AFB Feeds

15 May 2018

TUJUH TIPS MUDAH DAN BERKESAN KEKALKAN SUSU IBU DI BULAN PUASA


Saya hendak kongsikan tips mudah untuk kekalkan susu ibu di bulan puasa yang saya dah amalkan dan yang pasti, terbukti berkesan.


Baby Breast Breastfeeding Care Child Drink


TIPS PERTAMA : BANGUN AWAL
Pertama sekali, kalau boleh korang bangun awal untuk sahur tau. 
Sebaik-baiknya sejam awal sebab banyak benda yang korang kena makan nih.

TIPS KEDUA : MAKAN NASI SETIAP HARI
Korang jangan sesekali skip makan nasi ye waktu sahur dan berbuka.
Berapa senduk nasi, terpulang pada saiz perut masing-masing.
Nasi penting sebab ia sumber karbohidrat yang akan membantu menghasilkan susu ibu.

Rice Vegetables Herbs Vegetarian Carrot Ro

TIPS KETIGA : LAUK
Makan nasi berlaukkan ikan / ayam / daging / seafood. Penting lauk-lauk ni. 
Kalau ada sayur hijau/ulam lagi bagus.  Lauk-lauk ini juga sama pentingnya seperti nasi kerana ia sumber protien yang membantu menghasilkan susu ibu.


TIPS KEEMPAT : MAKAN KURMA 
Makan juga kurma. Kena makan lebih dari 5 biji kurma setiap kali sahur dan berbuka.
Ini wajib !

Dates, Dried, Food, Dried Fruits, Sweet

TIPS KELIMA : MINUM AIR SUAM
Air pulak, minum 3 gelas air SUAM atau lebih.
Air suam tau, bukan air suhu bilik.  Saya tiada explanation yang khusus untuk menjelaskan kenapa air suam, tapi boleh rasa sendiri perbezaan bila kita amalkan air suam dengan air biasa.

Trust me !

Calm, Clear, Drink, Filling, Glass

TIPS KEENAM : MINUM ESP SHAKLEE

Lepas tu, biasakan diri minum susu / milo yang dicampur dengan ESP Shaklee masa sahur dan berbuka.
Saya personally suka minum Susu Kurma Farm Fresh + ESP. Sangat sedap !
Susu sumber kalsium dan ESP sumber protien yang lengkap yang akan membantu penghasilan susu ibu yang berkualiti dan pekat.



Image result for esp shaklee
Tengok !
Kan ke banyak korang kena makan dan minum masa sahur tu. Sebab tu kena bangun awal.
Sambil-sambil berhidang / ngemas hidang, bolehlah kudap-kudap kurma atau minum air suam banyak-banyak.

Lepas tu bersedia sajalah untuk pam susu ikut jadual korang dan berpuasalah dengan penuh bertenaga. 

TIPS KETUJUH : MINUM AIR DI TENGAH MALAM
Akhir sekali, rajin-rajin bangun malam untuk tahajud dan minum air setiap sejam / dua jam. Ini sangat membantu tau.

Sekian, pengalaman sendiri menyusukan Sodiqin.



Love,

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI