AFB Feeds

06 June 2018

EMPAT PUNCA UTAMA PENYAKIT DIABETES, NO. 2 DAN 3. PALING KERAP BERLAKU

Penyakit diabetes boleh disebabkan oleh empat punca utama dan ada antara punca tersebut sememangnya sudah menjadi amalan harian kita.

1. GENETIK ATAU KETURUNAN

Faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu punca yang membolehkan seseorang itu menghidap penyakit diabetes.  Sekiranya ibu atau bapa anda merupakan pesakit diabetes, peratusan untuk anda dijangkiti juga adalah tinggi.  Walaubagaimanapun, faktor genetik bukanlah kayu pengukur yang kukuh untuk mengatakan yang anda pasti akan dijangkiti penyakit diabetes.  Seandainya anda seorang pengamal gaya hidup sihat, penyakit diabetes pasti dapat dielakkan walaupun anda mempunyai  keturunan yang menghidap diabetes.



2. MENGAMALKAN CORAK PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT

Mengamalkan corak pemakanan yang tidak sihat seperti kerap memakan makanan yang tinggi gula dan lemak boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit diabetes.  Hal ini kerana makanan yang tinggi gula dan lemak menjadi punca kepada kenaikan berat badan, peningkatan kolestrol dan tekanan darah yang sering dikaitkan dengan penyakit diabetes.  

Harus difahami bahawa tubuh mempunyai kemampuan yang terhad untuk mengolah makanan yang dimakan.  Tubuh akan memproses dan menyimpan makanan yang dimakan dalam bentuk gula dalam darah.  Jadi, bayangkan betapa banyaknya gula terkumpul dalam badan anda jika anda mengamalkan corak pemakanan yang tidak sihat ini setiap hari.



3. TIDAK BERSUKAN ATAU BERSENAM 

Tidak bersukan atau bersenam boleh meningkatkan risiko menghidapi diabetes.  Berbeza dengan seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan atau bersenam, risiko untuk dijangkiti diabetes adalah lebih rendah.  Hal ini kerana aktiviti-aktiviti yang dilakukan akan membakar gula, mengurangkan gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.


4. OBEISITI

Obeisiti atau mempunyai berat badan berlebihan merupakan faktor yang boleh menyebabkan seseorang dijangkiti diabetes.  Sudah pasti mereka yang obeisiti mempunyai kandungan lemak dan gula dalam darah yang tinggi.  Hal ini berkait rapat dengan corak pemakanan yang tidak sihat dan tidak bersukan.

.
.
Saya percaya anda mampu mengubah diri anda kepada corak hidup yang lebih baik supaya penyakit diabetes ini tidak menjadi penyakit keturunan dalam keluarga anda.  

Seterusnya, mari lihat pula kesan penyakit diabetes di sini. Saya pasti setelah melihat kesannya, anda akan lebih menjaga kesihatan.

Love,
Fina Nawawi || http://shakleebyfina.wasap.my

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI