AFB Feeds

07 June 2018

5 KESAN BURUK DIABETES. NO. 2 DAN 5 YANG PALING MENAKUTKAN

Diabetes memberi kesan buruk kepada  fungsi badan yang lain seperti berikut :

1. Mata

Penyakit diabetes boleh menyebabkan mata menjadi kabur akibat katarak atau buta akibat kerosakan saraf.



2. Risiko pemotongan kaki

Pesakit diabetes sangat sinonim dengan potong kaki.  Hal ini disebabkan oleh paras gula yang terlalu tinggi telah mengganggu sistem peredaran darah dan kerosakan saraf terutamanya di kaki kerana kaki merupakan anggota paling bawah.  Luka dan kesan lecet boleh mengakibatkan jangkitan kuman yang serius dan proses penyembuhan berlaku sangat perlahan.  Bagi mengelakkan jangkitan merebak ke kawasan lain, kaki pesakit perlu dipotong.




3. Buah pinggang 

Penyakit diabetes sangat berkait rapat dengan penyakit buah pinggang.  Hal ini kerana buah pinggang terpaksa bekerja keras untuk memproses kandungan gula yang tinggi dalam darah.

4. Jantung

Pesakit diabetis juga berisiko untuk mendapat serangan jantung termasuk strok atau angin ahmar.



5. Mati pucuk di kalangan lelaki

Kerosakan saraf dan pengaliran darah yang perlahan boleh menjejaskan fungsi alat sulit lelaki yang menghidap kencing manis.  Hati-hati wahai lelaki !
.
.
.
Saya secara peribadi berpandangan cara paling baik untuk mencegah atau mengawal diabetes adalah dengan mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Namun, sejauh mana kita mampu melakukannya ?

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI