AFB Feeds

13 July 2018

TIPS BERBISNES SECARA PART-TIME SAMBIL KERJA

Saya percaya ramai yang hendak berbisnes, tetapi bimbang akan mengganggu kerja hakiki.  Jangan bimbang, ada tips yang boleh diamalkan untuk berbisnes secara part time tanpa mengganggu kerja hakiki anda.  Yang penting, gaji dapat, untung bisnes pun dapat.


1. Pilih bisnes yang mudah diurus dan modal yang rendah


Sangat disarankan kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan bisnes supaya pilih bisnes yang mudah diurus.  Iyalah, sudahlah tidak biasa hendak berbisnes, lepas tu berbisnes sambil bekerja pula.  Besar tanggungjawabnya tu.  Jadi, mulakan dengan bisnes yang mudah diurus dan lebih baik lagi pilih bisnes yang menggunakan modal yang rendah bagi meminimakan risiko kerugian.

2. Manfaatkan tempoh 24 jam


Setiap orang mempunyai masa selama 24 jam untuk berusaha atau untuk duduk goyang kaki.  Pilihan di tangan masing-masing.  Anda yang mana ? Sekiranya anda hendak berbisnes sambil kerja, manfaatkan setiap waktu anda supaya tidak terbazir begitu sahaja.  Gunakan waktu rehat untuk promosikan produk anda atau membalas mesej-mesej pelanggan.  Gunakan waktu tidur untuk sediakan posting-posting di blog, page FB atau Instagram.  Sebaik-baiknya jangan ganggu waktu kerja hakiki anda bagi menjaga keberkatan gaji yang diterima.

3.  Jadualkan posting-posting anda


Khusus untuk yang berbisnes secara online, jadualkan posting-posting yang telah anda sediakan sama ada di blog, page FB, Instagram atau media sosial yang lain.  Lakukan perkara ini tanpa henti, tanpa jemu dan tanpa lelah.  Ini adalah salah satu enggagement utama anda bersama pelanggan dan prospek anda.

SHAKLEE BISNES YANG SESUAI UNTUK DIBUAT SECARA PART-TIME SAMBIL KERJA


Saya pilih Shaklee sebagai bisnes part-time saya sambil menjalankan kerja-kerja hakiki saya sebagai penjawat awam.  Shaklee menepati tips-tips di atas.


1. Shaklee melibatkan modal yang rendah.  


Dengan hanya RM65 sekali seumur hidup untuk pendaftaran, anda sudah boleh memulakan bisnes anda.  Risiko kerugian sangat minima atau boleh dikatakan 0% sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh.  Yang pasti, anda bakal mendapat keuntungan yang lumayan.

2. Shaklee bisnes yang mudah


Saya secara peribadi merasakan bisnes Shaklee bisnes yang mudah.  Saya percaya anda akan bersetuju dengan saya.  Dengan Shaklee, anda tidak perlu memikirkan tentang kualiti, packaging, kajian keberkesanan dan perkara-perkara rumit yang lain.  Semuanya telah tersedia dibuat oleh Shaklee.  Anda hanya promosikan sahaja produk-produk Shaklee yang sudah sememangnya terkenal.  Selain itu, Shaklee juga mempunyai laman web yang mesra pengguna bagi memudahkan anda untuk membuat tempahan dan bayaran secara online, menyemak status tempahan, mengira bonus dan bermacam-macam lagi.  Anda jimat banyak masa dan saya pasti anda akan dapat manfaatkan tempoh 24 jam dengan baik sekali. Mudah ke atau sangat mudah ?


3. Tidak perlu simpan stok


Bisnes Shaklee tidak perlu simpan stok.  Anda hanya ambil dan buat tempahan.  Pihak Shaklee sendiri yang akan uruskan tempahan dan produk terus dihantar kepada pelanggan anda.  Mudahkan.  Jadi anda tidak perlu mengeluarkan modal atau mendahulukan duit anda untuk buat simpanan stok.

BERMINAT UNTUK BUAT BISNES SHAKLEE SAMBIL KERJA



Sekiranya anda berminat untuk bisnes Shaklee, klik BISNES SHAKLEE PART TIME.  Saya akan bantu anda sehingga berjaya.  Yang penting anda manfaatkan peluang bisnes dengan modal rendah ini.

Love,

Fina Nawawi, http://shakleebyfina.wasap.my


No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI