AFB Feeds

27 July 2018

5 CARA ATASI MASALAH KEWANGAN KELUARGA

Masalah kewangan sangatlah membebankan.  Hendak penuhi keperluan rumah dan anak-anak sehingga keperluan sendiri terpaksa ditangguhkan.  Sampai bila hendak berhadapan dengan situasi yang demikian ?  Cuba lima cara ini untuk atasi masalah kewangan keluarga anda.

BUAT BAJET BULANAN


Bajet bulanan adalah perkara asas dalam usaha untuk anda atasi masalah kewangan anda.  Senaraikan semua komitmen bulanan dan perbelanjaan-perbelanjaan utama.  Tetapkan keutamaan setiap komitmen dan perbelanjaan yang perlu diselesaikan setiap bulan supaya anda tidak hadapi masalah di kemudian hari.  Disiplinkan diri anda untuk mengikut bajet bulanan yang anda telah tetapkan.  Jangan culas !


TABUNG SYILING


Buat tabung siling menggunakan tabung yang paling besar yang anda ada.  Jadikan kekosongan tabung tersebut sebagai pembakar semangat untuk anda terus rajin menabung duit syiling.  Jangan pandang enteng pada nilai duit syiling ya ! 


BELI MENGIKUT KEMAMPUAN


Semak semua harga barang-barang keperluan anda.  Sekiranya anda menggunakan jenama yang mahal, downgrade sedikit barang tersebut kepada harga yang berkadaran dengan kemampuan anda.  Semak semak semak !

CARI PENDAPATAN SAMPINGAN


Cari beberapa sumber pendapatan berbanding bergantung kepada satu pendapatan sahaja.  Anda jangan kata susah nak cari pendapatan sampingan.  Kini, hanya dengan menggunakan telefon bimbit sahaja, anda sudah boleh mencari pendapatan sampingan.  Mula berbisnes ! Cari bisnes dengan modal yang rendah, klik di sini >> PELUANG BISNES DENGAN MODAL RENDAH.  Bimbang tidak dapat beri komitmen untuk buat lebih dari dua kerja, boleh baca TIPS BERBISNES SECARA PART TIME SAMBIL KERJA

Love, 

Fina Nawawi

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI