AFB Feeds

20 December 2016

RUMAH IDAMAN

Ini rumah idaman saya.


Mustahil ?
Saya berpegang pada kata-kata :

DREAM BIG, IT'S THE FIRST STEP TO SUCCESS.

YOU HAVE TO DREAM BEFORE YOUR DREAMS COME TRUE.

SHOOT FOR THE MOON AND IF U MISS, U'LL BE AMONG THE STARS.

IF YOU SAY I DREAM TOO BIG, I WILL SAY YOU THINK TOO SMALL


Dan seterusnya bertindak dengan usaha, doa, tawakal.
Jadi, tidak mustahil...kan.

Sudi-sudi doakan saya juga.
Ingin bahagia dan tua dengan bergaya bersama Hanis Nasharudin di sini.

DUA INSAN TERSAYANG

Dua insan ini tersayang ini banyak berkorban untuk saya. 
Terlalu banyak.
Sangat banyak.
Sungguh banyak.

Merekalah sumber kekuatan saya di kala saya menghadapi saat-saat sukar dalam hidup saya suatu ketika dahulu.
Adanya mereka sentiasa di sisi saya membuatkan saya kuat, kuat dan terus kuat melangkah ke depan tanpa sedikit pun rasa untuk saya toleh ke belakang.
Syukur.
Pada saya, tiada yang paling indah melainkan dapat membahagiakan mereka.
Saya tahu mereka sedang berkira-kira untuk ke Mekah menunaikan haji kedua dalam tahun-tahun terdekat. Saya tahu ini hasrat mereka, mungkin untuk terakhir kali ke sana. Saya tahu ada kekangan yang membuatkan hasrat mereka tertangguh.
Harapan saya, mudah-mudahan saya mampu menanggung perbelanjaan mereka ke sana sebagai balasan atas pengorbanan-pengorbanan mereka pada saya. Harapan saya agar mereka sentiasa dimurahkan rezeki agar sentiasa dijemput lagi dan lagi ke sana.
Kerana saya tahu itu yang membahagiakan mereka.

Mampukah saya ?
Sudi-sudi doakan saya. 

Tapi, siapa mereka ?
Paling kiri dan yang paling kanan.
My beloved father & mother.

PENGALAMAN MANIS MENJAGA ANAK BERSUNAT

Abang Muqharrabin dah selamat bersunat pun 17.12.2016.

Bangun pagi, ada sedikit kerisauan pada si ibu.
Muqharrabin ada sikit cranky. Tak nak mandilah, tak nak makanlah.
Mungkin dia sendiri ada rasa gementar nak sunat.

Masa ni si atok, opah, ibu dan abi pun gunalah daya psikologi masing-masing untuk memujuk si abang.
We did it !
Ini yang dikatakan persediaan mental.  Belum pun bersunat, sudah ada drama.

Selamatlah fasa satu iaitu permergian atok, abi dan abang ke klinik.
Opah dan ibu setia menanti di rumah saja menjaga si adik.
Penantian di rumah juga satu debaran sebenarnya.
Apatah lagi yang di klinik tu kan...

Klinik yang dipilih adalah Klinik Dr. Najwa di Presint 11.  Si ibu dah pun meng'google' sehabis google untuk melihat potensi klinik yang dipilih.  Alhamdulillah, melalui pembacaan, klinik tersebut menjadi pilihan ramai di Putrajaya untuk anak-anak bersunat dan tiada info-info negatif yang dijumpai.  Slot untuk bersunat yang masih kosong pun ada dinyatakan dalam FB Klinik Dr. Najwa. Dari situ parents boleh pilih tarikh keramat masing-masing atau call saja terus - 03-8861 8721.  Dinasihatkan, parents jangan salah cawangan ye..sebab Klinik Dr. Najwa ni ada tiga cawangan iaitu di Presint 11, Sg. Merab dan Bandar Baru Bangi.  Pilihlah cawangan yang terdekat.  Dari segi harga, saya tidaklah buat comparison dengan klinik-klinik lain sebab my very 1st kriteria untuk pilih klinik mudah, iaitu dekat dengan rumah dan tiada masalah.  Harganya RM170.00.

Abang sedang disunatkan.
Bak kata atok. tak nangis, not even kerut-kerut muka.
Siap nak tengok lagi !
Doktor pun kagum.
Dua jam jugalah opah dan ibu menunggu dengan penuh suspen kepulangan atok, abi dan abang di rumah.  Akhirnya sampai juga. First word yang abang cakap selepas keluar dari kereta ialah SAKIT ! Fuhhh..ibu jadi gabra bila dengar abang cakap macam tu.  Dalam hati ibu, "Really ?? Betul ke sakit ?" Bukan apa, mulut dia kata sakit, tapi muka dia maintain macam biasa, takde kerut or takde rupa-rupa nak nangis pun.

Atok sampaikan pesanan doktor.  Buat bubur, bagi makan.  Pantang macam orang bersalin.  Lepas makan bubur kena bagi ubat tahan sakit yang doktor bagi, lepas tu sapu ubat.  Well...nampak macam mudah.  Nak suruh makan bubur memang mudah.  Tapiiiiiii untuk menyuruh atau lebih tepat lagi, 'memaksa' budak enam tahun yang memang tak suka makan ubat, ia jadi satu beban yang besar pada si atok, opah, ibu dan abi.   Apa cara lagi nak suruh dia makan ubat kalau dah memang tak suka makan ubat sedangkan mulut si abang duk mengaduh kesakitan.  Alhamdulillah, si ibu sentiasa ada alternatif.  Winkkkk....Vitamin C ! Sumbat dalam mulut dia.  Oklah..kurang sikit merungutnya.

SHAKLEE pun ada Set Berkhatan sebagai booster untuk sembuh.
Boleh contact saya untuk beli dengan consultation.
Tiba-tiba si abang nak kencing.  Ohmai....!
Ibu dah risau.

Dia relax saja kata, 'Kenapa ibu nak risau.  Kencing je la macam biasa, kan opah'.  Dannnn..dari kejauhan ibu dengar abang jerit sakit ! sakit ! sampai dah nak nangis.  Haaaaa..baru dia tahu !
Akhirnya, keluarlah statement dari abang, 'Kalau abang tahu sunat macam ni, abang tak nak sunat !'

Demi memulihkan semangat dan rasa down dia dengan sakit sunatnya tu, ibu offer untuk hadiahkan abang sesuatu.  Setiap kali abang cakap sakit..sakit..sakit, ibu suruh abang fikir hadiah apa yang abang nak dan suruh abang kuatkan semangat supaya cepat sembuh.  Boleh abang ikut ibu ke Toy R Us pilih sendiri hadiah yang abang nak.

Hari kedua, keadaan masih sama...cumanya, bila nak kencing dia dah steady dah..takde jerit-jerit dah.  Bila atok nak sapu ubat pun dah takde drama air mata dah.  Perubahan ketara dari hari pertama yang penuh dengan drama air mata dan jeritan,

Alhamdulillah, hari ketiga abang dah semangat nak ke Alamanda nak pilih hadiah.  Walaupun belum berani pakai seluar lagi, abang dengan confidentnya menyarung kain pelekat saja ke Alamanda. Abang naik stroller. Sebenarnya....ibu malu ! Tapi abang kata abang tak malu punnnnn.  Ok, fine.  Lepas dapat apa yang abang nak, ibu terus bawa abang balik.  Takde maknanya ibu nak meround Alamanda walaupun hati ibu berkobar-kobar sangat nak meround.

Selamat ke Alamanda dengan kain pelekat.
 Tahniah !
Hari ketiga juga abang dah boleh turun naik tangga ambil mainan sendiri, dah boleh melompat main dengan adik, dah boleh peluk bantal kuat-kuat dan dah boleh gelak sakan.

Alhamdulillah !

Totally satu pengalaman baru untuk ibu.  Pengalaman yang manis.
Abang siap pesan pada ibu, 'Ibu simpan tau tali ni untuk adik yang akan lahir tu.  Dia kan boy.  Nanti dia pun nak sunat jugak.'

Tali yang abang suruh ibu simpan.
Ye abang, ibu akan simpan.......

EMPAT PERSEDIAAN PENTING SEBELUM ANAK BERSUNAT

Image result for kanak-kanak bersunat


Muqharrabin bersunat di usia 6 tahun 9 bulan.
Tarikh keramat yang dipilih - 17.12.2016.

Sebelum tibanya hari keramat tu, hari-hari ibu pesan....bersedia untuk sunat abang.
Jawabnya, dari semalam abang dah bersedia.
Aduhai....confident sangatkan.  Ibu pulak yang risau.

