AFB Feeds

27 October 2017

4 SALAH FAHAM TENTANG PENGAMBILAN VITAMIN

Makanan pelengkap atau lebih glamour dipanggil vitamin sering disalah faham tentang cara pengambilan.  Sudahnya, kesan yang diharapkan entah ke mana, vitamin pula yang disalahkan. 


1. Makan vitamin tidak perlu makanan seimbang


"Saya dah makan vitamin, tak payah dah makan sayur.  Sayur tak sedappp. "
"Saya dah makan vivix, tak payah dah makan buah."
"Saya dah minum ESP, tak payah makan nasi dah"

Siapa kata ??? Siapa ??

Salah anggapan tu.  Orang yang makan vitamin masih perlukan nasi, ikan, ayam, daging, udang, sotong, sayur-sayuran dan buah-buahan ye.  Jangan ingat orang yang makan vitamin, hanya makan vitamin.  

Vitamin hanya melengkapkan, bukan menggantikan makanan seimbang.

2.  Makan vitamin tidak perlu bersenam 


Siapa pernah makan vitamin, keluar peluh macam lari 2.4 km ?  Tidak pernahkan melainkan makan vitamin lepas tu duduk dalam bilik tak pasang kipas.  

Mana mungkin vitamin dapat menggantikan senaman.  Senaman masih perlu walaupun anda tidak pernah culas makan vitamin walaupun sehari.  

Teruskan bersenam sekurang-kurangnya 7 minit sehari.


3.  Sudah sakit baru cari vitamin 


Masa sihat, sebelah mata pun tak pandang vitamin.  Bila dah sakit, menggagau-gagau mencari vitamin.  Salah konsep tu.

Sebenarnya, bila dah sakit, sebaik-baiknya cari doktor dan ubat.  Bukan cari vitamin.  Vitamin dan ubat tidak sama.  Ubat, kita mula makan ketika sakit dan berhenti makan apabila sudah sihat.  Berbeza dengan vitamin, sihat ke, tidak sihat ke, sudah sihat ke, teruskan saja pengambilannya.  

Mengapa  ?  

Kerana fungsi ubat dan fungsi vitamin adalah berbeza.  Ubat berfungsi untuk merawat simptom penyakit manakala vitamin mengembalikan fungsi tubuh untuk melawan penyakit.

4.  Sihat, tidak perlu vitamin 

Hakikat makanan yang kita makan hari ini, makin kurang nutrisi.

Dalam satu jurnal terbitan Journal of the American College of Nutrition, Prof Donald Davis dari University of Texas (university #1 di Texas), membandingkan kandungan vitamin dalam 43 jenis tanaman yang ditanam antara tahun 1950-1999. Kajiannya membuktikan, kehilangan vitamin yang sangat banyak saban tahun.

Study oleh British Food Journal pula menunjukkan kalau datuk nenek kita makan sebiji oren, kita perlukan 8 biji untuk dapatkan jumlah vitamin yang sama. Dan itu pada tahun 1997, 20 tahun lepas !

Pengambilan vitamin secara konsisten akan membuatkan tubuh kita sentiasa dibekalkan dengan nutrisi yang mencukupi supaya dapat berfungsi menjalankan tugas dengan baik.  Sebab itu penting untuk kita makan vitamin walaupun kita sihat.

25 October 2017

SHAKLEE ADA RAMAI HATERS. MENGAPA MASIH SETIA ?

Shaklee ada ramai haters.  Dikeji, dikutuk, diperli dan macam-macam lagilah.  Lepas satu isu, timbul satu isu, lagi dan lagi.  Baru saja isu jadi suam-suam susu, belum pun betul-betul sejuk sudah panas kembali.  Bukan calang-calang ujian yang melanda tambah-tambah di zaman wujudnya keyboard warrior sekarang.


Mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan vitamin Shaklee mula berpaling..tinggallah beratus-ratus biji vitamin yang baru dibeli dek termakan hasutan-hasutan jahat.  Membazir jadinya...

Begitu juga pengedar-pengedar Shaklee ada yang goyah dan rapuh, ada juga yang berhati kering.  Yang mana goyah dan rapuh, sendulah bisness manakala yang berhati kering, tetap waja meneruskan apa yang lazim dibuat.

Saya ?

Saya pilih untuk terus setia. Terus setia mengamalkan vitamin Shaklee dan terus setia dengan bisness Shaklee.

Mengapa terus setia dengan vitamin Shaklee ?

Sebab saya sendiri sudah merasa keberkesanan vitamin-vitamin Shaklee yang saya amalkan.  

Vivix -  eczema saya pulih sepenuhnya.
ESP  -  susu saya pekat lemak berkrim
Vitamin C - saya jarang demam dan selsema
Ostematrix - tiada masalah cramp kaki ketika mengandung
Vitalea - hb saya cantik sepanjang mengandung
B Complex - mengurangkan stress saya
Collagen - menghaluskan kulit muka saya
Vitalea - saya sentiasa bertenaga
Alfafa - merawat keputihan saya

Lain-lain, Lecithin, Omega Guard, Herbal Blend, Dish Wash ehh banyak lagilah...tak tersenarai di sini. Pendek kata semuanya serasi dan membawa manfaat bukan saja pada saya, tetapi pada keluarga saya juga.

Bisness pula, ini sebab-sebabnya :

Shaklee telah wujud berpuluh-puluh tahun yang lalu.  Bukan 10, 20, 30 tahun tau, lebih daripada 60 tahun ye.  Kekal stabil dan terus berkembang, berkembang dan berkembang sehingga kini bukan saja di Malaysia tetapi juga di beberapa negara maju.  Contoh negara paling best, Jepun.

Shaklee bukan MLM. Bukan ye, bukan.  Ia lebih kepada network marketing.  Kita ada downline, ada upline dan juga sideline.  Sekiranya downline lebih bijak mengatur strategi dan lebih rajin berusaha, maka, lebih hebatlah hasil downline.  Perkara biasa jikalau downline lebih berpangkat daripada upline.

Modal..saya mulakan bisness Shaklee dengan RM0 modal. Percaya ? Silalah percaya.  Saya beli Set Postnatal Shaklee sehingga melayakkan saya menjadi ahli secara percuma.  Kalau tidak secara percuma pun, hanya sekadar RM79 saja modal yang diperlukan untuk menjadi ahli.  

Best ke best ?

24 October 2017

DARJAH 1 TETAPI MASIH BELUM BOLEH MEMBACA. 6 TIPS UNTUK IBU BAPA

Anak sudah hendak masuk Darjah 1, tetapi masih belum boleh membaca.
Risau bukan ?


Jika zaman 90-an dahulu, kanak-kanak pada umur 6 tahun masih belum boleh membaca merupakan perkara biasa.  Tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Tetapi, di zaman yang serba moden dengan gajet ini, kanak-kanak pada usia 6 tahun yang masih belum pandai membaca, sangatlah membimbangkan ibu bapa.  Apatah lagi kalau sudah masuk Darjah 1.

Saya sendiri mengalami situasi yang sama.
Pada awalnya, saya amat bimbang dengan perkembangan membaca Abang Muqharrabin.  Walaupun sudah boleh membaca, tetapi masih belum lancar.  Amat teragak-agak bacaannya.
Jangan terkejut kalau saya katakan di usia 6 tahun, Abang Muqharrabin sudah ke kelas tambahan pada setiap Sabtu untuk belajar membaca.  Tetapi, masih belum lancar membaca.

Makin menggusarkan apabila Abang Muqharrabin menginjak ke Darjah 1 tanpa fasih membaca sedangkan kawan-kawan yang lain sudah 'berhabuk' bacaan mereka.  Saya kasihan tengok dia sebab kadang-kadang dia down dengan diri dia sendiri. 

"Abang kan tak pandai baca."

Seringkali saya mengadu pada bapa saya masalah Abang Muqharrabin.
Jawapannya mudah, "Tak apaaaaaa..nanti dia pandai. Jangan risau."

Sekarang, sudah bulan Oktober 2017.
Semakin baik bacaan Abang Muqharrabin.  Cuma sekali sekala sahaja tersangkut bacaannya pada perkataan-perkataan yang banyak suku kata atau panjang.

Hmmm...akhirnya Abang Muqharrabin sudah boleh membaca.
Walaupun lambat.
Walaupun ketinggalan daripada kawan-kawan yang lain.

Akhirnya saya sedar.
Secara peribadi saya merasakan tidak perlu terlalu bimbang sekiranya anak-anak di usia 6 atau 7 tahun masih belum pandai membaca.  Biarkan mereka belajar mengikut fasa kemampuan sendiri.  Tidak perlu dipaksa.
Walau bagaimanapun, perhatian dan bimbingan yang berterusan daripada ibu bapa amatlah diperlukan.

Nah sedikit tips daripada saya sekiranya ada anak-anak yang masih belum pandai atau lancar membaca pada usia 6 atau 7 tahun.

1.  Latih anak membaca setiap hari.  Di peringkat awal, memadai satu hari satu mukasurat untuk mengelakkan mereka berasa bosan.

2.  Duduk dan baca bersama-sama anak di dalam bilik atau lokasi yang sesuai tanpa gangguan tv atau adik beradik yang lain untuk meningkatkan konsentrasi dan fokus mereka.

3.  Jangan marah dan sentiasa berlemah-lembut ketika membaca bersama anak supaya mereka rasa enjoy membaca bersama anda dan tidak takut.

4.  Pada awalnya, gunakan buku cerita ringkas yang mempunyai warna pada suku kata untuk memudahkan bacaan.  Kemudiannya barulah gunakan buku cerita ringkas yang tidak berwarna suku katanya.

5.  Berikan ganjaran sekiranya dia berjaya tamatkan satu buku cerita ringkas untuk terus menggalakkan mereka membaca.

6.  Puji atau berikan kata-kata semangat setiap pagi sewaktu menghantar anak ke sekolah supaya mereka yakin dengan diri mereka.  Pujian dan kata-kata daripada ibu bapa adalah doa buat anak-anak.

Semoga tips ini membantu :)

Sekian.

BIBIK KU LARI PART III

Eh...ada lagi kisah Bibik Ku Lari ni.
Masih tak boleh move on ke Makcik Fina ni ?

Hehehe..Itulah tu.
Tapi sebenarnya, alhamdulillah..dah boleh move on dengan jaya dan pantasnya.

Cuma, baru-baru ni boleh pulak 'terserempak' dengan Instagram si bibik ni di Suggested Friends.
Ohmai !!!

Sakan kemain dia berjalan.
Ke Genting Highlands, ke KLCC, mandi kolam, shopping kasut Vincci.
Ehhhh...kaya sangat aihhh si bibik ni.

Sedikit pun saya tidak dengki malah saya tumpang bahagia bila tengok gambar-gambar dia yang nampak bahagia terbang bebas macam burung baru terlepas dari kurungan.

Meh nak up sikit gambar-gambar si bibik di Instagram.

26 September 2017

BIBIKKU LARI PART II

Hampir dua bulan tidak berbibik.
Ok saja rupanya..rasa hati ni lebih tenang.
Bukan perkara besar takde bibik ni.

Frankly speaking, sepanjang ada bibik, hati saya selalu tak tenang....rasa risauuuuuu je.
Ntah kenapa.  Asyik memikirkan apalah yang dibuatnya dengan anak-anak kat rumah tu.

Sekarang rasa risau tu totally gone !


Pada saya, anak-anak ke nursery lebih bagus dan lebih terjamin.
Sebabnya.....

Satu - sudah pasti anak-anak dijaga oleh orang kita - orang Malaysia, bukan orang Indon.
Dua - anak-anak ada kawan bermain.
Tiga - ada aktiviti-aktiviti khusus untuk anak-anak.
Empat - secara tak langsung, anak-anak bermain sambil belajar.

Itu hal anak-anak.

Hal rumah pula?

Rasanya rumah lebih kemas tanpa bibik. Betul tak ?
Sepanjang siang, tiada orang di rumah.  Jadi, takde orang yang sepah-sepahkan rumah pun.
Jadi, takde apa yang nak dikemaskan sangat.  Waktu malam, anak-anak tak berapa nak sepahkan rumah sangat pun.  Mereka lebih kepada tengok tv.  Tak sampai berapa jam, dah masuk bilik nak tidur.
Kemas-mengemas secara major - vacuum, mop, cuci bilik air apa bagai, buat weekend.
Kain baju, wellllll...sedikit terbeban.  Tapi takpe, istiqamahlah mengurus kain baju setiap hari, lama-lama akan hilang rasa beban tu.

Bab memasak pula, langsung tidak terkesan sebab sepanjang ada bibik pun memang saya yang memasak.  Bibik duk melangut tengok tv di depan dengan anak-anak.

Paling-paling best ialah tiada orang luar dalam rumah kita.
Privasi !!!

So uols, yang mana baru kehilangan bibik, bukan isu besar sangat lah.
Yakinlah yang kita boleh handle sendiri rumah kita dan keluarga kita.


27 August 2017

BIBIKKU LARI PART I

Bibik ku lari !!!!

Baru saya tahu macam mana perasaan bila bibik lari. 
Hard to explain how the feeling was but all in all what i need is just, redha.

Welllll, Kak Yani bukanlah bibik yang perfect, yang mampu jaga rumah sekangkang kera ni sebersih-bersihnya. Kabinet tv berhabuk juga, bilik air berdaki juga dan dapur berminyak juga.
Tapi ntah kenapa datang pula rasa sedih bila tengok bakul bajunya dah kosong.  Nak meraung rasanya masa tu.  Over kan ?

Kak Yani pada saya bukanlah macam Indon kampung yang kuno yang tak tahu apa-apa..dia nampak moden dan bijak, sedikit sebanyak boleh berbahasa Inggeris malah boleh mengajar Abang Abin buat homework. 

Di rumah, kalau ada lelaki bukan mahram di rumah, tudungnya litup sekali. Sembahyangnya, alhamdulillah...walaupun kadang-kadang dilaksana di lewat waktu, tetap terlaksana. 

Tapi, siapa sangka kann. Lari tetap lari dan curi tetap curi.  Typical bibik sangat. Mungkin sebab dia lari di hujung bulan dan belum terima gaji.  Jadi duit dan barang-barang yang dicuri itulah dianggap gaji. 

Ni senarai barang-barang yang dicuri :

- RM500 ++ dari tabung abang abin
- jam tangan Alain Delon
- handset Samsung rosak
- handset Lenovo yang masih berfungsi
- 2 beg nursery
- shawl dark blue glitter
- helmet buruk

Campur-campur semua nilai barang-barang tu, mungkin setaralah agaknya dengan gaji dia atau mungkin juga lebih.

Pertama kali saya mengambil bibik dan mungkin terakhir kali. Huhuhu...Serik !! Terbayang duitku yang dibayar pada agent dulu terbang melayang-layang.

Mudah-mudahan Allah ganti sesuatu yang jauhhhhhhhh lebih baik sebaik-baiknya atas sebab dugaan ini..in shaa allah.

Apa-apapunnnnn, saya sangat-sangat bersyukur bibik ku lari sewaktu anak-anak dengan saya, tidak ditinggalkan sendirian macam yang sesetengah bibik lakukan..

Syukur.

Meh nak up gambar bibik sekali.

28 April 2017

MENGAPA PERLU SERIUS BERBISNES ?

Dalam tempoh yang singkat saya mula serius berbisness Shaklee, pelbagai juga dugaannya.
Ingatkan mudah.
Rupanya.....

Jangan mimpi kalau tiada istiqamah.
Jangan mimpi kalau malas.
Jangan mimpi kalau tiada impian, target dan strategi.

Boleh jadi memang tinggal mimpi kalau tiada semua tu.
Ingatkan post di IG, FB, Tweeter, jap jap lagi ada orang terus PM nak order.
Ingatkan hari-hari share di FB, IG, Tweeter, hari-hari sales masuk.
Ingatkan dah sebulan berbisnes, dah boleh kaya.

Ingatkan dah 2 bulan berbisnes, dah boleh beli baju baru hari-hari.
Ingatkan dah 3 bulan berbisnes, dah boleh beli kereta baru.
Jangan mimpi !
Perjalanan saya baru bermula......


PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL BERSALIN BERISIKO RENDAH PUTRAJAYA


Image result for hospital berisiko rendah putrajaya

Siapa pernah bersalin di Hospital Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya ?
Saya pernah sewaktu melahirkan anak ketiga pada 16 Mac 2017.
Dari Hospital Putrajaya ditolak mentah-mentah ke Hospital Bersalin Berisiko Rendah (HBBR).

Ingin sekali saya kongsikan pengalaman saya bersalin di situ. Agak-agak apa yang bermain di fikiran korang ?
.
.
15.3.2017


Saya mula terasa sakit perut pada pukul 9.30 pm.  Pada saya itu hanya sakit perut biasa.  Sakitnya pun sekejap-sekejap saja.  Lagipun, untuk dua kandungan saya sebelum ini, tanda bersalin saya adalah keluar lendir darah.  Jadi, saya relax-relax saja dan tidurkan anak-anak dulu sampai saya sendiri tertidur.

Tetapi tidur saya tidak nyenyak.  Saya terjaga setiap kali sakit perut. Saya masih mampu bertahan sebab sakit perut tu sekejap-sekejap saja dan saya cuba sambung tidur. Sebelum tu, saya text juga suami yang sedang 'beruber' bagitahu yang saya sakit perut. Siap dengan disclaimer, tak tahulah sakit perut betul atau tipu. Boleh tak ? Memang saya masih belum pasti..adakah itu contraction atau sakit perut biasa......walaupun pernah ada dua pengalaman bersalin sebelum ini.  Ohmaiiii........

16.3.2017

Pukul 12.30 am, saya yakin sakit perut itu adalah contraction.  Masuk ke tandas, iya..ada lendiran darah keluar.  Bertambah yakinlah saya baby akan keluar pada bila-bila masa. Terus saya call suami supaya segera balik.  Sakit contraction pula makin kerap..apapun, keadaan masih terkawal. Saya berjalan sekeliling bilik sementara tunggu suami sampai. Bila sakit contraction datang, saya tarikkkkkkkkkk nafas dalam-dalam dan lepaskan melalui mulut. Sangat membantu.

Suami sampai rumah, saya tengok muka dia muka kalut dan gabra.  Macam dia pula yang nak bersalin.  Muka saya, muka tahan sakitlah kan. Saya kejut parents, salam dan terus ke Hospital Putrajaya.

Dalam perjalanan, bila sakit contraction menyerang, saya amalkan zikir dan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan melalui mulut.  Sentiasa ada kelegaan bila buat macam tu.  Bila dah lega, bersembanglah saya dengan encik suami macam tiada apa-apa yang jadi.

Setibanya di Hospital Putrajaya, saya tengok ada dua orang suami sedang pegang beg baby di kerusi menunggu.  Well...penantian itu satu penyiksaan. Patut dihargai juga pengorbanan suami-suami yang bersengkang mata di tengah-tengah malam menunggu si isteri bersalin.  Masa tu pukul 1.15 am.
Nurse di kaunter maklumkan, puan boleh bersalin di sini tapi akan masuk wad di Presint 8, HBBR sebab wad hospital dah penuh.  Tiada masalah pada saya. 

Tak berapa minit kemudiannya, datang lagi sorang nurse yang minta saya terus ke HBBR.  Katanya saya tiada sebarang risiko berbahaya dan saya boleh bersalin di sana.  Juga tiada masalah pada saya walaupun ditolak mentah-mentah tanpa dicheck terlebih dahulu. Terus saya ajak suami ke HBBR...tak jauh pun dari Hospital Putrajaya.

1.30 am..sesampainya di HBBR, sunyi sepi, tiada orang. Nurse pun tak nampak batang hidung. Guard yang bantu kami untuk berjumpa dengan nurse. 

Seperti biasa, nurse pun mulakan sesi seluk menyeluk untuk mengetahui bukaan.  Dah 5cm..syukur rasanya bila dengar 5cm tu.  Hikmah berjalan dalam bilik sementara menunggu husband balik dari 'beruber' mungkin. 

Terus saya diminta tukar baju menggunakan baju hospital dan duduk di labour room.  Selesai tukar baju saya minta tudung saya. Nurse kata, "ehh..tak payah lah pakai tudung. Semua perempuan kat sini. Takde lelaki."  Dalam hati saya, wahhh...serius ?! Bestnyaaa !. Syukur sekali lagi.

Saya baring dalam labour room menunggu masa untuk bersalin.  Masa tu pukul 1.50 am. Saja saya tanya pada suami, agak-agaknya pukul berapa eh baby nak keluar ? Jawapan dia, pukul 2.00 am. Hmmm..harapnya masinlah mulut dia.  Tapi dah pukul 2.00 am, baby masih belum keluar.

Saya tertanya-tanya juga, kenapa tak nampak orang lain kat sini selain nurse. Takde pun dengar suara-suara orang meneran nak bersalin macam di Hospital Putrajaya. Rupa-rupanyanya saya sorang je patient yang nak bersalin di situ pagi tu.  Sekali lagi saya rasa syukur.

Disebabkan hanya saya seorang saja yang akan bersalin di situ pada masa itu, nurse memang bagi 100% tumpuan pada saya.  Seorang nurse datang untuk check dan cuba 'bantu' saya untuk bersalin dengan 'segera'.  Bukaan dah menunjukkan 8 cm.  Syukur untuk sekian kalinya.  Pada saya, semuanya in good progress.
 
Sehinggalah saya rasa betul-betul nak meneran.....2.30 am bermulalah waktu-waktu sukar untuk saya dan mungkin juga untuk nurse-nurse di situ. Saya disuruh push push push...tetapi baby masih belum keluar.  Penat rasanya..saya hampir-hampir hilang tenaga. Proses bersalin yang agak sukar pada saya. Dalam pada itu, nurse-nurse bersembang sesama sendiri..."macam mana eh, dia ni ada contraction, tapi mild saja".  Iya..saya rasa sakit yang tidak sakit sangat. Macam mana tu agaknya ? Saya pun tak tahu macam mana nak explain lanjut. 

Nurse suruh saya minum air zam zam dan minta suami sapukan air zam zam di muka saya dengan harapan saya lebih bertenaga dan dipermudahkan.

2.40 am, saya berusaha lagi. Suami bisik pada saya, "sikit lagi, sikit lagi." Dua perkataan yang membuat saya jadi semangat.  Tengok tu, aura si suami pada si isteri.  Walaupun  bukan kata-kata romantik, isteri dah kembali bersemangat dan dengan mudah baby pun keluar. Fuhhhhh.. akhirnya, 2.42 am selesai semuanya.  Syukur syukur syukur.

Saya 'diproses' untuk selesaikan urusan bersalin.  Dalam pada nurse sibuk memproses, nurse tu tanya, "memang mudah bersalin ke sebelum-sebelum ni".  Soalan yang susah untuk saya jawab.  Saya tak tahu apa yang nurse itu nampak mudah dan saya tak tahu apa yang dinilai sehingga proses bersalin itu nampak mudah. Adakah tempoh masa bukaan, tempoh masa baby keluar, bilangan meneran ? 

Apapun, saya bersyukur setelah semuanya selesai.

Saya dihantar oleh nurse ke wad.  Wad di HBBR, sebilik seorang. Sangat selesa !

Sekian kisah pengalaman saya bersalin di HBBR Presint 8.  Saya bagi 5 bintang kepada semua nurse dan setiap pertolongan mereka amat-amat saya hargai.

ATASI HEALING CRISIS DENGAN SABAR


Image result for healing crisis

Healing crisis perlu diatasi dengan sabar.
Itu saja kuncinya.
Masa mula-mula saya amalkan vivix, masya Allah.....berbiji-biji jerawat pasir batu semua tumbuh kat pipi.

Kat dahi jangan cakaplah.
Rasa macam kertas pasir !

Tak cukup dengan jerawat mencanak-canak tumbuh di pipi dan dahi, kena pula sakit kepala melayang-layang 2 hari.
Nasiblah saya telah dididik dan terdidik dengan maksud healing crisis.
Penting tu.

Kalaulah saya tak tahu apa itu healing crisis, dah pasti saya anggap vivix ni tak berkesan.

Yang pasti itu bukan kesan sampingan negatif, tapi healing crisis yang bertindak secara sementara untuk membuang toksin dan membaiki sel-sel yang rosak

Sementara saja.
Lepas tu ok dah semuanya.
Tiada jerawat mencanak-canak tiada sakit kepala melayang-layang.

Petanda baik tu.
Copyright FINA NAWAWI