AFB Feeds

20 December 2016

PENGALAMAN MANIS MENJAGA ANAK BERSUNAT

Abang Muqharrabin dah selamat bersunat pun 17.12.2016.

Bangun pagi, ada sedikit kerisauan pada si ibu.
Muqharrabin ada sikit cranky. Tak nak mandilah, tak nak makanlah.
Mungkin dia sendiri ada rasa gementar nak sunat.

Masa ni si atok, opah, ibu dan abi pun gunalah daya psikologi masing-masing untuk memujuk si abang.
We did it !
Ini yang dikatakan persediaan mental.  Belum pun bersunat, sudah ada drama.

Selamatlah fasa satu iaitu permergian atok, abi dan abang ke klinik.
Opah dan ibu setia menanti di rumah saja menjaga si adik.
Penantian di rumah juga satu debaran sebenarnya.
Apatah lagi yang di klinik tu kan...

Klinik yang dipilih adalah Klinik Dr. Najwa di Presint 11.  Si ibu dah pun meng'google' sehabis google untuk melihat potensi klinik yang dipilih.  Alhamdulillah, melalui pembacaan, klinik tersebut menjadi pilihan ramai di Putrajaya untuk anak-anak bersunat dan tiada info-info negatif yang dijumpai.  Slot untuk bersunat yang masih kosong pun ada dinyatakan dalam FB Klinik Dr. Najwa. Dari situ parents boleh pilih tarikh keramat masing-masing atau call saja terus - 03-8861 8721.  Dinasihatkan, parents jangan salah cawangan ye..sebab Klinik Dr. Najwa ni ada tiga cawangan iaitu di Presint 11, Sg. Merab dan Bandar Baru Bangi.  Pilihlah cawangan yang terdekat.  Dari segi harga, saya tidaklah buat comparison dengan klinik-klinik lain sebab my very 1st kriteria untuk pilih klinik mudah, iaitu dekat dengan rumah dan tiada masalah.  Harganya RM170.00.

Abang sedang disunatkan.
Bak kata atok. tak nangis, not even kerut-kerut muka.
Siap nak tengok lagi !
Doktor pun kagum.
Dua jam jugalah opah dan ibu menunggu dengan penuh suspen kepulangan atok, abi dan abang di rumah.  Akhirnya sampai juga. First word yang abang cakap selepas keluar dari kereta ialah SAKIT ! Fuhhh..ibu jadi gabra bila dengar abang cakap macam tu.  Dalam hati ibu, "Really ?? Betul ke sakit ?" Bukan apa, mulut dia kata sakit, tapi muka dia maintain macam biasa, takde kerut or takde rupa-rupa nak nangis pun.

Atok sampaikan pesanan doktor.  Buat bubur, bagi makan.  Pantang macam orang bersalin.  Lepas makan bubur kena bagi ubat tahan sakit yang doktor bagi, lepas tu sapu ubat.  Well...nampak macam mudah.  Nak suruh makan bubur memang mudah.  Tapiiiiiii untuk menyuruh atau lebih tepat lagi, 'memaksa' budak enam tahun yang memang tak suka makan ubat, ia jadi satu beban yang besar pada si atok, opah, ibu dan abi.   Apa cara lagi nak suruh dia makan ubat kalau dah memang tak suka makan ubat sedangkan mulut si abang duk mengaduh kesakitan.  Alhamdulillah, si ibu sentiasa ada alternatif.  Winkkkk....Vitamin C ! Sumbat dalam mulut dia.  Oklah..kurang sikit merungutnya.

SHAKLEE pun ada Set Berkhatan sebagai booster untuk sembuh.
Boleh contact saya untuk beli dengan consultation.
Tiba-tiba si abang nak kencing.  Ohmai....!
Ibu dah risau.

Dia relax saja kata, 'Kenapa ibu nak risau.  Kencing je la macam biasa, kan opah'.  Dannnn..dari kejauhan ibu dengar abang jerit sakit ! sakit ! sampai dah nak nangis.  Haaaaa..baru dia tahu !
Akhirnya, keluarlah statement dari abang, 'Kalau abang tahu sunat macam ni, abang tak nak sunat !'

Demi memulihkan semangat dan rasa down dia dengan sakit sunatnya tu, ibu offer untuk hadiahkan abang sesuatu.  Setiap kali abang cakap sakit..sakit..sakit, ibu suruh abang fikir hadiah apa yang abang nak dan suruh abang kuatkan semangat supaya cepat sembuh.  Boleh abang ikut ibu ke Toy R Us pilih sendiri hadiah yang abang nak.

Hari kedua, keadaan masih sama...cumanya, bila nak kencing dia dah steady dah..takde jerit-jerit dah.  Bila atok nak sapu ubat pun dah takde drama air mata dah.  Perubahan ketara dari hari pertama yang penuh dengan drama air mata dan jeritan,

Alhamdulillah, hari ketiga abang dah semangat nak ke Alamanda nak pilih hadiah.  Walaupun belum berani pakai seluar lagi, abang dengan confidentnya menyarung kain pelekat saja ke Alamanda. Abang naik stroller. Sebenarnya....ibu malu ! Tapi abang kata abang tak malu punnnnn.  Ok, fine.  Lepas dapat apa yang abang nak, ibu terus bawa abang balik.  Takde maknanya ibu nak meround Alamanda walaupun hati ibu berkobar-kobar sangat nak meround.

Selamat ke Alamanda dengan kain pelekat.
 Tahniah !
Hari ketiga juga abang dah boleh turun naik tangga ambil mainan sendiri, dah boleh melompat main dengan adik, dah boleh peluk bantal kuat-kuat dan dah boleh gelak sakan.

Alhamdulillah !

Totally satu pengalaman baru untuk ibu.  Pengalaman yang manis.
Abang siap pesan pada ibu, 'Ibu simpan tau tali ni untuk adik yang akan lahir tu.  Dia kan boy.  Nanti dia pun nak sunat jugak.'

Tali yang abang suruh ibu simpan.
Ye abang, ibu akan simpan.......

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI