AFB Feeds

07 June 2018

5 KESAN BURUK DIABETES. NO. 2 DAN 5 YANG PALING MENAKUTKAN

Diabetes memberi kesan buruk kepada  fungsi badan yang lain seperti berikut :

1. Mata

Penyakit diabetes boleh menyebabkan mata menjadi kabur akibat katarak atau buta akibat kerosakan saraf.



2. Risiko pemotongan kaki

Pesakit diabetes sangat sinonim dengan potong kaki.  Hal ini disebabkan oleh paras gula yang terlalu tinggi telah mengganggu sistem peredaran darah dan kerosakan saraf terutamanya di kaki kerana kaki merupakan anggota paling bawah.  Luka dan kesan lecet boleh mengakibatkan jangkitan kuman yang serius dan proses penyembuhan berlaku sangat perlahan.  Bagi mengelakkan jangkitan merebak ke kawasan lain, kaki pesakit perlu dipotong.




3. Buah pinggang 

Penyakit diabetes sangat berkait rapat dengan penyakit buah pinggang.  Hal ini kerana buah pinggang terpaksa bekerja keras untuk memproses kandungan gula yang tinggi dalam darah.

4. Jantung

Pesakit diabetis juga berisiko untuk mendapat serangan jantung termasuk strok atau angin ahmar.



5. Mati pucuk di kalangan lelaki

Kerosakan saraf dan pengaliran darah yang perlahan boleh menjejaskan fungsi alat sulit lelaki yang menghidap kencing manis.  Hati-hati wahai lelaki !
.
.
.
Saya secara peribadi berpandangan cara paling baik untuk mencegah atau mengawal diabetes adalah dengan mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Namun, sejauh mana kita mampu melakukannya ?

06 June 2018

EMPAT PUNCA UTAMA PENYAKIT DIABETES, NO. 2 DAN 3. PALING KERAP BERLAKU

Penyakit diabetes boleh disebabkan oleh empat punca utama dan ada antara punca tersebut sememangnya sudah menjadi amalan harian kita.

1. GENETIK ATAU KETURUNAN

Faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu punca yang membolehkan seseorang itu menghidap penyakit diabetes.  Sekiranya ibu atau bapa anda merupakan pesakit diabetes, peratusan untuk anda dijangkiti juga adalah tinggi.  Walaubagaimanapun, faktor genetik bukanlah kayu pengukur yang kukuh untuk mengatakan yang anda pasti akan dijangkiti penyakit diabetes.  Seandainya anda seorang pengamal gaya hidup sihat, penyakit diabetes pasti dapat dielakkan walaupun anda mempunyai  keturunan yang menghidap diabetes.



2. MENGAMALKAN CORAK PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT

Mengamalkan corak pemakanan yang tidak sihat seperti kerap memakan makanan yang tinggi gula dan lemak boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit diabetes.  Hal ini kerana makanan yang tinggi gula dan lemak menjadi punca kepada kenaikan berat badan, peningkatan kolestrol dan tekanan darah yang sering dikaitkan dengan penyakit diabetes.  

Harus difahami bahawa tubuh mempunyai kemampuan yang terhad untuk mengolah makanan yang dimakan.  Tubuh akan memproses dan menyimpan makanan yang dimakan dalam bentuk gula dalam darah.  Jadi, bayangkan betapa banyaknya gula terkumpul dalam badan anda jika anda mengamalkan corak pemakanan yang tidak sihat ini setiap hari.



3. TIDAK BERSUKAN ATAU BERSENAM 

Tidak bersukan atau bersenam boleh meningkatkan risiko menghidapi diabetes.  Berbeza dengan seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan atau bersenam, risiko untuk dijangkiti diabetes adalah lebih rendah.  Hal ini kerana aktiviti-aktiviti yang dilakukan akan membakar gula, mengurangkan gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.


4. OBEISITI

Obeisiti atau mempunyai berat badan berlebihan merupakan faktor yang boleh menyebabkan seseorang dijangkiti diabetes.  Sudah pasti mereka yang obeisiti mempunyai kandungan lemak dan gula dalam darah yang tinggi.  Hal ini berkait rapat dengan corak pemakanan yang tidak sihat dan tidak bersukan.

.
.
Saya percaya anda mampu mengubah diri anda kepada corak hidup yang lebih baik supaya penyakit diabetes ini tidak menjadi penyakit keturunan dalam keluarga anda.  

Seterusnya, mari lihat pula kesan penyakit diabetes di sini. Saya pasti setelah melihat kesannya, anda akan lebih menjaga kesihatan.

Love,
Fina Nawawi || http://shakleebyfina.wasap.my

05 June 2018

FAKTA ASAS TENTANG VIVIX

1. Terdapat empat bahan utama dalam vivix.  Baca khasiat bahan utama vivix ini di sini.

2. 10 fungsi utama vivix yang perlu anda tahu.


3. Sekiranya anda adalah salah seorang daripada senarai di bawah, anda adalah antara orang yang memerlukan Vivix.  Walau bagaimanapun, Vivix pada asasnya untuk kesihatan menyeluruh.  Jadi, sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas sudah boleh mengamalkan Vivix sebagai suplemen harian.



4. Fakta menarik tentang Vivix yang pasti anda hendak tahu. Seriusly !




Love,

Fina Nawawi || http://shakleebyfina.wasap.my


Copyright FINA NAWAWI