AFB Feeds

16 May 2018

KENALI DIABETES, SALAH SATU PENYAKIT PEMBUNUH SENYAP


DIABETES adalah salah satu penyakit pembunuh senyap di Malaysia selain strok, tibi dan lain-lain. Diabetes yang juga dikenali sebagai kencing manis merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah.  

Bagi manusia normal / sihat, paras gula dalam darah akan dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin.  Bagi pesakit diabetes, berlaku rintangan insulin atau penghasilan insulin yang tidak mencukupi dalam badan sehingga menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.  Jadi, berlaku kandungan gula yang tinggi dalam darah.

Secara umumnya, diabetis terbahagi kepada tiga (3) jenis yang telah saya ringkaskan dan padatkan dalam rajah di bawah.


Sekiranya anda salah seorang penghidap diabetis tidak kira daripada Jenis I, II atau Gestasi, jangan pandang enteng pada penyakit tersebut.  Atasi diabetes segera atau sebaik-baiknya cegah diabetes sebelum penyakit tersebut melarat dan memberi kesan yang lebih teruk kepada kehidupan anda.

Kenali simptom-simptom penyakit diabetes di sini dan punca-punca penyakit diabetis di sini.  Ketahui juga apa kesan penyakit diabetes dan cara mengatasinya di sini.


Love,

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI