AFB Feeds

17 May 2018

10 SIMPTOM UMUM PENYAKIT DIABETES



Adakalanya seseorang itu tidak tahu bahawa dia adalah seorang pesakit diabetes sehinggalah diabetes tersebut telah merebak dengan teruk dan berada pada tahap berbahaya.

Jadi, sangat penting untuk kita ketahui tanda-tanda umum penyakit diabetes ini.  Apabila disedari di peringkat awal, lebih mudah untuk dirawat atau dicegah.

Saya telah ringkas dan padatkan dalam bentuk carta 10 tanda-tanda umum diabetes yang perlu anda ketahui.


PARAS GULA DALAM DARAH TINGGI

Bagaimana untuk menguji paras gula dalam darah ? Anda boleh ke klinik atau hospital untuk menguji paras gula dalam darah.  Adalah normal sekiranya gula dalam darah meningkat selepas makan. Tetapi, ia bukanlah sesuatu yang normal sekiranya bacaan gula dalam darah kekal tinggi secara berterusan sepanjang hari.

DAHAGA BERLEBIHAN DAN KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM

Masih dahaga walaupun telah minum air yang banyak.  Mengapa ? Ia kerana apabila terdapat gula yang banyak dalam darah, buah pinggang akan bekerja keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut melalui pembuangan air kecil.  Jadi, ia akan menyebabkan badan anda kehilangan air dan kerap rasa dahaga.

HILANG BERAT BADAN SECARA TIBA-TIBA

Jangan terlalu gembira jika anda mendapati berat badan anda hilang secara tiba-tiba walaupun anda tidak berdiet.  Awas ! Ia bukanlah kehilangan berat badan secara sihat. Sebenarnya anda sedang berhadapan dengan risiko diabetes.  Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh mengurangkan berat badan dengan cepat.  Anda akan kehilangan 2 hingga 3 kilogram dalam tempoh 2 hingga 3 bulan.  Proses kehilangan berat badan ini terjadi kerana hormon insulin tidak mampu membekalkan gula ke sel-sel untuk dijadikan sebagai tenaga.  Sebagai sumber tenaga alternatif, lemak diuraikan kepada otot menjadikan berat badan berkurang,

SENTIASA RASA LAPAR

Pesakit diabetis tidak dapat memproses gula dalam darah kerana pesakit diabetis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin.  Ia menjadikan bacaan gula dalam darah menurun dan badan pesakit diabetis menterjemahkan keadaan ini sebagai lapar.

LUKA LAMBAT SEMBUH

Luka lambat sembuh merupakan simpton normal dan paling jelas pada pesakit diabetis.  Saluran darah telah dirosakkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam darah dan menyebabkan luka menjadi lambat sembuh.

KELETIHAN DAN CEPAT MARAH

Pesakit diabetis akan sentiasa berasa letih kerana badan mereka bekerja keras untuk mengimbangi kandungan gula dalam darah.  Di samping itu, kekerapan bangun malam untuk membuang air kecil juga menyebabkan badan berasa letih.  Apabila badan letih, tidak dinafikan, sesiapa saja mudah rasa marah.

TERDEDAH KEPADA JANGKITAN KULAT

Wanita yang mengidap diabetis mudah terkena jangkitan kulat terutamanya pada bahagian sulit.  Perkara ini terjadi kerana penyakit diabetis telah melemahkan kadar imunisasi badan.

SERING KEBAS PADA TANGAN DAN KAKI

Pesakit diabetis sering mengalami kebas pada kaki dan tangan.  Ia merupakan tanda saraf-saraf badan telah dirosakkan oleh penyakit diabetis.  Sekiranya bacaan gula dalam darah dibiarkan tinggi secara berterusan, boleh jadi berlaku kerosakan saraf kekal.

PENGLIHATAN MENJADI KABUR

Apabila bacaan gula dalam darah adalah tinggi, ia mampu mengubah bentuk kanta dan mata sehingga menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

KULIT MERENGAS

Kulit merengas merupakan tanda badan sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah tidak tinggi.
.
.
Sekiranya anda dapati anda mempunyai simptom-simptom ini, rujuk doktor anda dengan segera untuk mengatasi penyakit diabetes dan bagi mengelakkan kesan diabetes merebak dengan lebih teruk.


Love,

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI