AFB Feeds

19 October 2018

USAHA HAMIL, HAMIL DAN BERPANTANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE DAN VIVIX

Usaha untuk hamil dan akhirnya berjaya hamil setelah 8 tahun menanti, semuanya dengan Vitamin Shaklee dan Vivix.  Diteruskan set yang sama sewaktu berpantang.  Kesannya, boleh baca kisah ibu ini di bawah.


Kredit : Puan A'bidatul Mu'tadillah binti Motolani

Pada awal tahun lepas, 2017 saya berjinak-jinak untuk minum Vivix dan makan B Complex untuk repair sel-sel badan yang rosak dan tidak sihat.  B Complex adalah bekalan untuk hb yang baik di samping untuk atasi stress dan kecantikan.  Sebenarnya, ada niat di hati saya andai diberi peluang dan rezeki nak baby..hahaha.  Hari-hari yang saya lalui menjadi semakin sunyi bila anak-anak pergi ke sekolah.  Masa tu, anak sulung berumur 10 tahun dan yang kedua 8 tahun.

Alhamdulillah pada bulan Mac, saya disahkan mengandung.  Masa tu antara percaya dengan tidak.  Kami sekeluarga sangat gembira dengan berita ini.  Oleh kerana ini baby yang ditunggu-tunggu, jadi saya teruskan pengambilan vitamin untuk ibu hamil.  Alhamdulillah alahan tu ada tapi tiadalah teruk.  Masa ini saya makan Vitamin C, B Complex, Vitalea dan Ostematrix.

Masuk bulan kedua, bukalah buku pink.  Masa ini, semua sejarah dirungkai.  Saya ada sejarah tiroid.  Tami masa tu tak tau jenis yang mana.  Rupanya dia mengganggu saya apabila saya mengandung.  Ibu hamil kan mengalami perubahan hormon.  Saya mengalami penurunan berat badan yang agak banyak.  Sepanjang kehamilan, saya mengalami kurang berat badan sebanyak lebih kurang 19 kg.  Ni kalau tidak mengandung, menari-nari saya seronok kurus gitu.

Maka, sepanjang kehamilan, saya dipantau oleh doktor pakar dari Hospital Besar Ipoh.  Setiap bulan kena cek darah bagi memastikan tahap tiroid saya terkawal.  Alhamdulillah masa hujung-hujung kehamilan, tiroid saya semakin stabil.  Saya terus konsisten dengan Set Kehamilan Shaklee.  Saya yakin bila saya dapat vitamin dan nutrien yang cukup untuk baby saya, In Shaa Allah semua akan ok.

Kehamilan saya yang ini sangat berbeza dari yang lepas-lepas.  Walaupun ada tiroid, saya kekal aktif hingga ke hari bersalin.  Saya juga boleh hadir ke kuliah kerana masih menyambung study.  Allah mudahkan saya walaupun terpaksa duduk dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.  Belum lagi terpaksa berjam-jam duduk di depan komputer untuk menyiapkan asingment.  Saya enjoy sepanjang kehamilan.

Berkat konsisten Ostematrix, saya tidak mengalami sakit gigi, kejang kaki dan juga tidak mengalami sembelit.  Kandungan sebelum ini semua itu terpaksa saya lalui.

Tanggal 14.12.2017, maka lahirlah baby bam bam.  Dalam pada berat ibunya susut, tetapi baby alhamdulillah, 4kg semasa dilahirkan.  Disebabkan overdue 40 minggu 9 hari dan baby tidak berada pada jalannya walaupun sudah turun tanda, maka emergency czeer lah.

Selepas sahaja keluar dari bilik operation dan masa kuarantin, saya dibenarkan untuk makan dan balik ke wad.  Usah cakaplah rasa laparnya tu kan.  Mula puasa pukul 8.00 pagi, pukul 11 malam baru boleh makan.  Ha ha ha..Suami dah tunggu di wad.  Tau apa yang dibawanya, Vivix.  Saya tak fikir apa dah, terus minum dua sudu besar Vivix dan malam tu minum susu dan roti sahaja.  Sepanjang malam tu alhamdulillah saya boleh mengurus diri dan baby.

Sepanjang berpantang, saya meneruskan vitamin-vitamin yang memang saya makan dan ditambah dengan Vivix, Alfafa dan Lecithin.  Sedia maklum ibu yang bersalin secara pembedahan memerlukan penjagaan yang lebih dan kena pastikan tempat luka kering dan sembuh dengan baik.

Ibu bersalin tidak lari dari masalah bengkak susu.  Alhamdulillah dengan Lecithin, sangat membantu.

Saya juga perlu hari-hari pergi ke klinik untuk cek kuning baby. Saya perlu naik turun tangga sebab rumah di tingkat 2. Oleh sebab itu saya perlukan tenaga dan sihat bagi memastikan baby dapat susu dan juga perhatian yang terbaik.

Alhamdulillah di atas segala momen-momen yang indah sepanjang kehamilan baby yang ketiga ini. Andai ada ibu-ibu yang ingin hamil,sedang hamil dan sedang berpantang boleh la cuba set-set yang sangat hebat ni.

Baca juga :





PEMBELIAN SET HAMIL / BERPANTANG DAN VIVIX DENGAN HARGA JIMAT



Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

18 October 2018

HIMPUNAN TESTIMONI PESAKIT DIABETES YANG MENGAMALKAN VIVIX UNTUK MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH



 













Baca juga :

Kenali penyakit diabetes, salah satu pembunuh senyap

Empat punca utama penyakit diabetes.  No. 2 dan 3 paling kerap berlaku.

5 kesan buruk diabetes.  No. 2 dan 5 paling menakutkan.

10 simptom umum penyakit diabetes

Cara mengawal gula dalam darah

PEMBELIAN VIVIX UNTUK DIABETES


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit diabetes dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

JANGAN TUNDA-TUNDA LAGI. MULAKAN BISNES PERTAMA ANDA DENGAN SHAKLEE KERANA .....

Sekiranya anda sering terfikir untuk memulakan bisnes, namun masih tertunda-tunda, apa kata saya 'paksa' anda mulakan bisnes anda yang pertama dengan Shaklee.


Saya faham, adakalanya, tanpa bantuan, ilmu, mentor dan bimbingan, kita rasa ragu-ragu dan terus menundakan hasrat kita.  Tidak mengapa, kali ini biar saya bantu anda.

Kenapa bisnes Shaklee ? 


+  Saya mengenali Shaklee sejak tahun 2014 (Hakikatnya Shaklee telah berada di Malaysia sejak tahun 1994).  Saya dapati sehingga kini, produk Shaklee sentiasa mempunyai permintaan dalam pelbagai peringkat umur.  Terbukti bisnes ini bukan bisnes bermusim.

+  Shaklee mempunyai Pakar Nutrisi yang sentiasa bersedia untuk membimbing dan membantu sekiranya terdapat soalan daripada pengedar-pengedar Shaklee.

+   Shaklee bisnes yang mudah dan fleksibel.  Ia boleh dilaksanakan secara full time / part time / online /offline terpulang kepada kekuatan dan keselesaan anda.

+  Saya mempunyai team yang sangat supportive dalam pelbagai aspek (tips bisnes, rohani, knowledge dan sebagainya)

+  Saya mempunyai beratus-ratus real testimoni produk-produk Shaklee.  Saya sendiri adalah testimoni kepada produk-produk Shaklee.

Jadi, jangan tunda-tunda lagi.  Mari ubah hidup anda dan bina impian bersama bisnes Shaklee.
.

Your Shaklee Leader

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

4 MITOS TENTANG PENYAKIT DIABETES

Jangan tertipu dengan 4 mitos penyakit diabetes ini :


1.  Hanya orang gemuk sahaja yang berisiko untuk mendapat penyakit diabetes

Ramai yang beranggapan orang gemuk sahaja yang berisiko untuk mendapat penyakit diabetes.  Tanggapan itu salah sama sekali kerana penyakit diabetes boleh dihidapi oleh sesiapa saja yang tidak mengamalkan cara hidup sihat sama ada tidak menjaga pemakanan dan bersenam.

2.  Hanya golongan berumur sahaja yang berisiko untuk mendapat penyakit diabetes

Diabetes tidak hanya berisiko kepada golongan berumur sahaja.  Diabetes juga boleh dihidapi oleh kanak-kanak seawal tujuh tahun sama ada atas faktor genetik, berat badan berlebihan dan amalan pemakanan yang tidak sihat.

3.  Suntikan insulin petanda diabetes di peringkat kritikal

Pesakit diabetes yang perlu membuat suntikan diabetes tidak semestinya berada berada dalam kritikal.  Terdapat pesakit diabetes yang perlu membuat suntikan insulin pada peringkat awal lagi kerana hormon insulin di dalam badannya sudah tidak berfungsi.

