AFB Feeds

12 February 2018

TIPS DAN ZON WAJIB LAWAT DI MAPS, IPOH

Jemput baca perkongsian saya tentang pengalaman, tips dan zon yang wajib dilawati di MAPS, Ipoh.

Sejak dibuka bulan Jun 2017 di Ipoh, rasa teringin sangat nak ke MAPS sebab nak tahu apa yang menarik sangat kat situ.  Tambah-tambah pula, MAPS tu di Ipoh, my hometown.  Itu yang gedik-gedik nak pergi sangat tu.

Tapi mengenangkan harga tiketnya yang beratus-ratus, memang dipadamkan sahaja rasa gedik-gedik tu.  Kalau balik Ipoh, sekadar lalu hye hye bye bye saja.

TIKET PERCUMA

Sehinggalah suatu hari, my BFF till jannah message dan offer tiket percuma untuk tiga dewasa dan dua kanak-kanak.  Percuma ok, percuma !  Walaupun dia juga dapat percuma, tetap saya doakan dia sekeluarga murah rezeki dan bahagia hendaknya.  

Sedikit penerangan ringkas, tiket tu diberi percuma kepada BFF saya sebab masa dia pergi ke MAPS waktu awal-awal buka dulu, banyak lagi kawasan-kawasan yang masih dalam penyelenggaraan dan tidak dibuka kepada awam.  Jadi mereka diberi tiket percuma untuk datang semula ke MAPS sebelum 30 September 2017.  

Ok, back to my story.

Sudah pasti saya terima offer tiket percuma tersebut dengan tangan yang sangat terbuka walaupun masa sudah agak suntuk.  Tinggal dua minggu saja lagi sebelum 30 September 2017.  

TANGGAL 30 SEPTEMBER 2017

Saya, suami, dua anak (Abang Abin dan Kakak Ummu) dan dua anak saudara (Amna dan Abid) pergi ke MAPS pada 30 September 2017 iaitu hari terakhir sebelum expirednya tiket tersebut.  

Ada lima tiket tetapi dapat masuk enam orang.  Kanak-kanak di bawah umur tiga tahun adalah percuma ok.  Kakak Ummu belum pun capai umur tiga tahun masa tu.

**Tips 1 : Sekiranya anda mempunyai anak yang akan menjengah ke umur tiga tahun dalam beberapa bulan lagi pada tahun tersebut, just maklumkan umur anak anda dua tahun.  Tidak perlu bagi tahu dua tahun sembilan bulan ke, lagi tiga bulan nak masuk tiga tahun ke. Tidak perlu ye.  Sebabnya, ada petugas yang cakap umur anak dikira berdasarkan tahun semasa.  Ada juga petugas yang lebih tinggi sedikit budi bicaranya, dilepaskan saja kerana anak tersebut belum pun mencecah tiga tahun pada sesi lawatan tersebut.  Terjadi kepada Kakak Ummu, tapisan pertama, petugas suruh beli lagi satu tiket kanak-kanak kerana Kakak Ummu akan berumur 3 tahun pada bulan Oktober 2017.  Apabila ke kaunter untuk membeli tiket, petugas kaunter kata tidak perlu sebab belum berumur tiga tahun.  Lesson learnt untuk kami as parents tentang bagaimana nak maklumkan umur anak apabila masuk ke mana-mana theme park.

Saya nasihatkan juga supaya sebaik-baiknya beli tiket secara online supaya tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket terutamanya jika pergi sewaktu musim cuti sekolah.  Kami pergi pada hujung minggu, bukan pada musim cuti sekolah, jadi tidak ramai dan tidak beratur lama.

Selesai bab tiket, kami pun melangkah masuk ke MAPS. Dalam 20 - 30 langkah ke dalam, kami disambut mesra oleh adik-adik photographer.  Klik klik klik beberapa keping gambar, kami pun teruskan perjalanan masuk.  

Alhamdulillah, cuaca sangat baik hari itu.  Kami tiba pada pukul 11.00 pagi tetapi boleh tahan juga bahangnya walaupun belum tengah hari.

**Tips 2 : Rupa-rupanya, dari satu zon hendak ke satu zon, tidak berbumbung tau.  Jadii, baiklah dipakaikan anak-anak dengan topi / towel kecil dan kipas tangan dengan/tanpa batteri.  Bagus juga kalau standby payung sekiranya hujan.

ZONE 1 : ANIMATION SQUARE ZONE

Paling menarik dan best di zon ini ialah Boboiboy 4D Adventure Theater.   Jangan lepaskan peluang nak masuk sini ok.  Dia ada masa-masa tertentu tayangan dia tu tau.  Anak-anak memang enjoy sangat-sangat masuk Boboiboy 4D Adventure Theater ni.  Malangnya, kanak-kanak bawah ketinggian 100 cm tidak dibenarkan masuk.

**Tips 3 : Sekiranya kurang daripada 15 minit pintu teater akan dibuka, terus je beratur di situ. Jangan pergi mana-mana.  Sebabnya, sudah ditetapkan limit berapa orang yang boleh masuk dalam satu-satu masa.  Jadi, kalau terlepas nanti dah tak semangat dan terasa lama nak tunggu tayangan seterusnya.

Selain itu, zon ini ada bangunan-bangunan dengan arkitektur dan karektor yang menarik.. Anak-anak  enjoy bergambar sambil meniru karakter di situ.






ZONE 2 : BLAST OF ZONE

Tempat ini merupakan kawasan dengan tema Smurf.  Semua pengunjung akan dikumpulkan dan dibawa masuk ke bilik teater yang gelap untuk tengok kartun Smurf.  Untuk anak-anak, seronoklah.  Untuk kita yang dewasa ni, kita tumpang seronok anak sajalah.

Ini gambar kenangan kami sekeluarga di MAPS.  Dah kenapa posing macam tu ? Hehehe.. Itu semua arahan photographer.  Sebenarnya ada banyak lagi gambar dengan gaya berbeza, tapi disebabkan ini paling comel, kami pilih yang ini.  Comel tak kami ?



Smurf Partyland : Hanya sesuai untuk kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas.
Kakak Ummu boleh tengok saja.
Next, kami jalan-jalan lihat 3D art sambil bergambar.  Macam-macam gaya anak-anak ni.  Pandai !



















ZONE 3 : DREAM ZONE

Satu-satunya kawasan yang dibuka di Dream Zone ialah Worm Hole.  Sebenarnya saya kurang pasti fungsi Worm Hole ini sebab nak bergambar pun tidak jelas, nak sentuh-sentuh pun tiada apa yang jadi.  Cuma disebabkan Abang Abin pakai jersey rugby, jadi nampaklah baju dia glow in the dark dan yang lain-lain (Kakak Amna dan Abang Abin) buat muka kagum tengok baju Abang Abin tu.


ZONE 4 : FANTASY FOREST ZONE 

Ada satu kawasan di Fantasy Forest Zone ni yang ada 'gua' batu.  Sebenarnya saya tak pasti, itu gua atau lorong atau terowong dan kurang faham 'storyline' dia.  Apapun agak menarik juga tengok barang-barang yang dipamerkan.  Anak-anak sedikit bosan tapi still enjoy posing bila ibu suruh. Hehehe...



Selain 'gua' batu, terdapat juga kawasan yang dinamakan Coral Kingdom di zon ini.  Di sinilah baru nampak Kakak Ummu happy sebab dia boleh main macam-macam.



Kebanyakan permainan di MAPS lebih sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 7 atau 8 tahun ke atas dengan ketinggian 120 cm.  Sekiranya anak-anak anda berumur kurang daripada 5 tahun,  Fantasy Forest Zone memang tempat yang sesuai.  Banyak permainan yang mereka boleh main di sini.

Hanya Abang Abin yang berani naik benda ni.  Kakak Amna dan Abang Abid, dah masuk, keluar balik.
Kakak Ummu belum cukup ketinggian untuk naik.
ZONE 5 : LIFE ACTION ZONE

Ini antara tempat menarik yang tidak patut anda lepaskan, Stunts Legend.  Agak kagum jugalah dengan aksi-aksi stunt mereka membawa kereta dan motor.  Cuma dari segi sound system, tidak jelas apa yang mereka cakapkan.  

Suka juga diingatkan tempat ni tidak sesuai untuk baby ok.  Bunyi bising dan asap mungkin buat baby tidak selesa.  Tengok tu Kakak Ummu, takut.






ZONE 6 : LAKESIDE ZONE

Kami tak pergi sebab itu untuk dewasa sahaja.  Dari jauh, nampak menarik juga.


Ok, last but not least. saya belikan setiap seorang souvenir untuk kenang-kenangan di Kedai Tok Aba.   Dari segi harga, boleh tahan juga mahalnya barang-barang dalam tu.  Saya hanya beli ikut kemampuan.  Masing-masing dapat barang dengan harga antara RM15 - RM20 seorang.  


Kami sampai pukul 11.00 pagi, kami balik pukul 3.00 petang. Empat jam kami habiskan masa dalam MAPS.  Makan, kami makan siap-siap di rumah supaya tidak perlu beli makanan di MAPS.  Tidak boleh bawa bekalan makanan ye.  Beg kita akan discan sebelum masuk.  Harga sebotol mineral RM3.50.  Jadi, boleh bayangkan harga makanan-makanan lain ?

Tips 4 : Bawa bekalan air secukupnya untuk setiap orang / anak.  Makan kenyang-kenyang di rumah supaya ketika di MAPS tidak perlu makan makanan berat.  Memadai jika beli donut saiz sebesar tapak tangan dengan harga RM5.00 ++ atau kudapan-kudapan ringan yang lain yang tidak terlalu mahal (masih mahal jika dibandingkan dengan harga di luar)

Dalam MAPS ada banyak photographer menanti.  Posing sahaja bila disuruh dan sediakan sahaja duitnya nanti.

Sekian saja perkongsian saya.  Jangan lupa amalkan tips-tips yang saya kongsikan dan lawat zon-zon yang saya nyatakan.

Enjoy ~~




Copyright FINA NAWAWI