AFB Feeds

18 July 2018

SCOLIOSIS, BAHAYA JIKA TIDAK DIRAWAT. INI RAWATAN ALTERNATIF PENYAKIT SCOLIOSIS YANG BOLEH ANDA CUBA

Sekiranya anda menghidapi penyakit scoliosis, rawat segera kerana ia boleh mengundang bahaya jika tidak dirawat.  Ada rawatan alternatif yang boleh yang cuba sebelum ia kian melarat dan menjadi lebih kronik.

APA ITU SCOLIOSIS


Scoliosis  merupakan sejenis penyakit yang melibatkan tulang belakang.  Tulang belakang yang normal akan berbentuk tegak dan lurus manakala bagi pesakit scolisis, tulang belakang mereka berada dalam keadaan bengkok ke bahagian sisi.  Bengkokan tersebut boleh berbentuk S atau C.


Secara amnya, penyakit scoliosis terdiri daripada beberapa kategori.  Kategori yang paling kerap dijumpai adalah Adolescent Idiopathic Scoliosis (AIS) iaitu kategori scoliosis yang tidak diketahui puncanya dan terjadi kepada mereka yang berumur 10 tahun ke atas.  Penyakit scoliosis juga lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 2% wanita kepada 0.5% lelaki.

Sejumlah 99% pesakit scoliosis tidak berasa sakit dan tidak mempunyai sebarang simptom.  Pesakit scoliosis hanya menyedari bahawa mereka menghidap scoliosis sekiranya mereka membuat pemeriksaan kesihatan atau disedari oleh orang sekeliling (kebiasaannya ibu bapa atau saudara mara pesakit) yang nampak perubahan pada postur badan mereka.  Untuk mengenalpasti sama ada seseorang kanak-kanak itu menghidap scoliosis atau tidak, ibu bapa hendaklah sentiasa memerhati keadaan fizikal anak terutama di bahagian belakang badan dan kedudukan bahu.  Sekiranya didapati bahu tidak sama ketinggian, itu kemungkinan anak mereka menghidap scoliosis.

PUNCA PENYAKIT SCOLIOSIS


Menurut Perunding Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr Siow Yew Siong, sehingga kini, punca sebenar scoliosis masih belum diketahui.  Terdapat beberapa teori yang mungkin menjadi punca kepada penyakit tersebut.  Antaranya ialah faktor genetik, masalah kolagen, hormon yang tidak stabil dan sebagainya.  Membawa bebanan berat seperti beg sekolah tidak menjadi punca kepada penyakit scoliosis.  Hal ini kerana penyakit scoliosis adakalanya dikesan sejak dalam kandungan lagi.  

KESAN KE ATAS INDIVIDU YANG MENGHIDAP SCOLIOSIS


Penyakit scoliosis tidak boleh dibiarkan begitu sahaja walaupun pesakit tidak berasa sakit.  Sekiranya tidak dirawat, lama-kelamaan ia akan mengakibatkan kesakitan dan berkemungkinan pesakit boleh hilang keupayaan untuk bergerak.  Tulang belakang juga berkemungkinan membengkok dengan lebih teruk dan menghimpit organ penting seperti paru-paru dan jantung sehingga boleh menyebabkan sakit sendi dan sesak nafas.

Kebanyakan pesakit scoliosis turut menderita dari segi mental dengan berasa rendah diri, murung, sedih dan kecewa atas faktor ketidaknormalan bentuk tubuh badan.

KAEDAH RAWATAN PENYAKIT SCOLIOSIS


Kebiasaannya, pesakit scoliosis dengan kebengkokan bermagnitud 20 - 40 darjah akan dirawat menggunakan orthosis atau bracing bergantung kepada umur dan tahap kematangan tulang pesakit.  Bagi pesakit yang mempunyai scoliosis melebihi 40 darjah (bagi remaja) dan 50 darjah (bagi dewasa) perlu menjalani pembedahan.  Melalui pembedahan, kebengkokan tulang akan cuba dibetulkan sehingga hampir menyamai tulang belakang yang normal.

Kaedah rawatan menggunakan bracing

RAWATAN ALTERNATIF PENYAKIT SCOLIOSIS


Rawatan alternatif yang boleh anda cuba adalah dengan mengamalkan set vitamin berikut :

1. Vivix


  • Memelihara dan menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan kesihatan jantung
  • Menggalakkan penghasilan tenaga dan memberi kecergasan kepada badan
  • Membaiki fungsi dalaman badan dan menggalakkan sistem badan bekerja dengan efisien
  • Perbaiki sel hingga peringkat DNA dan mengelakksan kerosakan sel

2. Shaklee Collagen Powder


  • Menguatkan sambungan ligamen dan otot sendi
  • Menggantikan kolagen yang hilang akibat peningkatan usia
  • Melancarkan dan memelihara fleksibiliti pergerakan
  • Mengurangkan rasa sengal, lenguh dan ketegangan
  • Memelihara kesihatan saraf

3. Ostematrix - kalsium lengkap dengan megnesium, vitamin D, vitamin K, zink, kuprum, mangan


  • Pelihara tulang, sistem saraf, otot, ligamen dan sendi
  • Mengurangkan rasa sengal, sakit, lenguh dan kebas
  • Meredakan ketegangan saraf dan stress
  • Mengawal tekanan darah tinggi dan memelihara jantung
  • Menggalakkan tidur yang nyenyak
  • Melancarkan pergerakan usus

Sekiranya ahli keluarga atau rakan anda menghidapi penyakit scoliocis, nasihatkan mereka supaya segera buat pemeriksaan di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.  Lebih awal ia dikesan, maka, kebarangkalian untuk dibedah adalah lebih tipis dan cuba amalkan rawatan alternatif yang saya kongsikan ini.  

Hendak dapatkan set di atas, boleh klik  >> SET SCOLIOSIS 

Hendak beli menggunakan kad debit atau kredit dan penghantaran terus ke pintu rumah anda, boleh klik di bawah

Love,

Fina Nawawi


No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI