AFB Feeds

12 July 2018

ANDA BARU KAHWIN. INI TIPS CEPAT HAMIL PALING MUDAH YANG BOLEH ANDA AMALKAN.

Anda baru berkahwin dan merancang untuk hamil dengan segera ?  Saya ada tips paling mudah yang boleh anda amalkan supaya anda cepat hamil.

KETAHUI BILA WAKTU SUBUR ANDA

Ini adalah tips utama dan perkara paling asas untuk anda hamil dengan cepat.  Buat kiraan dan catatan di kalender waktu subur anda supaya anda tahu bila waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan.  Cara lain, anda boleh dapatkan ovulation kit di farmasi untuk bantu anda mengetahui waktu subur anda.  Seterusnya, amalkan tips-tips lain di bawah.

KERAPKAN MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS BERSAMA SUAMI PADA WAKTU SUBUR

Setelah mengetahui waktu subur anda, tingkatkan kekerapan bersama suami supaya peratus untuk hamil lebih tinggi.  Ingat, tingkatkan kekerapan bersama suami sewaktu subur, bukan pada waktu tidak subur.  Sekiranya anda kerap melakukan hubungan seks bersama suami sewaktu tidak subur, usaha anda untuk cepat hamil adalah sangat tipis atau mungkin sia-sia.  Anda juga perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sahaja manakala sperma boleh hidup dalam badan anda antara 48 -72 jam.  Jadi, sebaik-baiknya lakukan hubungan seks sebelum ovulasi terjadi kerana ia jauh lebih berkesan berbanding selepas ovulasi.

POSISI SUAMI DI ATAS SEMASA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS


Walaupun tips ini agak sensitif, tetapi ia antara tips penting yang boleh meningkatkan peratus untuk anda cepat hamil.  Posisi suami di atas dan ada berbaring merupakan posisi yang lebih baik untuk terjadinya kehamilan berbanding anda duduk / berdiri / suami berada di bawah.  Lebih bagus sekiranya diletakkan sebiji bantal yang tidak terlalu tinggi di pinggul anda.  Posisi ini akan membantu sperma untuk berenang ke arah rahim dan bersenyawa dengan telur.  

BERTENANG DAN KEKALKAN POSISI BARING SELEPAS MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS


Setelah ejakulasi berlaku, anda digalakkan untuk berada dalam keadaan tenang dan kekalkan posisi baring bagi memberi masa kepada sperma untuk berenang ke arah servik rahim anda.  Walaupun tiada kajian dan bukti kukuh yang menyatakan tips ini boleh buat anda cepat hamil, tetapi tidak salah mencuba kan ?  Juga ingin diingatkan jangan cuci vagina anda dengan pembersih wanita selepas melakukan hubungan seks kerna ia bersifat toksid terhadap sperma.

ELAKKAN STRESS DAN NIKMATI HUBUNGAN SEKS BERSAMA SUAMI SEPUASNYA

Sebaik-baiknya ada berada dalam keadaan yang tidak stress sewaktu hendak bersama suami kerana keadaan yang stress boleh menurunkan peratusan untuk hamil.  Enjoy your moment bersama suami sewaktu bersama.  Tinggalkan segala kerunsingan atau masalah dan nikmati masa-masa sewaktu bersama.

JAGA KESIHATAN


Setiap orang wajib menjaga kesihatan, apatah lagi yang sedang berusaha untuk hamil.  Pastikan badan anda mempunyai nutrisi yang mencukupi kerana ia akan meningkatkan peluang untuk cepat hamil.  Bagi menjaga kesihatan secara menyeluruh sebelum hamil, saya sarankan anda mengamalkan Vivix kerana ada rahsia berjaya hamil dengan Vivix.  Dapatkan Vivix daripada Pengedar Shaklee yang berpengalaman supaya dapat berikan konsultasi terbaik atau klik saja link ini >> MUDAH HAMIL.

LETAKKAN SETINGGI-TINGGI HARAPAN KEPADA ALLAH MELALUI DOA

Ini tips yang sering diabaikan.  Utamakan tips ini supaya anda cepat hamil, sihat dan bahagia.  Yakin bahawa rezeki itu dari Allah dan Dia sebaik-baik perancang.

Selamat mencuba semua !

Love,

Fina Nawawi

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI