AFB Feeds

20 December 2016

DUA INSAN TERSAYANG

Dua insan ini tersayang ini banyak berkorban untuk saya. 
Terlalu banyak.
Sangat banyak.
Sungguh banyak.

Merekalah sumber kekuatan saya di kala saya menghadapi saat-saat sukar dalam hidup saya suatu ketika dahulu.
Adanya mereka sentiasa di sisi saya membuatkan saya kuat, kuat dan terus kuat melangkah ke depan tanpa sedikit pun rasa untuk saya toleh ke belakang.
Syukur.
Pada saya, tiada yang paling indah melainkan dapat membahagiakan mereka.
Saya tahu mereka sedang berkira-kira untuk ke Mekah menunaikan haji kedua dalam tahun-tahun terdekat. Saya tahu ini hasrat mereka, mungkin untuk terakhir kali ke sana. Saya tahu ada kekangan yang membuatkan hasrat mereka tertangguh.
Harapan saya, mudah-mudahan saya mampu menanggung perbelanjaan mereka ke sana sebagai balasan atas pengorbanan-pengorbanan mereka pada saya. Harapan saya agar mereka sentiasa dimurahkan rezeki agar sentiasa dijemput lagi dan lagi ke sana.
Kerana saya tahu itu yang membahagiakan mereka.

Mampukah saya ?
Sudi-sudi doakan saya. 

Tapi, siapa mereka ?
Paling kiri dan yang paling kanan.
My beloved father & mother.

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI