AFB Feeds

24 May 2018

RAHSIA BELI VIVIX DENGAN HARGA MURAH

Nak tahu rahsia macam mana beli vivix dengan harga murah ? Boleh baca di sini.

Sebenarnya ada cara untuk membeli vivix dengan harga murah dan dapat pula beberapa insentif menarik.  Sebelum itu, korang tengok dulu berapa harga sebotol vivix dalam gambar di bawah.


Ok, sebotol vivix harganya RM485 termasuk kos untuk pengeposan.  Harga tidak termasuk pos adalah RM475.  Itulah harga yang perlu dibayar oleh pelanggan sekiranya hendak membeli sebotol vivix.


Sekarang lihat pula harga untuk dua botol vivix dalam gambar di bawah.


Cuba korang kira betul ke harga untuk dua botol vivix, RM475 + RM475 = RM760 ? Sudah tentu salah ! Sepatutnya RM950 kan.  Tetapi, itulah hakikatnya. Dengan membeli dua botol vivix, harganya hanya RM760 sahaja berkuatkuasa pada 1 Jun 2018.  Ada penjimatan RM190 ! Tidak cukup dengan itu, dapat pula percuma kos pengeposan dan keahlian Shaklee yang bernilai RM69. Dan dapat lagi cash rebate berjumlah RM30. ++.

Tengok, berapa banyak penjimatan kalau beli dua botol vivix.  Itu kalau beli dua botol.  Kalau beli 3, 4, 5, 6, 7 dan banyak lagi vivix, lagi banyaklah cash rebate yang akan diterima.

Ok, nak beli dua botol vivix atau lebih contact saja saya ok.

Love,

Fina Nawawi 

http://shakleebyfina.wasap.my

22 May 2018

TAKE CARE OF YOUR BODY. WHY ?


"Take care of your body.

It's the only place you have to live in."

Model, pengedar dan pengamal tegar VIVIX

FINA NAWAWI. 012.538.9844

TERTIPU DENGAN PRODUK SHAKLEE

Saya pernah tertipu dengan produk Shaklee.
Asalnya saya mencari shampoo yang bebas SLS sebab tahu bahayanya SLS ni. Tambah pula, saya ni memang suka shampoo rambut. 
Kalau boleh hari-hari nak shampoo.

Google dan google dan google, saya jumpa shampoo Prosante keluaran Shaklee yang katanya tiada SLS dan bebas Paraben (jemput google SLS dan paraben)
Beli dengan kawan sebab masa tu belum jadi ahli pun and fyi, Prosante ni produk Shaklee pertama yang saya guna tau.
Sebagai pengguna baru, tidak dinafikan memang saya ragu-ragu dengan keberkesanan produk-produk Shaklee termasuklah shampoo Prosante tu.
Tengok pada ingredients dia, rasa geram 
Apesal ada Sodium Lauryl Sulfiacetate ni ??? 
Tipuuuuuu lahh ! Tak boleh percaya dah dengan Shaklee ni.

Tapi...sebenarnya saya yang takde ilmu. Saya ingatkan Sodium Lauryl Sulfiacetate tu SLS...rupanya bukan. Singkatan dia yang betul SLSA.
SLS panjangnya Sodium Lauryl Sulfate. SLS ni yang bahaya. 
SLSA tu pula organik dan selamat untuk digunakan.

Tengok tu.
Takde ilmu, benda yang betul pun boleh disalah anggap.
Bukan tertipu dengan produk, tetapi tertipu dengan diri sendiri.

Apa daaaaaaaa !
Sekarang saya dah tak ragu-ragu dah.
Lebih kenal, lebih jatuh cinta.
Sebab...produk-produk dia semua ada ujian klinikal bertahun-tahun dan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.

Jadi, boleh guna dengan yakin dan selamat.
Tu sebahagian koleksi botol-botol Prosante saya. 
Sayang nak buangggggg.
Ngengade bagi semak bilik air.


Nak order produk shaklee, boleh contact saya.


Love,

TIGA KEISTIMEWAAN SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS YANG TIDAK ADA PADA VITAMIN C LAIN



Vitamin C merupakan vitamin yang paling glamour dan biasa kita dengar sejak kita kecil lagi.  Bila disebut vitamin C, kebiasaannya kita akan terbayang vitamin berwarna oren sama ada bentuk bulat, bulan, bintang atau binatang..kan.  Masa tu korang pernah dengar multivitamin ? Tidak pernah kan.  Pernah dengar vitamin A B D E ? Pernah, tetapi tidak pernah lihat kan.  Yang kita tahu kalau makan vitamin C, badan kita jadi sihat dan tidak akan selsema atau batuk.  Paling kelakar ada ibu bapa yang bagitahu anaknya yang vitamin C boleh buat cacing dalam perut mati. 

