AFB Feeds

20 December 2016

EMPAT PERSEDIAAN PENTING SEBELUM ANAK BERSUNAT

Image result for kanak-kanak bersunat


Muqharrabin bersunat di usia 6 tahun 9 bulan.
Tarikh keramat yang dipilih - 17.12.2016.

Sebelum tibanya hari keramat tu, hari-hari ibu pesan....bersedia untuk sunat abang.
Jawabnya, dari semalam abang dah bersedia.
Aduhai....confident sangatkan.  Ibu pulak yang risau.

Rasanya budak-budak zaman sekarang memang confident je nak sunat.  Atau boleh jugak dikatakan over confident.  Ini semua pengaruh dengan cerita Upin Ipin. Well, bagus jugakan.....
Apa persediaan parents sebelum anak sunat ni ?

Yang pertama, semestinya MENTAL.
Bukan saja persediaan mental anak-anak, mental parents juga perlu disediakan.  Parents kena ready untuk menerima dan berhadapan dengan sebarang drama sebelum dan selepas si anak bersunat.

Yang kedua, KLINIK untuk bersunat.
Carilah klinik yang terbaik demi masa depan si anak.  Buatlah sedikit homework klinik mana yang pakar dalam proses sunat-menyunat ni.  Jangan pandang enteng pemilihan klinik tau.  Sudah ada kes yang doktornya salah bius. Pengalaman rakan sekerja saya. Alhamdulillah akhirnya selamat juga.

Yang ketiga, SUPPLEMENT untuk cepatkan proses penyembuhan luka. Kebiasaannya doktor akan bagi ubat tahan sakit & ubat sapu. Jangan bergantung kepada ubat doktor itu saja ya. Tambahkan juga Vitamin C dan supplement lain yang bersesuaian. In shaa allah hari kedua dah nampak perubahan.

Yang keempat, pastikan BAJET mencukupi.  Yang ini sebenarnya optional. Yang pentingnya bajet untuk sunat di klinik yang dipilih sudah disediakan. Bajet lain, hadiah untuk si anak sebab dah berjaya sunat tanpa drama-drama tragis.

Good luck kepada parents & anak-anak yang akan bersunat.


Love,

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI