AFB Feeds

31 July 2018

TIGA TIPS PALING UTAMA UNTUK BEBAS HUTANG

Keluar sahaja dari universiti, hampir semua graduan sudah terbeban dengan hutang iaitu pinjaman pembelajaran.  Untuk bebas daripada hutang tersebut, mungkin memakan masa 10 hingga 15 tahun kemudiannya.  Belum pun selesai hutang belajar, tambah lagi dengan bebanan hutang kenderaan dan kad kredit.  Jika begitu, bila pula hendak bebas hutang ?  Ini tiga tips paling utama untuk bebas hutang yang anda boleh amalkan.

1. Jangan berbelanja lebih daripada pendapatan


JANGAN JANGAN JANGAN berbelanja lebih daripada pendapatan bulanan anda ! Kawal diri dan emosi daripada berbelanja mengikut nafsu, ikutlah keperluan dan pendapatan.  Contoh utama, jika pendapatan anda hanya mampu untuk membeli kereta Proton, belilah kereta Proton sahaja, tidak perlu beli kereta Honda atau Toyota apatah lagi Audi.  

Selain itu, cuba downgrade jenama-jenama mahal yang anda guna kepada jenama-jenama yang sesuai dengan pendapatan anda.  Contoh, jika anda menggunakan sabun pencuci pinggan Sunlight yang berharga RM6.00 sebotol, bertukarlah kepada jenama Labour yang berharga RM3.00 sahaja sebotol.  Begitu juga dengan barang-barang lain seperti syampu rambut, pencuci muka, sabun basuh baju dan sebagainya.  Semak balik setiap jenama setiap keperluan harian anda daripada sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.

2. Simpan 10% daripada pendapatan


Wajibkan buat simpanan 10% daripada pendapatan anda setiap bulan tanpa gagal.  Disiplinkan diri anda simpan dahulu baru berbelanja bakinya.  Bukan belanja dahulu baru menyimpan.  Duit inilah sebagai penyelamat sekiranya berlaku sebarang kecemasan tanpa menggangu perbelanjaan dan komitmen lain yang ada telah tetapkan pada setiap bulan.  

3. Tuntut ilmu bisnes untuk tambah pendapatan

Tuntut ilmu bisnes untuk tambah pendapatan anda.  Cari bisnes yang hanya menggunakan modal yang rendah dan tidak berisiko tinggi.  Baca PELUANG BISNES DENGAN MODAL RENDAH.   Cari bisnes yang mempunyai team yang kukuh sebagai mentor dalam bisnes.  Baca TEAM BISNES YANG KUKUH.  Pelajari bagaimana untuk bekerja sambil berbisnes.  Baca TIPS BISNES PART TIME SAMBIL KERJA.  
...

Amalkan tiga tips ini, saya pasti ruang terbuka luas untuk anda bebas daripada hutang pada usia muda.

Love,

Fina Nawawi


2 comments:

  1. Bagus tips ni fina.. Sy pun tgh praktikkan..☺

    ReplyDelete
  2. Bagus tips ni fina.. Sy pun tgh praktikkan..☺

    ReplyDelete

Copyright FINA NAWAWI