Bila dah besar, tanggapan sewaktu kecil dulu sedikit demi sedikit bertukar.  Vitamin C yang dulu kita tahu untuk menyihatkan bertukar kepada C for Cantik.  Kann ?

FUNGSI SEBENAR VITAMIN C


1. Meningkatkan sistem imunisasi badan.  Vitamin C sangat berkesan untuk meningkat sistem imun badan secara semulajadi.  Dengan pengambilan vitamin C secara konsisten, kekerapan untuk mendapat demam, batuk dan selsema adalah minima.

2.  Bertindak sebagai antioksidan.  Kandungan antioksida dalam vitamin C mampu memusnahkan radikal bebas yang menjadi punca penyakit kanser, sakit jantung, ketumbuhan dan lain-lain.   

3.  Membentuk kolagen dan mencantikkan kulit.  Vitamin C meransang pembentukan kolagen yang merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.  Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.  Vitamin C juga akan menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen penyebab jeragat.  Sebab itu wanita suka makan vitamin C.

4.  Memperbaiki simptom pendarahan.  Mereka yang sering mengalami pendarahan gusi, lebam, kulit kering dan kasar adalah disebabkan kekurangan vitamin C.  Pengambilan vitamin C secara konsisten akan mengatasi masalah tersebut di samping mempercepatkan penyembuhan luka.  Vitamin C sangat bagus untuk ibu yang baru bersalin.

- - -

Jadi, jelas sudah apa sebenarnya fungsi vitamin C.  Sebetulnya, vitamin C ini bukan sahaja untuk sihat dan cantik, malah ia merangkumi kesihatan menyeluruh tubuh badan kita.  Sebab itu vitamin C merupakan antara salah satu suplemen yang diperlukan dalam pemakanan pada setiap hari.

Di pasaran, terdapat banyak jenis vitamin C.  Pengguna yang bijak memilih, pasti akan membeli vitamin C yang berbaloi dari segi harga, fungsi, kadar penyerapan dan keberkesanan.  Ketahui keistimewaan vitamin C Shaklee.

Image result for vita c shaklee
Inilah rupa sebenar vitamin C Shaklee yang dinamakan Sustained Release Vita-C Plus.


TIGA KEISTIMEWAAN SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS YANG TIDAK ADA PADA VITAMIN C LAIN


1. Diperbuat daripada sumber semulajadi iaitu ekstak jagung.   Jadi, vitamin C Shaklee sesuai diambil oleh pesakit gastrik.  Seperti yang biasa kita dengar, kebanyakan vitamin C diperbuat daripada buah-buahan sitrus seperti limau.  Memandangkan buah-buahan sitrus mempunyai kandungan asid yang tinggi, ia akan memberi risiko kepada pesakit gastrik.

2.  Mempunyai sistem pelepasan berperingkat.  Vitamin C merupakan vitamin larut air.  Sekiranya diambil secara berlebihan dalam satu-satu masa, hanya sedikit sahaja yang diserap ke dalam badan, manakala yang selebihnya akan dikeluarkan melalui air kencing.  Sebab itu vitamin C Shaklee dinamakan Sustained Release dan  bertindak untuk melepaskan 500mg vitamin C secara berperingkat dalam tempoh lima jam (100mg dilepaskan setiap jam). Jadi, vitamin yang dimakan diserap secara optimum ke dalam badan.

3.  Dilengkapkan dengan 120mg Citrus Bioflavonoids Complex.  Ia merupakan agen yang membantu meningkatkan keberkesanan Vitamin C. 

- - -

Tiga keistimewaan tersebutlah yang menjadi rahsia keberkesanan vitamin C Shaklee.  

Dari segi harga, sebotol vitamin C Shaklee adalah RM97.50 sahaja untuk 180 kapsul.  Sehari hanya 1 kapsul sahaja.  Ini bermakna, satu kapsul vitamin C Shaklee berharga RM0.54 sahaja dan mampu bertahan sehingga 6 bulan lamanya.  

Berbaloi dan value for money !

Cara pemakanan, ada rahsianya khusus untuk pelanggan saya 😉

- - -

Love,

18 May 2018

EMPAT KEISTIMEWAAN SOYA SHAKLEE

Soya Shaklee tidak sama dengan soya yang ada di pasaran tau.  
Ini empat keistimewaan Soya Shaklee.







Love,

EMPAT BAHAN UTAMA VIVIX DAN KHASIATNYA

Terdapat empat bahan utama dalam vivix yang menjadikan vivix sebagai produk premium  Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan vivix bukanlah bahan-bahan sembarangan.  Semuanya menggunakan bahan yang esklusif dan melalui proses kajian yang teliti.










Setelah melihat empat bahan utama vivix, tidak dapat disangkal bahawa harga vivix adalah berbaloi dengan khasiat yang diberikan.

Your Shaklee Leader,

17 May 2018

10 SIMPTOM UMUM PENYAKIT DIABETES



Adakalanya seseorang itu tidak tahu bahawa dia adalah seorang pesakit diabetes sehinggalah diabetes tersebut telah merebak dengan teruk dan berada pada tahap berbahaya.

Jadi, sangat penting untuk kita ketahui tanda-tanda umum penyakit diabetes ini.  Apabila disedari di peringkat awal, lebih mudah untuk dirawat atau dicegah.

Saya telah ringkas dan padatkan dalam bentuk carta 10 tanda-tanda umum diabetes yang perlu anda ketahui.


PARAS GULA DALAM DARAH TINGGI

Bagaimana untuk menguji paras gula dalam darah ? Anda boleh ke klinik atau hospital untuk menguji paras gula dalam darah.  Adalah normal sekiranya gula dalam darah meningkat selepas makan. Tetapi, ia bukanlah sesuatu yang normal sekiranya bacaan gula dalam darah kekal tinggi secara berterusan sepanjang hari.

DAHAGA BERLEBIHAN DAN KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM

Masih dahaga walaupun telah minum air yang banyak.  Mengapa ? Ia kerana apabila terdapat gula yang banyak dalam darah, buah pinggang akan bekerja keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut melalui pembuangan air kecil.  Jadi, ia akan menyebabkan badan anda kehilangan air dan kerap rasa dahaga.

HILANG BERAT BADAN SECARA TIBA-TIBA

Jangan terlalu gembira jika anda mendapati berat badan anda hilang secara tiba-tiba walaupun anda tidak berdiet.  Awas ! Ia bukanlah kehilangan berat badan secara sihat. Sebenarnya anda sedang berhadapan dengan risiko diabetes.  Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh mengurangkan berat badan dengan cepat.  Anda akan kehilangan 2 hingga 3 kilogram dalam tempoh 2 hingga 3 bulan.  Proses kehilangan berat badan ini terjadi kerana hormon insulin tidak mampu membekalkan gula ke sel-sel untuk dijadikan sebagai tenaga.  Sebagai sumber tenaga alternatif, lemak diuraikan kepada otot menjadikan berat badan berkurang,

SENTIASA RASA LAPAR

Pesakit diabetis tidak dapat memproses gula dalam darah kerana pesakit diabetis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin.  Ia menjadikan bacaan gula dalam darah menurun dan badan pesakit diabetis menterjemahkan keadaan ini sebagai lapar.

LUKA LAMBAT SEMBUH

Luka lambat sembuh merupakan simpton normal dan paling jelas pada pesakit diabetis.  Saluran darah telah dirosakkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam darah dan menyebabkan luka menjadi lambat sembuh.

KELETIHAN DAN CEPAT MARAH

Pesakit diabetis akan sentiasa berasa letih kerana badan mereka bekerja keras untuk mengimbangi kandungan gula dalam darah.  Di samping itu, kekerapan bangun malam untuk membuang air kecil juga menyebabkan badan berasa letih.  Apabila badan letih, tidak dinafikan, sesiapa saja mudah rasa marah.

TERDEDAH KEPADA JANGKITAN KULAT

Wanita yang mengidap diabetis mudah terkena jangkitan kulat terutamanya pada bahagian sulit.  Perkara ini terjadi kerana penyakit diabetis telah melemahkan kadar imunisasi badan.

SERING KEBAS PADA TANGAN DAN KAKI

Pesakit diabetis sering mengalami kebas pada kaki dan tangan.  Ia merupakan tanda saraf-saraf badan telah dirosakkan oleh penyakit diabetis.  Sekiranya bacaan gula dalam darah dibiarkan tinggi secara berterusan, boleh jadi berlaku kerosakan saraf kekal.

PENGLIHATAN MENJADI KABUR

Apabila bacaan gula dalam darah adalah tinggi, ia mampu mengubah bentuk kanta dan mata sehingga menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

KULIT MERENGAS

Kulit merengas merupakan tanda badan sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah tidak tinggi.
.
.
Sekiranya anda dapati anda mempunyai simptom-simptom ini, rujuk doktor anda dengan segera untuk mengatasi penyakit diabetes dan bagi mengelakkan kesan diabetes merebak dengan lebih teruk.


