AFB Feeds

22 May 2018

TERTIPU DENGAN PRODUK SHAKLEE

Saya pernah tertipu dengan produk Shaklee.
Asalnya saya mencari shampoo yang bebas SLS sebab tahu bahayanya SLS ni. Tambah pula, saya ni memang suka shampoo rambut. 
Kalau boleh hari-hari nak shampoo.

Google dan google dan google, saya jumpa shampoo Prosante keluaran Shaklee yang katanya tiada SLS dan bebas Paraben (jemput google SLS dan paraben)
Beli dengan kawan sebab masa tu belum jadi ahli pun and fyi, Prosante ni produk Shaklee pertama yang saya guna tau.
Sebagai pengguna baru, tidak dinafikan memang saya ragu-ragu dengan keberkesanan produk-produk Shaklee termasuklah shampoo Prosante tu.
Tengok pada ingredients dia, rasa geram 
Apesal ada Sodium Lauryl Sulfiacetate ni ??? 
Tipuuuuuu lahh ! Tak boleh percaya dah dengan Shaklee ni.

Tapi...sebenarnya saya yang takde ilmu. Saya ingatkan Sodium Lauryl Sulfiacetate tu SLS...rupanya bukan. Singkatan dia yang betul SLSA.
SLS panjangnya Sodium Lauryl Sulfate. SLS ni yang bahaya. 
SLSA tu pula organik dan selamat untuk digunakan.

Tengok tu.
Takde ilmu, benda yang betul pun boleh disalah anggap.
Bukan tertipu dengan produk, tetapi tertipu dengan diri sendiri.

Apa daaaaaaaa !
Sekarang saya dah tak ragu-ragu dah.
Lebih kenal, lebih jatuh cinta.
Sebab...produk-produk dia semua ada ujian klinikal bertahun-tahun dan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.

Jadi, boleh guna dengan yakin dan selamat.
Tu sebahagian koleksi botol-botol Prosante saya. 
Sayang nak buangggggg.
Ngengade bagi semak bilik air.


Nak order produk shaklee, boleh contact saya.


Love,

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI