AFB Feeds

23 July 2018

LUKA BERSALIN BERISIKO TINGGI UNTUK TERKENA JANGKITAN. INI RAHSIA BAGAIMANA LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH

Bersalin secara normal atau pembedahan, kedua-duanya ada cabarannya tersendiri.  Yang penting,  luka bersalin perlu dijaga dengan sangat rapi supaya cepat sembuh dan tidak bentan.  Itu belum termasuk keletihan, gangguan emosi, hormon yang tidak stabil dan macam-macam lagi yang perlu ibu hadapi.

PENJAGAAN LUKA BERSALIN


1. Amalkan pemakanan yang sihat.  

Pastikan anda memakan makanan yang lengkap dengan pelbagai zat makanan terutamanya protien kerana sumber protien yang mencukupi membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin.

2. Jaga kebersihan

Sentiasa pastikan kawasan luka sentiasa bersih dan kering terutamanya selepas mandi atau ke tandas.  Sekiranya anda kuat berpeluh, sentiasa lap bahagian luka sama ada perut atau vagina.  Kawasan luka yang sentiasa kering dapat mengelakkan luka terkena jangkitan.

3.  Elakkan sembelit

Sembelit akan menyukarkan anda untuk membuang air besar.  Tekanan yang terlampau kuat ketika hendak membuang air besar boleh menyebabkan luka jahitan sama ada bersalin secara normal atau pembedahan terbuka.

4. Jaga pergerakan

Selepas bersalin, terhadkan pergerakan anda.  Sebaik-baiknya duduk setempat saja dan dapatkan bantuan orang lain untuk melakukan sesuatu.  Pergerakan yang lasak boleh memungkinkan jahitan pada luka bersalin terbuka dan seterusnya terkena jangkitan.

5. Tingkatkan imuniti badan

Amalkan memakan buah-buahan yang sesuai ketika berpantang terutamanya yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi atau amalkan suplement.  

6.  Dapatkan rawatan segera


Sekiranya didapati terdapat masalah pada luka bersalin, dinasihatkan supaya anda segera mendapatkan rawatan daripada hospital atau klinik.  Rawatan awal dapat mengelakkan risiko yang lebih teruk.


VIVIX - RAHSIA LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH



1. Vivix merupakan sumber antioksidan dan mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi bagi membantu penyembuhan luka bersalin sama ada bersalin secara normal mahupun secara pembedahan.

2. Vivix membaiki sel sehingga ke peringkat DNA.  Ia membantu menghasilkan sel-sel baru yang sihat.  Dengan yang demikian, luka bersalin akan lebih cepat sembuh.

3. Vivix mempunyai fungsi sebagai penjana tenaga yang dipanggil Mitochodria.  Mitochondria membekalkan sumber tenaga kepada ibu dan menjadikan si ibu bertenaga walaupun baru beberapa hari bersalin.

4.  Selain mempercepatkan penyembuhan luka bersalin, Vivix juga akan membuatkan muka ibu dalam pantang kelihatan berseri.  Hal ini kerana Vivix mempunyai fungsi melambatkan proses penuaan.

Love,


No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI