AFB Feeds

28 April 2017

PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL BERSALIN BERISIKO RENDAH PUTRAJAYA


Image result for hospital berisiko rendah putrajaya

Siapa pernah bersalin di Hospital Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya ?
Saya pernah sewaktu melahirkan anak ketiga pada 16 Mac 2017.
Dari Hospital Putrajaya ditolak mentah-mentah ke Hospital Bersalin Berisiko Rendah (HBBR).

Ingin sekali saya kongsikan pengalaman saya bersalin di situ. Agak-agak apa yang bermain di fikiran korang ?
.
.
15.3.2017


Saya mula terasa sakit perut pada pukul 9.30 pm.  Pada saya itu hanya sakit perut biasa.  Sakitnya pun sekejap-sekejap saja.  Lagipun, untuk dua kandungan saya sebelum ini, tanda bersalin saya adalah keluar lendir darah.  Jadi, saya relax-relax saja dan tidurkan anak-anak dulu sampai saya sendiri tertidur.

Tetapi tidur saya tidak nyenyak.  Saya terjaga setiap kali sakit perut. Saya masih mampu bertahan sebab sakit perut tu sekejap-sekejap saja dan saya cuba sambung tidur. Sebelum tu, saya text juga suami yang sedang 'beruber' bagitahu yang saya sakit perut. Siap dengan disclaimer, tak tahulah sakit perut betul atau tipu. Boleh tak ? Memang saya masih belum pasti..adakah itu contraction atau sakit perut biasa......walaupun pernah ada dua pengalaman bersalin sebelum ini.  Ohmaiiii........

16.3.2017

Pukul 12.30 am, saya yakin sakit perut itu adalah contraction.  Masuk ke tandas, iya..ada lendiran darah keluar.  Bertambah yakinlah saya baby akan keluar pada bila-bila masa. Terus saya call suami supaya segera balik.  Sakit contraction pula makin kerap..apapun, keadaan masih terkawal. Saya berjalan sekeliling bilik sementara tunggu suami sampai. Bila sakit contraction datang, saya tarikkkkkkkkkk nafas dalam-dalam dan lepaskan melalui mulut. Sangat membantu.

Suami sampai rumah, saya tengok muka dia muka kalut dan gabra.  Macam dia pula yang nak bersalin.  Muka saya, muka tahan sakitlah kan. Saya kejut parents, salam dan terus ke Hospital Putrajaya.

Dalam perjalanan, bila sakit contraction menyerang, saya amalkan zikir dan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan melalui mulut.  Sentiasa ada kelegaan bila buat macam tu.  Bila dah lega, bersembanglah saya dengan encik suami macam tiada apa-apa yang jadi.

Setibanya di Hospital Putrajaya, saya tengok ada dua orang suami sedang pegang beg baby di kerusi menunggu.  Well...penantian itu satu penyiksaan. Patut dihargai juga pengorbanan suami-suami yang bersengkang mata di tengah-tengah malam menunggu si isteri bersalin.  Masa tu pukul 1.15 am.
Nurse di kaunter maklumkan, puan boleh bersalin di sini tapi akan masuk wad di Presint 8, HBBR sebab wad hospital dah penuh.  Tiada masalah pada saya. 

Tak berapa minit kemudiannya, datang lagi sorang nurse yang minta saya terus ke HBBR.  Katanya saya tiada sebarang risiko berbahaya dan saya boleh bersalin di sana.  Juga tiada masalah pada saya walaupun ditolak mentah-mentah tanpa dicheck terlebih dahulu. Terus saya ajak suami ke HBBR...tak jauh pun dari Hospital Putrajaya.

1.30 am..sesampainya di HBBR, sunyi sepi, tiada orang. Nurse pun tak nampak batang hidung. Guard yang bantu kami untuk berjumpa dengan nurse. 

Seperti biasa, nurse pun mulakan sesi seluk menyeluk untuk mengetahui bukaan.  Dah 5cm..syukur rasanya bila dengar 5cm tu.  Hikmah berjalan dalam bilik sementara menunggu husband balik dari 'beruber' mungkin. 

Terus saya diminta tukar baju menggunakan baju hospital dan duduk di labour room.  Selesai tukar baju saya minta tudung saya. Nurse kata, "ehh..tak payah lah pakai tudung. Semua perempuan kat sini. Takde lelaki."  Dalam hati saya, wahhh...serius ?! Bestnyaaa !. Syukur sekali lagi.

Saya baring dalam labour room menunggu masa untuk bersalin.  Masa tu pukul 1.50 am. Saja saya tanya pada suami, agak-agaknya pukul berapa eh baby nak keluar ? Jawapan dia, pukul 2.00 am. Hmmm..harapnya masinlah mulut dia.  Tapi dah pukul 2.00 am, baby masih belum keluar.

Saya tertanya-tanya juga, kenapa tak nampak orang lain kat sini selain nurse. Takde pun dengar suara-suara orang meneran nak bersalin macam di Hospital Putrajaya. Rupa-rupanyanya saya sorang je patient yang nak bersalin di situ pagi tu.  Sekali lagi saya rasa syukur.

Disebabkan hanya saya seorang saja yang akan bersalin di situ pada masa itu, nurse memang bagi 100% tumpuan pada saya.  Seorang nurse datang untuk check dan cuba 'bantu' saya untuk bersalin dengan 'segera'.  Bukaan dah menunjukkan 8 cm.  Syukur untuk sekian kalinya.  Pada saya, semuanya in good progress.
 
Sehinggalah saya rasa betul-betul nak meneran.....2.30 am bermulalah waktu-waktu sukar untuk saya dan mungkin juga untuk nurse-nurse di situ. Saya disuruh push push push...tetapi baby masih belum keluar.  Penat rasanya..saya hampir-hampir hilang tenaga. Proses bersalin yang agak sukar pada saya. Dalam pada itu, nurse-nurse bersembang sesama sendiri..."macam mana eh, dia ni ada contraction, tapi mild saja".  Iya..saya rasa sakit yang tidak sakit sangat. Macam mana tu agaknya ? Saya pun tak tahu macam mana nak explain lanjut. 

Nurse suruh saya minum air zam zam dan minta suami sapukan air zam zam di muka saya dengan harapan saya lebih bertenaga dan dipermudahkan.

2.40 am, saya berusaha lagi. Suami bisik pada saya, "sikit lagi, sikit lagi." Dua perkataan yang membuat saya jadi semangat.  Tengok tu, aura si suami pada si isteri.  Walaupun  bukan kata-kata romantik, isteri dah kembali bersemangat dan dengan mudah baby pun keluar. Fuhhhhh.. akhirnya, 2.42 am selesai semuanya.  Syukur syukur syukur.

Saya 'diproses' untuk selesaikan urusan bersalin.  Dalam pada nurse sibuk memproses, nurse tu tanya, "memang mudah bersalin ke sebelum-sebelum ni".  Soalan yang susah untuk saya jawab.  Saya tak tahu apa yang nurse itu nampak mudah dan saya tak tahu apa yang dinilai sehingga proses bersalin itu nampak mudah. Adakah tempoh masa bukaan, tempoh masa baby keluar, bilangan meneran ? 

Apapun, saya bersyukur setelah semuanya selesai.

Saya dihantar oleh nurse ke wad.  Wad di HBBR, sebilik seorang. Sangat selesa !

Sekian kisah pengalaman saya bersalin di HBBR Presint 8.  Saya bagi 5 bintang kepada semua nurse dan setiap pertolongan mereka amat-amat saya hargai.

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI