rohani, knowledge dan sebagainya)

+  Saya mempunyai beratus-ratus real testimoni produk-produk Shaklee.  Saya sendiri adalah testimoni kepada produk-produk Shaklee.

Jadi, jangan tunda-tunda lagi.  Mari ubah hidup anda dan bina impian bersama bisnes Shaklee.
.

Your Shaklee Leader

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

4 MITOS TENTANG PENYAKIT DIABETES

Jangan tertipu dengan 4 mitos penyakit diabetes ini :


1.  Hanya orang gemuk sahaja yang berisiko untuk mendapat penyakit diabetes

Ramai yang beranggapan orang gemuk sahaja yang berisiko untuk mendapat penyakit diabetes.  Tanggapan itu salah sama sekali kerana penyakit diabetes boleh dihidapi oleh sesiapa saja yang tidak mengamalkan cara hidup sihat sama ada tidak menjaga pemakanan dan bersenam.

2.  Hanya golongan berumur sahaja yang berisiko untuk mendapat penyakit diabetes

Diabetes tidak hanya berisiko kepada golongan berumur sahaja.  Diabetes juga boleh dihidapi oleh kanak-kanak seawal tujuh tahun sama ada atas faktor genetik, berat badan berlebihan dan amalan pemakanan yang tidak sihat.

3.  Suntikan insulin petanda diabetes di peringkat kritikal

Pesakit diabetes yang perlu membuat suntikan diabetes tidak semestinya berada berada dalam kritikal.  Terdapat pesakit diabetes yang perlu membuat suntikan insulin pada peringkat awal lagi kerana hormon insulin di dalam badannya sudah tidak berfungsi.

4.  Pesakit diabetes hanya menunggu kematian

Kenyataan ini adalah mitos semata-mata.  Hakikat sebenar, kebanyakan pesakit diabetes yang mampu menjalani kehidupan berkualiti sama seperti orang yang sihat sempurna.  Hal ini kerana mereka mengamalkan cara hidup sihat dengan mengawal diet pemakanan, melakukan aktiviti fizikal dan mengamalkan ubat atau suplemen diabetes dengan konsisten.  Malah, terdapat di antara mereka yang mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding mereka yang sihat.

ALTERNATIF KEPADA PESAKIT DIABETES SELAIN CUCUK INSULIN


Selain cucuk insulin, pesakit diabetes juga boleh mengamalkan Vivix iaitu sejenis produk premium keluaran Shaklee sebagai alternatif.  Vivix berperanan untuk mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan sindrom rintangan insulin.

Di samping itu, Vivix yang mengandungi kandungan Polifenol membantu untuk mengawal kadar kepekatan gula dalam darah dengan memperlahankan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat pada kadar yang cepat akibat pengambilan makanan tinggi karbohidrat dan gula.

Baca juga :

Kenali penyakit diabetes, salah satu pembunuh senyap

Empat punca utama penyakit diabetes.  No. 2 dan 3 paling kerap berlaku.

5 kesan buruk diabetes.  No. 2 dan 5 paling menakutkan.

10 simptom umum penyakit diabetes

Cara mengawal gula dalam darah

PEMBELIAN VIVIX UNTUK DIABETES


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit diabetes dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

17 October 2018

TIPS BISNES : 3 KESILAPAN PENIAGA YANG BUAT PELANGGAN LARI

Dalam banyak-banyak tips bisnes, tips tentang kesilapan peniaga yang buat pelanggan lari juga tidak kurang pentingnya.  Hal ini kerana, jika dilihat pada hari ini, sudah terlalu ramai yang terlibat dengan bisnes, tidak kisah bisnes apa pun, sama ada menyediakan perkhidmatan atau menjual produk, secara online mahupun offline.  Pembeli mempunyai sangat banyak pilihan dan berhak untuk memilih peniaga.  Semestinya mereka memilih peniaga yang dapat memenuhi keperluan dan bijak mengambil hati mereka.  


Jadi, kita sebagai usahawan perlu berusaha untuk memastikan kita beri yang terbaik kepada pelanggan supaya dia akan terus dan terus berhubung dengan kita untuk membeli.  

...

Elakkan daripada membuat 3 kesilapan yang boleh buat pelanggan lari atau mencari peniaga lain berikut :

1. KURANG PENGETAHUAN TENTANG PRODUK

Orang berbisnes, kita pun hendak berbisnes, tetapi tidak mahu ambil tahu sedalamnya tentang produk yang dijual.  Belajar sekadar tahu tanpa faham.  Apabila pelanggan bertanya, boleh jadi terkebil-kebil dan tergagap-gagap (peniaga offline) atau lambat dibalas mesej pelanggan (peniaga online).   

Cuba kita letak diri kita di tempat pelanggan.  Contohnya, kita hendak membeli vitamin dan bertanya kepada penjual mengenai kandungan, keberkesanan, cara penyimpanan dan cara makan yang betul.  Jawapannya, tidak pastilah puan, nanti saya semak sekejap atau puan boleh baca pada label botol atau puan boleh Google sendiri.  Apa anda rasa ? Sudah pasti anda marah dan kalau bukan disebabkan rasa kesian, anda pasti tinggalkan saja peniaga tersebut dan cari peniaga lain.  Betul kan ?


2. TERLALU MEMAKSA PELANGGAN UNTUK BELI

Ini adalah kesilapan biasa yang peniaga lakukan.  Pelanggan membeli dalam keadaan yang dipaksa atau terpaksa (disebabkan pembeli memaksa) tidak akan membuatkan pelanggan itu membeli lagi dan lagi dengan peniaga yang memaksa.

Pernah tak bila kita jalan-jalan di mall, terdapat peniaga yang memanggil-manggil dan ada yang lebih extreme mengikut kita dari belakang sambil menerangkan tentang produk atau servis mereka.  Merimaskan bukan ?

Sebaik-baiknya, dekati mereka dahulu dan banyakkan enggagement melalui sharing tentang tips yang berkaitan dengan produk di media-media sosial atau whatsap.  Secara tidak langsung anda sedang mendidik prospek dan pada masa yang sama sedang mengiklankan produk anda.


3.  TIDAK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PELANGGAN

Ucap terima kasih nampak sangat remeh di mata sesetengah orang tetapi ia adalah salah satu elemen yang paling penting untuk menghargai pelanggan.

...

3 kesilapan peniaga yang buat pelanggan lari merupakan olahan saya berdasarkan pemahaman daripada artikel Azizan Osman yang bertajuk 5 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Dalam Perniagaan Jika Mahu Pelanggan 'Lekat' Dengan Anda dan berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang menjalankan perniagaan Shaklee.  Tidak dinafikan saya sendiri membuat kesilapan-kesilapan tersebut.  Cuba elakkan, ok !

Your Shaklee Leader

Fina Nawawi
Founder of Bizarre Empire 
Copyright FINA NAWAWI