Love,

16 May 2018

KENALI DIABETES, SALAH SATU PENYAKIT PEMBUNUH SENYAP


DIABETES adalah salah satu penyakit pembunuh senyap di Malaysia selain strok, tibi dan lain-lain. Diabetes yang juga dikenali sebagai kencing manis merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah.  

Bagi manusia normal / sihat, paras gula dalam darah akan dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin.  Bagi pesakit diabetes, berlaku rintangan insulin atau penghasilan insulin yang tidak mencukupi dalam badan sehingga menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.  Jadi, berlaku kandungan gula yang tinggi dalam darah.

Secara umumnya, diabetis terbahagi kepada tiga (3) jenis yang telah saya ringkaskan dan padatkan dalam rajah di bawah.


Sekiranya anda salah seorang penghidap diabetis tidak kira daripada Jenis I, II atau Gestasi, jangan pandang enteng pada penyakit tersebut.  Atasi diabetes segera atau sebaik-baiknya cegah diabetes sebelum penyakit tersebut melarat dan memberi kesan yang lebih teruk kepada kehidupan anda.

Kenali simptom-simptom penyakit diabetes di sini dan punca-punca penyakit diabetis di sini.  Ketahui juga apa kesan penyakit diabetes dan cara mengatasinya di sini.


Love,

15 May 2018

TUJUH TIPS MUDAH DAN BERKESAN KEKALKAN SUSU IBU DI BULAN PUASA


Saya hendak kongsikan tips mudah untuk kekalkan susu ibu di bulan puasa yang saya dah amalkan dan yang pasti, terbukti berkesan.


Baby Breast Breastfeeding Care Child Drink


TIPS PERTAMA : BANGUN AWAL
Pertama sekali, kalau boleh korang bangun awal untuk sahur tau. 
Sebaik-baiknya sejam awal sebab banyak benda yang korang kena makan nih.

TIPS KEDUA : MAKAN NASI SETIAP HARI
Korang jangan sesekali skip makan nasi ye waktu sahur dan berbuka.
Berapa senduk nasi, terpulang pada saiz perut masing-masing.
Nasi penting sebab ia sumber karbohidrat yang akan membantu menghasilkan susu ibu.

Rice Vegetables Herbs Vegetarian Carrot Ro

TIPS KETIGA : LAUK
Makan nasi berlaukkan ikan / ayam / daging / seafood. Penting lauk-lauk ni. 
Kalau ada sayur hijau/ulam lagi bagus.  Lauk-lauk ini juga sama pentingnya seperti nasi kerana ia sumber protien yang membantu menghasilkan susu ibu.


TIPS KEEMPAT : MAKAN KURMA 
Makan juga kurma. Kena makan lebih dari 5 biji kurma setiap kali sahur dan berbuka.
Ini wajib !

Dates, Dried, Food, Dried Fruits, Sweet

TIPS KELIMA : MINUM AIR SUAM
Air pulak, minum 3 gelas air SUAM atau lebih.
Air suam tau, bukan air suhu bilik.  Saya tiada explanation yang khusus untuk menjelaskan kenapa air suam, tapi boleh rasa sendiri perbezaan bila kita amalkan air suam dengan air biasa.

Trust me !

Calm, Clear, Drink, Filling, Glass

TIPS KEENAM : MINUM ESP SHAKLEE

Lepas tu, biasakan diri minum susu / milo yang dicampur dengan ESP Shaklee masa sahur dan berbuka.
Saya personally suka minum Susu Kurma Farm Fresh + ESP. Sangat sedap !
Susu sumber kalsium dan ESP sumber protien yang lengkap yang akan membantu penghasilan susu ibu yang berkualiti dan pekat.



Image result for esp shaklee
Tengok !
Kan ke banyak korang kena makan dan minum masa sahur tu. Sebab tu kena bangun awal.
Sambil-sambil berhidang / ngemas hidang, bolehlah kudap-kudap kurma atau minum air suam banyak-banyak.

Lepas tu bersedia sajalah untuk pam susu ikut jadual korang dan berpuasalah dengan penuh bertenaga. 

TIPS KETUJUH : MINUM AIR DI TENGAH MALAM
Akhir sekali, rajin-rajin bangun malam untuk tahajud dan minum air setiap sejam / dua jam. Ini sangat membantu tau.

Sekian, pengalaman sendiri menyusukan Sodiqin.



Love,
Copyright FINA NAWAWI