Rasanya budak-budak zaman sekarang memang confident je nak sunat.  Atau boleh jugak dikatakan over confident.  Ini semua pengaruh dengan cerita Upin Ipin. Well, bagus jugakan.....
Apa persediaan parents sebelum anak sunat ni ?

Yang pertama, semestinya MENTAL.
Bukan saja persediaan mental anak-anak, mental parents juga perlu disediakan.  Parents kena ready untuk menerima dan berhadapan dengan sebarang drama sebelum dan selepas si anak bersunat.

Yang kedua, KLINIK untuk bersunat.
Carilah klinik yang terbaik demi masa depan si anak.  Buatlah sedikit homework klinik mana yang pakar dalam proses sunat-menyunat ni.  Jangan pandang enteng pemilihan klinik tau.  Sudah ada kes yang doktornya salah bius. Pengalaman rakan sekerja saya. Alhamdulillah akhirnya selamat juga.

Yang ketiga, SUPPLEMENT untuk cepatkan proses penyembuhan luka. Kebiasaannya doktor akan bagi ubat tahan sakit & ubat sapu. Jangan bergantung kepada ubat doktor itu saja ya. Tambahkan juga Vitamin C dan supplement lain yang bersesuaian. In shaa allah hari kedua dah nampak perubahan.

Yang keempat, pastikan BAJET mencukupi.  Yang ini sebenarnya optional. Yang pentingnya bajet untuk sunat di klinik yang dipilih sudah disediakan. Bajet lain, hadiah untuk si anak sebab dah berjaya sunat tanpa drama-drama tragis.

Good luck kepada parents & anak-anak yang akan bersunat.


Love,

04 December 2016

FINA NAWAWI PENGEDAR SAH SHAKLEE



Salam semua para pembaca blog Fina Nawawi (FN).  Diharapkan anda berada dalam keadaan sihat dan bahagia. Harini FN ingin mewar-warkan tentang pengedar kawasan Shaklee yang sah.

Pengedar Sah Shaklee Putrajaya dan Cyberjaya

Untuk pengetahuan semua, FN adalah ahli shaklee berdaftar dan merupakan pengedar sah Shaklee kawasan Putrajaya dan Cyberjaya. Sesiapa yang ingin mendapatkan vitamin Shaklee boleh hubungi FN untuk urusan COD (Cash on Delivery). FN akan atur penghantaran di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.
Boleh kita kenal-kenal dan bolehlah FN berikan konsultasi secara percuma untuk para pembeli yang membuat belian dengan FN. Kalau nak datang ambil di rumah juga boleh..tiada masalah.

Kenali Fina Nawawi Sebagai Pengedar Shaklee Yang Sah

FN adalah ahli Shaklee yang sah sejak tahun 2014 dan FN boleh dihubungi bila-bila masa kerana FN buat bisness Shaklee secara on the go. Maknanya di mana-mana saja FN berbisnes dengan kecanggihan teknologi terkini.

Bagaimana Nak Dapatkan Produk Shaklee?

Hanya hubungi FN di talian 012-5389844 dan FN akan arrange urusan penghantaran. FN available 7 hari seminggu dan anda hanya perlu nyatakan produk yang diingini dan masa untuk mendapatkan produk tersebut.
Istimewanya COD ini adalah anda boleh bertanya sendiri apa sahaja soalan tentang supplement secara live dengan FN dan jangan risau konsultasi FN adalah mengikut piawaian, bukan main-main. Selagi boleh, FN akan cuba memberikan jawapan sebaik mungkin.

Kenapa Mesti Fina Nawawi, mana-mana distributor tak sama ke?

Iya, memang tidak sama. Sebab tidak semua pengedar sah Shaklee itu berilmu dengan ilmu-ilmu nutrisi. Jadi jika anda mementingkan kualiti, FN sedia membantu. Jika anda memilih agen Shaklee yang tidak bertauliah, kemungkinan anda tidak akan dapat bimbingan konsultasi yang sepatutnya atau lebih bimbang lagi jika cara pemakanan vitamin adalah tidak tepat.  Mana mungkin dapat hasil yang sepatutnya.
Jadi, untuk selamat pastikan anda memilih distributor yang betul.
Jadi, apa tunggu lagi hubungi FN segera ok:)

http://shakleebyfina.wasap.my

Jemput like page Pengedar Shaklee Putrajaya

Copyright FINA NAWAWI