4.  Pesakit diabetes hanya menunggu kematian

Kenyataan ini adalah mitos semata-mata.  Hakikat sebenar, kebanyakan pesakit diabetes yang mampu menjalani kehidupan berkualiti sama seperti orang yang sihat sempurna.  Hal ini kerana mereka mengamalkan cara hidup sihat dengan mengawal diet pemakanan, melakukan aktiviti fizikal dan mengamalkan ubat atau suplemen diabetes dengan konsisten.  Malah, terdapat di antara mereka yang mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding mereka yang sihat.

ALTERNATIF KEPADA PESAKIT DIABETES SELAIN CUCUK INSULIN


Selain cucuk insulin, pesakit diabetes juga boleh mengamalkan Vivix iaitu sejenis produk premium keluaran Shaklee sebagai alternatif.  Vivix berperanan untuk mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan sindrom rintangan insulin.

Di samping itu, Vivix yang mengandungi kandungan Polifenol membantu untuk mengawal kadar kepekatan gula dalam darah dengan memperlahankan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat pada kadar yang cepat akibat pengambilan makanan tinggi karbohidrat dan gula.

Baca juga :

Kenali penyakit diabetes, salah satu pembunuh senyap

Empat punca utama penyakit diabetes.  No. 2 dan 3 paling kerap berlaku.

5 kesan buruk diabetes.  No. 2 dan 5 paling menakutkan.

10 simptom umum penyakit diabetes

Cara mengawal gula dalam darah

PEMBELIAN VIVIX UNTUK DIABETES


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit diabetes dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

17 October 2018

TIPS BISNES : 3 KESILAPAN PENIAGA YANG BUAT PELANGGAN LARI

Dalam banyak-banyak tips bisnes, tips tentang kesilapan peniaga yang buat pelanggan lari juga tidak kurang pentingnya.  Hal ini kerana, jika dilihat pada hari ini, sudah terlalu ramai yang terlibat dengan bisnes, tidak kisah bisnes apa pun, sama ada menyediakan perkhidmatan atau menjual produk, secara online mahupun offline.  Pembeli mempunyai sangat banyak pilihan dan berhak untuk memilih peniaga.  Semestinya mereka memilih peniaga yang dapat memenuhi keperluan dan bijak mengambil hati mereka.  


Jadi, kita sebagai usahawan perlu berusaha untuk memastikan kita beri yang terbaik kepada pelanggan supaya dia akan terus dan terus berhubung dengan kita untuk membeli.  

...

Elakkan daripada membuat 3 kesilapan yang boleh buat pelanggan lari atau mencari peniaga lain berikut :

1. KURANG PENGETAHUAN TENTANG PRODUK

Orang berbisnes, kita pun hendak berbisnes, tetapi tidak mahu ambil tahu sedalamnya tentang produk yang dijual.  Belajar sekadar tahu tanpa faham.  Apabila pelanggan bertanya, boleh jadi terkebil-kebil dan tergagap-gagap (peniaga offline) atau lambat dibalas mesej pelanggan (peniaga online).   

Cuba kita letak diri kita di tempat pelanggan.  Contohnya, kita hendak membeli vitamin dan bertanya kepada penjual mengenai kandungan, keberkesanan, cara penyimpanan dan cara makan yang betul.  Jawapannya, tidak pastilah puan, nanti saya semak sekejap atau puan boleh baca pada label botol atau puan boleh Google sendiri.  Apa anda rasa ? Sudah pasti anda marah dan kalau bukan disebabkan rasa kesian, anda pasti tinggalkan saja peniaga tersebut dan cari peniaga lain.  Betul kan ?


2. TERLALU MEMAKSA PELANGGAN UNTUK BELI

Ini adalah kesilapan biasa yang peniaga lakukan.  Pelanggan membeli dalam keadaan yang dipaksa atau terpaksa (disebabkan pembeli memaksa) tidak akan membuatkan pelanggan itu membeli lagi dan lagi dengan peniaga yang memaksa.

Pernah tak bila kita jalan-jalan di mall, terdapat peniaga yang memanggil-manggil dan ada yang lebih extreme mengikut kita dari belakang sambil menerangkan tentang produk atau servis mereka.  Merimaskan bukan ?

Sebaik-baiknya, dekati mereka dahulu dan banyakkan enggagement melalui sharing tentang tips yang berkaitan dengan produk di media-media sosial atau whatsap.  Secara tidak langsung anda sedang mendidik prospek dan pada masa yang sama sedang mengiklankan produk anda.


3.  TIDAK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PELANGGAN

Ucap terima kasih nampak sangat remeh di mata sesetengah orang tetapi ia adalah salah satu elemen yang paling penting untuk menghargai pelanggan.

...

3 kesilapan peniaga yang buat pelanggan lari merupakan olahan saya berdasarkan pemahaman daripada artikel Azizan Osman yang bertajuk 5 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Dalam Perniagaan Jika Mahu Pelanggan 'Lekat' Dengan Anda dan berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang menjalankan perniagaan Shaklee.  Tidak dinafikan saya sendiri membuat kesilapan-kesilapan tersebut.  Cuba elakkan, ok !

Your Shaklee Leader

Fina Nawawi
Founder of Bizarre Empire 

14 October 2018

JURUTERA BERHENTI KERJA DEMI ANAK. APA YANG DIA BUAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SANGAT MENGUJAKAN IBU-IBU LAIN

Untuk membuat keputusan berhenti kerja, tidak mudah.  Namun, demi anak, keputusan itu terpaksa juga dilaksanakan dengan penuh yakin.  Itulah tindakan berani seorang jurutera.

Hampir tujuh hingga lapan tahun Puan Hamidah bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah kilang pembuatan dengan gaji yang boleh dikatakan lebih daripada cukup.  Beliau selesa dengan apa yang diperolehi, hendak itu, hendak ini, semuanya semudah petik jari untuk dimiliki.

Walaupun begitu, tiada siapa yang boleh menjangka masa depan.

Disebabkan anak, dia terpaksa pilih untuk berhenti kerja.  Dia memerlukan time freedom demi anak walaupun belum ada jaminan wang bulanan.

Pernah dia keluarkan modal sebanyak RM3,000 untuk menjalankan bisnes tudung.  Kerana tiada mentor, akhirnya semua tudung dipakai di kepala sendiri.  Setelah itu, dia nekad usahakan bisnes Shaklee sehabis baik. 

Katanya, bisnes Shaklee bisnes yang muda ! Dengan bermodalkan RM65 sahaja, sudah boleh memulakan perniagaan dan tidak perlu simpan 'stok di bawah katil'.

Dan, iya..dia berjaya.
Punya time freedom untuk anaknya dan masih mempunyai wang bulanan sebagaimana masa kerja dahulu.


Kini, situ, di depan dia berdiri ceritakan kisah insipirasinya sebagai teladan kepada yang lain.

Katanya lagi, jika masih ragu-ragu dan tertanya-tanya, boleh ke mulakan hidup baru dengan bisnes Shaklee ? Jawapannya, boleh.

Kuncinya hanya perlu ada MAHU. MENTOR dan TINDAKAN.

...

Anda mempunyai impian untuk berhenti kerja, kerja dari rumah atau ingin mempunyai pendapatan sendiri ?  Hubungi saya dengan klik pada rajah di bawah untuk saya bimbing anda sebagaimana Kak Sofea dibimbing sehingga mencapai pendapatan empat angka.


Your Shaklee Leader

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire
012-538 9844

09 October 2018

BAGAIMANA SURIRUMAH BOLEH MENJANA PENDAPATAN EMPAT ANGKA ?

Kini, di zaman teknologi, sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan hanya dari rumah termasuklah surirumah.  Pendapatan yang diperoleh bukan sekadar dua atau tiga angka tetapi boleh jadi empat angka mahupun lebih.

Bila disebut surirumah, mesti terlintas di fikiran, 'ohhh...dia tidak bekerja, tiada gaji..duit dia daripada suami.'  

Iya..Dulu, bolehlah fikir begitu.  Sekarang, fikiran begitu pada saya sudah tidak sesuai lagi kerana kebanyakan surirumah hari ini sudah pandai mencari pendapatan sendiri walaupun hanya duduk di rumah.  Malah sumber pendapatan mereka boleh jadi lebih daripada suami.

Begitulah Kak Sofea, seorang surirumah berusia 40-an.  Walaupun seorang surirumah, tetapi dia mampu menjana pendapatan empat angka dengan hanya menjalankan bisnes Shaklee.  

Walaupun terkontang-kanting seorang diri kerana ditinggalkan oleh 'ibu' yang mendaftarkan keahlian Shaklee Kak Sofea, Kak Sofea masih mampu mengorak kejayaan dengan bantuan ahli yang lain.  Itulah keistimewaan team kami.  Teamwork yang sangat padu !

Dia juga mampu memberi wang belanja empat angka kepada ibunya dan membantu suami dalam pelbagai aspek perbelanjaan.

Ini bukti bahawa bisnes Shaklee boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.  Walaupun pada usia 40-an, hanya tinggal di rumah, tidak mahir dengan teknologi-teknologi semasa, masih Kak Sofea ini boleh berjaya dalam bisnesnya.  Kalau hendak tahu, kebanyakan sales Kak Sofea adalah daripada blog.  Siapa yang jangka pada usia begini dia mahir berblog ? 

Tiada yang mustahil bila ada kemahuan dan ada mentor yang tepat, disusuli pula dengan tindakan.  Hasilnya pasti memberansangkan.

Malulah dengan Kak Sofea sekiranya kita yang masih muda, membesar pula di zaman teknologi tetapi tidak mengambil manfaat daripada teknologi yang ada.


Anda seorang surirumah dan ingin mempunyai pendapatan sendiri ?  Hubungi saya dengan klik pada rajah di bawah untuk saya bimbing anda sebagaimana Kak Sofea dibimbing sehingga mencapai pendapatan empat angka.


Your Shaklee Leader

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire
012-538 9844

06 October 2018

SELAIN CUCUK INSULIN, ADA CARA LAIN TAK UNTUK KAWAL GULA DALAM DARAH ?

Ada yang tercari-cari cara lain untuk kawal gula dalam darah selain cucuk insulin ? Saya percaya ramai yang tercari-cari.  Kalau boleh ikhtiar cara lain, apa salahnya.


ALTERNATIF LAIN SELAIN CUCUK INSULIN


Selain cucuk insulin, pesakit diabetes juga boleh mengamalkan Vivix iaitu sejenis produk premium keluaran Shaklee sebagai alternatif.  Vivix berperanan untuk mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan sindrom rintangan insulin.

Di samping itu, Vivix yang mengandungi kandungan Polifenol membantu untuk mengawal kadar kepekatan gula dalam darah dengan memperlahankan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat pada kadar yang cepat akibat pengambilan makanan tinggi karbohidrat dan gula.


PEMBELIAN VIVIX UNTUK DIABETES


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit diabetes dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

05 October 2018

BUANG RASA TAKUT DAN MALU UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

Dahulu, saya memang takut dan sangat malu untuk mulakan perniagaan kerana tiada siapa dalam keluarga terdekat yang menjalankan perniagaan.  Ahli keluarga saya semuanya bekerja makan gaji dalam sektor awam.  Jadi, saya membesar dalam suasana yang 'selesa'.

Setelah bekerja sendiri, mempunyai keluarga dan anak-anak, dengan keadaan kos sara hidup yang meningkat dan kian meningkat, saya merasakan bahawa menjalankan perniagaan sebagai sumber pendapatan kedua merupakan satu kemestian.

Cuma, saya berasa ragu-ragu, tidak yakin, tidak tahu bagaimana hendak mula, takut gagal, takut orang mengata dan macam-macam perasaan takut lagi serta malu.  Pendek kata semuanya takut dan tidak tahu !

Tetapi, saya selalu terbaca quote yang menyatakan 9 / 10 rezeki adalah perniagaan.

Dari situ, saya mengambil langkah pertama saya untuk memulakan perniagaan Shaklee.  Saya mengiklankan iklan pertama saya di Facebook dan Instagram pada tahun 2015.  Takut dan malu terutamanya pada kawan-kawan dan keluarga terdekat, iya masih ada cuma tidak setebal awal-awal dahulu.

Sedikit demi sedikit saya kikis perasaan takut dan malu.  Belajar ilmu-ilmu perniagaan daripada mentor-mentor dan leader Shaklee.  Sehingga akhirnya, saya boleh berdiri sendiri dengan penuh yakin untuk besarkan empayar perniagaan saya dan mencapai pendapatan kedua daripada dua angka kepada tiga dan seterusnya kepada empat angka.  In shaa Allah angka itu akan bertambah dan terus bertambah nilainya.  Tiada lagi perasaan takut dan malu. Tiada !

...

Tuan / puan , apa kata saya menjadi mentor dan guru anda untuk anda mulakan perniagaan sebagai pendapatan kedua ?


I am your Shaklee Leader
Fina Nawawi 
1169885
Founder of Bizarre Empire

03 October 2018

MAKANAN ALTERNATIF MENGGANTIKAN NASI BAGI PESAKIT DIABETIS

Pesakit diabetes sememangnya digalakkan untuk mengawal pengambilan nasi kerana nasi tergolong di bawah kategori yang mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi.

Kategori GI

GI TINGGI               : 70 - 100
GI SEDERHANA     : 56 - 69
GI RENDAH            : 0 - 55

Lagi tinggi kandungan GI, lagi tinggilah kandungan gula dalam makanan tersebut dan boleh menjejaskan kesihatan pesakit diabetes.  Untuk yang demikian, pesakit diabetes boleh memilih makanan alternatif yang mempunyai nilai GI yang lebih rendah bagi menggantikan nasi.  Walaupun begitu, makanan-makanan alternatif ini masih dapat memberikan sumber tenaga sebagaimana nasi.

1.  Beras Merah


Beras merah merupakan beras terbaik bagi menggantikan beras biasa kerana ia mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang sangat rendah berbanding beras biasa.  Ia juga kaya dengan Vitamin B dan serat yang berfungsi untuk meningkatkan kepekaan sel terhadap hormon insulin sehingga mampu diubah menjadi tenaga.

2. Keladi


Keladi mempunyai kandungan GI yang rendah berbanding nasi.  Ia kaya dengan vitamin, protien dan karbohidrat.  Keladi mampu mengawal gula dalam darah, mencegah serangan jantung dan menstabilkan tekanan darah.

3.  Ubi Kayu


Ubi kayu mempunyai nilai GI yang rendah.  Ia kaya dengan serat dan mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.

4.  Ubi Kentang

Ubi kentang mempunyai kandungan GI yang lebih rendah berbanding nasi, namun ia dapat menghasilkan tenaga sama seperti nasi.

Sumber : karangkraf.com

Baca juga :

Kenali penyakit diabetes, salah satu pembunuh senyap

Empat punca utama penyakit diabetes.  No. 2 dan 3 paling kerap berlaku.

5 kesan buruk diabetes.  No. 2 dan 5 paling menakutkan.

10 simptom umum penyakit diabetes

Cara mengawal gula dalam darah

PEMBELIAN VIVIX UNTUK DIABETES


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit diabetes dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.



Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

02 October 2018

PRINSIP ASAS URUS WANG SENDIRI UNTUK BEBAS HUTANG

Saya suka membaca mengenai topik-topik berkaitan bebas hutang dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki hasil nukilan Ustaz Fathuri Sallehudin.  Dalam banyak-banyak topik yang ada, saya tertarik dengan topik tentang prinsip asas urus wang yang menjadi faktor utama untuk bebas daripada hutang.  Istimewanya juga buku itu, ia secara jujur menyatakan sumber rujukan beserta nombor telefon penulis sebenar topik tersebut.

Saya ingin kongsikan hasil bacaan saya supaya anda juga boleh amalkan sebagaimana saya amalkan.  Saya olah hasil penulisan di dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki mengikut pemahamanan saya, namun saya kekalkan intipati yang hendak disampaikan.

PRINSIP 1 : BELI SECARA TUNAI


Elakkan daripada membeli barang-barang yang berkonsepkan ansuran, kutu, beli dulu kemudian bayar dan pelbagai lagi skim bayaran yang sedemikian.  Sekiranya anda hendak membeli sesuatu tetapi perlu berhutang, itu bermaksud anda belum mampu untuk memiliki barang tersebut.  Jadi, kumpul wang dahulu sehingga cukup dan belilah secara tunai.  Hati perlu kuat untuk laksanakan prinsip ini !

PRINSIP 2 : HIDUP DI BAWAH KEMAMPUAN, BUKAN IKUT KEMAMPUAN


Nasihat-nasihat yang biasa kita dengar adalah hiduplah ikut kemampuan, ukur baju di badan sendiri.  Tetapi, cuba anda baca betul-betul Prinsip 2 ini.  Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.  Itu yang sebetulnya.  

Beli barang-barang mengikut keperluan, bukan kemampuan, apatah lagi kemahuan.  Jelas ?  Contohnya begini, walaupun mampu pakai kereta Honda City, pakai sahaja Proton Saga.  Lupakan dahulu perkataan 'bergaya' untuk sementara waktu sehingga benar-benar berkemampuan atau ada banyak lebihan.

Downgrade cara hidup untuk sementara.  Antara yang boleh dipertimbangkan ialah :
  • Kurangkan pakej channel Astro kepada pakej channel asas sahaja dengan bayaran lebih murah atau lebih baik potong sahaja.
  • Sekiranya mempunyai pilihan nursery dengan pelbagai range yuran, pilih yang lebih murah namun berkualiti dari segi asuhan.
  • Pindah rumah yang mempunyai kadar sewa yang lebih rendah, namun memenuhi tahap keselesaan.
  • Hentikan tabiat merokok.
  • Jual barang bukan keperluan.

PRINSIP 3 : MULAKAN TABIAT MENYIMPAN WALAUPUN SEDIKIT


Walaupun RM1, simpan secara konsisten setiap hari.  Yang diambilkira dalam prinsip ini adalah tabiat, bukan kuantiti.  Apabila tabiat kian konsisten, tingkatkan jumlah sedikit demi sedikit.  Hasilnya anda akan lihat setiap hujung bulan atau hujung tahun dan sudah pasti anda akan rasa puas dengan usaha anda itu.

PRINSIP 4 : BINA PENDAPATAN KEDUA


Ini prinsip yang paling saya suka.  Bina pendapatan kedua dengan melibatkan diri dalam bisnes.  Dengan penglibatan dalam bisnes, anggap gaji hakiki sebagai tampungan keperluan bulanan manakala hasil keuntungan bisnes sebagai sumber untuk tambah simpanan.  Simpan hasil bisnes 100% atau tidak kurang 50%.  Pendapatan kedua penting sabagai backup kepada pendapatan pertama dan untuk tambahkan simpanan.

Bukan sekadar membaca, tetapi TAKE ACTION ! Anda akan nampak kesannya.

...

Mulakan dengan Prinsip 4 iaitu Bina Pendapatan Kedua dengan PERNIAGAAN DENGAN MODAL YANG RENDAH, SERENDAH RM65 SAHAJA !

Saya hendak tolong guide kalau anda hendak cuba bisnes yang sedang saya buat sekarang iaitu SHAKLEE.  

Kenapa bisnes Shaklee ? Sebab :

+  Saya mengenali Shaklee sejak tahun 2014 (Hakikatnya Shaklee telah berada di Malaysia sejak tahun 1994).  Saya dapati sehingga kini, produk Shaklee sentiasa mempunyai permintaan dalam pelbagai peringkat umur.  Terbukti bisnes ini bukan bisnes bermusim.

+  Shaklee mempunyai Pakar Nutrisi yang sentiasa bersedia untuk membimbing dan membantu sekiranya terdapat soalan daripada pengedar-pengedar Shaklee.

+   Shaklee bisnes yang mudah dan fleksibel.  Ia boleh dilaksanakan secara full time / part time / online /offline terpulang kepada kekuatan dan keselesaan anda.

+  Saya mempunyai team yang sangat supportive dalam pelbagai aspek (tips bisnes, rohani, knowledge dan sebagainya)

+  Saya mempunyai beratus-ratus real testimoni produk-produk Shaklee.  Saya sendiri adalah testimoni kepada produk-produk Shaklee.

Mari bersama-sama ubah hidup, bebas hutang dan bina impian bersama bisnes Shaklee.





I am your Shaklee Leader
Fina Nawawi 
1169885
Founder of Bizarre Empire




01 October 2018

PROMOSI MENARIK SHAKLEE BULAN OKTOBER 2018

Setiap bulan pastinya ada promosi menarik daripada Shaklee. 
 Promosi bulan Oktober, boleh scroll down di bawah ok.





Untuk dapatkan promosi ini dengan HARGA JIMAT, klik rajah di bawah ok.




Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

7 TIPS PILIH BERAS DAN NASI BAGI PESAKIT DIABETES

Bagi pesakit diabetes, hidangan nasi perlu diambil secara terkawal kerana nasi mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi.  GI merupakan indikator yang menyatakan kandungan kadar gula dalam makanan.  Semakin tinggi kadar GI, semakin tinggi kenaikan kadar gula dalam darah.

GI TINGGI               : 70 - 100
GI SEDERHANA     : 56 - 69
GI RENDAH            : 0 - 55

Orang Malaysia, mana mungkin tidak makan nasi.  Betul ?  Jadi, di sini saya kongsikan tips pilih beras dan nasi dengan kandungan GI yang lebih rendah khusus untuk pesakit diabetes.


1. Makan nasi yang dikukus.  Nasi yang dikukus mempunyai nilai GI yang lebih rendah berbanding nasi yang dimasak menggunakan kaedah biasa (ditanak).  Tambahan pula, nasi yang dikukus lebih sedap dan lembut.

2. Makan nasi keras.  Nasi keras mempunyai nilai GI yang lebih rendah berbanding nasi yang lembik.  Jadi, kurangkan kandungan air ketika menanak nasi.

3. Hadkan pengambilan bubur nasi.  Hal ini keranan bubur nasi mempunyai nilai GI yang sangat tinggi berbanding nasi.  Jadi, sebaik-baiknya hadkan pengambilan bubur nasi supaya gula dalam darah terkawal.

4.  Makan nasi sejuk.  Nasi yang disimpan di bawah suhu 4 darjah celcius mempunyai nilai GI yang lebih rendah berbanding nasi panas.  Jadi, pesakit diabetes sangat digalakkan untuk makan nasi yang sejuk.  Walaupun kurang sedap, namun, demi kesihatan, apa salahnya.

5.  Masak nasi dari beras biasa berbanding beras hancur.  Beras hancur mempunyai nilai GI yang tinggi.  Selain itu, beras hancur mengandungi serat dan nutrisi yang rendah.

6.  Nasi dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber dan larut air seperti kacang bendi.  Gabungan nasi dengan sayuran tersebut akan meningkatkan kepekaan terhadap insulin.

7.  Makan nasi goreng.  Nasi goreng mempunyai nilai GI yang lebih rendah berbanding nasi putih biasa.

Sumber : Mingguan Wanita

Baca juga :

Kenali penyakit diabetes, salah satu pembunuh senyap

Empat punca utama penyakit diabetes.  No. 2 dan 3 paling kerap berlaku.

5 kesan buruk diabetes.  No. 2 dan 5 paling menakutkan.

10 simptom umum penyakit diabetes

Cara mengawal gula dalam darah

PEMBELIAN VIVIX UNTUK DIABETES


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit diabetes dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

28 September 2018

TERPAKSA CUCUK INSULIN SETIAP HARI

Terpaksa cucuk insulin setiap hari boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit diabetes.  Kebiasaannya, mereka lebih cenderung untuk menghabiskan masa di rumah berbanding keluar bercuti atau berjalan-jalan bersama keluarga atau rakan-rakan.  Hal ini kerana mereka beranggapan agak renyah untuk membawa pelbagai ubatan termasuk peralatan insulin untuk penyakit diabetes yang dihidapi oleh mereka.


KENAPA PERLU CUCUK INSULIN


Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal paras gula dalam badan.  Ia berperanan untuk memastikan paras gula dalam badan tidak terlalu tinggi (hyperglisemia) atau terlalu rendah (hypoglisemia).  

Penyakit diabetes adalah sejenis penyakit yang menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan insulin atau insulin tidak dapat digunakan dengan sempurna.

Jadi, pesakit diabetes perlu mendapatkan insulin tambahan yang dihasilkan daripada haiwan atau insulin sintetik yang menyerupai insulin manusia untuk mengawal paras gula dalam badan.  

Walau bagaimanapun, keperluan suntikan insulin tambahan ini bergantung kepada tahap dan jenis diabetes yang dihidapi.

KESAN SAMPINGAN CUCUK INSULIN


Cucuk insulin boleh memberi kesan sampingan kepada pesakit diabetes.  Pesakit diabetes boleh mengalami hypoglisemia iaitu paras gula dalam darah terlalu rendah.  Ia boleh dikesan melalui tanda-tanda seperti pesakit menggeletar, berpeluh dingin, pening, lapar, gelisah dan berdebar-debar. Hypoglisemia ini boleh berlaku sekiranya :

-  Pesakit tidak makan atau makan terlalu sikit selepas membuat suntikan insulin 
-  Pesakit membuat senaman berlebihan
-  Pesakit menggunakan dos insulin yang terlalu tinggi
-  Pesakit mempunyai masalah buah pinggang

Sekiranya pesakit diabetes mengalami hypoglisemia, mereka perlu mengambil makanan atau minuman bergula dengan segera.  Contoh makanan atau minuman bergula ialah seperti madu, jus, atau gula-gula.

ALTERNATIF LAIN SELAIN CUCUK INSULIN


Selain cucuk insulin, pesakit diabetes juga boleh mengamalkan Vivix iaitu sejenis produk premium keluaran Shaklee sebagai alternatif.  Vivix berperanan untuk mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan sindrom rintangan insulin.

Di samping itu, Vivix yang mengandungi kandungan Polifenol membantu untuk mengawal kadar kepekatan gula dalam darah dengan memperlahankan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat pada kadar yang cepat akibat pengambilan makanan tinggi karbohidrat dan gula.

Baca juga :

Kenali penyakit diabetes, salah satu pembunuh senyap

Empat punca utama penyakit diabetes.  No. 2 dan 3 paling kerap berlaku.

5 kesan buruk diabetes.  No. 2 dan 5 paling menakutkan.

10 simptom umum penyakit diabetes

Cara mengawal gula dalam darah

PEMBELIAN VIVIX UNTUK DIABETES


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit diabetes dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire
Copyright FINA NAWAWI