AFB Feeds

31 August 2018

FAKTA ASAS TENTANG VIVIX YANG PERLU ANDA TAHU

Anda sering mendengar tentang Vivix tetapi tidak tahu fakta-fakta asas tentang Vivix seperti kandungan, fungsi, cara makan, cara penyimpanan dan macam-macam lagi.  Jadi, lihat video ini untuk ketahui fakta-fakta asas tentang Vivix.


Boleh juga rujuk link 10 FAKTA ASAS TENTANG VIVIX untuk ketahui banyak lagi fakta tentang Vivi.x.

PEMBELIAN VIVIX DENGAN HARGA JIMAT


Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik VIVIX.

Pembelian Vivix dengan menggunakan kad debit atau kredit, klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi,012-538 9844

29 August 2018

DUA CARA MUDAH UNTUK MENJADI AHLI SHAKLEE

Hendak tahu cara menjadi ahli Shaklee ? Sangat mudah sebenarnya.
Tonton video ini untuk ketahui caranya.


Selepas tengok video ini, cepat-cepat sign up sebagai ahli Shaklee ok.

Hubungi saya dengan klik pada SAYA HENDAK JADI AHLI SHAKLEE.

Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi, 012-538 9844

28 August 2018

PEJUANG PESAKIT KANSER : ANTARA BERSERAH PADA TAKDIR ATAU IKHTIAR UNTUK KEMBALI SIHAT


Seandainya disahkan oleh doktor bahawa anda atau orang terdekat diserang penyakit kanser, apakah yang perlu dilakukan ? Adakah hanya duduk berserah sahaja atau mencari ikhtiar supaya kembali sihat ? 

Saya kongsikan di sini kisah perjalanan bekas-bekas pesakit kanser bagaimana mereka ikhtiar untuk kembali sihat supaya dapat terus bersama dengan orang-orang tersayang.

IKHTIAR ALONG UNTUK BEBAS DARI KANSER SERVIKS


Kredit : PUAN HANISAH AZHARI

Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Along.6 bulan Along memendam rasa yang tak mungkin sapa pun boleh faham.
Sejak 1st day Along dapat result sahkan Along positive kanser servic.Bermacam tanggapan dan andaian berlegar dalam otak ni.

Macam mana cukup ke amalan aku.
Macam mana anak-anak aku.
Macam mana suami aku.
Macam mana hutang-hutang aku.

Semua menyesakkan otak dan dada.
Semua orang keep bagi semangat.
Fikir positive.

Pak Long hampa rilex ja,
"Untung la sayang Allah dah bagi tanda supaya sayang boleh sentiasa bersedia dari sekarang, tak de mati terkejut tanpa sebab" ayat motivasi sungguhkan dia bagi".

Tapi apa pun Along percaya ada hikmah atas apa yang terjadi.

Setelah 6 bulan semalam Along kena menghadap doctor pakar O&G di klinik pakar Hospital Shah Alam untuk procedure "Calposcopy" untuk kali kedua.

Memang ngeri la Along sampai je klinik terus masuk tandas melabur.
Pe'el Along turun dari mak kalau ada masalah atau susah hati memang perut automatik memulas.

Nurse bagi 2 biji ubat tahan sakit, terus kena masuk bilik procedure.
Allah, rasa macam nak beranak tengok la segala equipment dalam ni.

Nak nagis je rasa sebab takut sangat.  Kena salin pakai pakaian disediakan dan baring atas katil yang khas.

Procedure Calposcopy adalah procedure di mana rahim kita dibuka dengan mulut itik dari besi dan dimasukkan camera untuk bahagian yang dijangkiti virus, bila dah jumpa akan disembur sejenis cecair berwarna yang mana cecair ini akan bertindak balas dengan kawasan jangkitan. Doctor akan ambik sedikit sample kawasan tersebut dan diambil dengan cara ketip macam ketip kuku tu. Sakit la cuba hampa ketip isi hampa sakit dak?

Semalam 3 orang doctor hadir masa procedure Along semalam.
Semua doctor terkejut dan asyik tersenyum je.
"Puan rahim puan cantik, tiada infection dah Alhamdulillah"

Ya Allah, nak nagis Along dengar komen-komen doctor semalam. Hasil doa dari semua Along disahkan BEBAS DARI KANSER SERVIKS.

Doctor asyik tanya Puan macam mana puan boleh dapat detect kanser servic di peringkat awal ye sebab kanser servic ni kanser diam, means dan stage akhir baru dapat detect biasanya sebab kanser ni tak sakit.

"Saya sakit doctor, hampir tak dapat nak berjalan, rahim saya membengkak sebelah sebab tu saya datang jugak cek pada pakar dan alhamdulillah dapat detect awal."

Alhamdulillah berkat usaha dan istiqomah amalkan vivix, vit c dan alfafa mengikut cara yang betul diajar dalam Team SuperStarz, akhirnya dapat hasil yang positive semalam.

Jangkitan virus yang menyebabkan kanser serviks Along hilang dan bonusnya rahim Along look sihat sangat ini bukan Along cakap tau doctor pakar sendiri yang komen.

Seronok doktor-doktor semalam seolah Along ni saudara mereka yang mendapat perkhabaran baik.

Begitula komited mereka dalam menjalankan tugas mereka.
Mereka berkongsi rasa suka dan duka dengan pesakit.

Mereka begitu menjaga tonasi suara dan ekpresi wajah dan lenggok badan mereka.
Ya Allah, Along berjanji akan bantu lebih ramai wanita yang mempunyai masalah rahim diluar sana.
Along tak nak hampa semua lalui apa yang Along dah lalui.
Along taknak hampa terpaksa berbaring atas katil ini dan melalui procedure yang telah Along lalui ini.
Along taknak hampa tertekan dengan perasaan yang Along tanggung selama 6 bulan lepas.

Along taknak hampa dengar suara anak-anak bertanya "Mama, sakit mama ni boleh bagi mama mati ke, habis nanti kami nak duduk dengan sapa? kami nak peluk sapa? kami dah boleh masak sendiri tapi tak sedap macam mama masak"

Hampa boleh bayang tak apa perasaan anak-anak masa tu?

Ni Along tak sampaikan lagi berita gembira ni pada anak-anak kami,
Insyaallah Jumaat ni buat majlis kesyukuran kecil sambut birthday anak yang 6 tahun sekali nanti boleh sampaikan pada mereka.

Marilah kita sama-sama menjaga diri kita untuk diri kita dan keluarga tercinta.

Jangan ambik enteng kesihatan diri ye.
Jangan Tunggu sakit baru nak check up.
Jadikan Pap Smear sebagai rutin checkup every year ye.

Mohon doa dari semua semoga Along terus sihat dan istiqomah menyebarkan kebaikan Shaklee kepada semua wanita di luar sana

...

KANSER PAYUDARA TAHAP 2 BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE


Kredit : PUAN SYA NORIZAH

Alhamdulillah wa syukurillah...

Inilah cinta hati sya dan adik beradik, satu satunya keberkatan doa yang kami ada sehingga sekarang. Disebalik senyumannya, siapa sangka mak merupakan cancer survivor... disebalik seraut wajah yang mulus itu juga terselit pelbagai kedukaan dalam memikul tanggungjawab sebagai emak dan ayah kepada kami 4 beradik..terutama buat adik bongsu kami yang sekolah lagi.

Oktober 2012 merupakan detik paling getir apabila mak kehilangan kekasih hatinya secara mengejut.. siapalah kite sebagai hamba untuk mempersoalkan ajal dan maut.. hanya doa menjadi iringan... hamba redho ya Allah...

Tidak setakat itu, mak diuji sekali lagi apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap 2 seusai habis idahnya.

Waktu itu, bagaikan dihempap langit runtuh apabila benjolan sebesar 20 sen di bahagian dada kiri disahkan positive sel kanser...Al maklumlah mak memang tiada masalah kesihatan yang lain. Mak kelihatan tenang menerima kebenaran itu.. namun disebalik ketenangan wajahnya tetap terselit kesedihan dan kehampaan.

Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang dialami beliau.. hendak mengadu, hilang sudah tempat mengadu.. pada anak2? kekuatan perlu ditunjukkan agar tidak menyedihkan anak2 pula.betapa kuatnya semangatmu mak.jagakan mak buat kami Ya Allah.

Setelah beberapa rawatan dan ujian dilakukan di beberapa hospital dan keputusan adalah tetap sama... 

Akhirnya akur dengan qada qadar Allah, mak bersetuju menjalani pembedahan mastektomi sepenuhnya di bahagian dada kiri...sedih hati kami melihat keadaan mak.. Ya Allah kuatkan mak dalam menghadapi ujianMu..

Setelah itu, bermula lah episod mencabar buat mak selepas pembedahan...

Dari pemakanan, luka pembedahan, aktiviti harian semua kami jaga.. diperkenalkan dengan shaklee buat mak selepas pembedahan adalah ostematrix bagi penyembuhan luka dengan baik.. alhamdulillah elok dan cantik lukanya.

Apabila mula kemoterapi dan radiotherapy keadaan mak makin lesu.. rambut da mula gugur, otot2 dan sendi tak berapa nak kuat sehinggakan terpaksa solat duduk.. tiada nikmat Allah yang dapat kite dustakan..

Dimasukkan ke wad kerana tdak cukop darah.. sungguh2 diuji.. ampunkan mak Ya Allah... ada juga mulut2 bawang kata2 mak yang agak keterlaluan. 

Setelah habis kemoterapi dan radiotherapy sebanyak 15 sesi..

Masa tu bufday mak tak silap masa tu.. hadiahkan mak vivix... terharu mak kata.. sebab kami sayang mak tau... selepas tu mak ikhtiar dengan mencuba full set kanser. almaklum la kan immunity rendah dan kesan dari rawatan pula buat mak lemah dan pucat. 

Alhamdulillah mak saya kuat dan mak dapat hadapinya. Sekarang setelah 6 tahun mengamalkan set kanser, doktor sahkan mak bebas kanser.terima kasih Allah.

Sehingga sekarang mak sayang sangat2 pada vivixnye tu. Tanpa vivix mak tak happy katanya.. hihi doakan mak sihat ye semua.. tak kenal maka tak cinta tau.

Mak kata sharing2 ni boleh bantu orang yang senasib dengannye... terima kasih shaklee bawa harapan baru buat mak

...

KESAN VIVIX BANTU ANAK PENGHIDAP KANSER TAHAP 4 LEBIH SIHAT


Ini kisah anak saya. Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee.

Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang. Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain.  Sakitnya semakin kerap. Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital. Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda. Lepas tu datang balik.

Doktor pun tak dapat detect penyakit ank saya. Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah.

Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri.

Setelah beberapa hari dapat result, anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai disana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak.

Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberi tahu anak saya mengidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi.

Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul. Takut, cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50.

Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya. Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL.

Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi. Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman.

Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama enam bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan.

Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula.

Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat. Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal.

Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa. Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya.

Justeru itu saya berusaha mencari supplement bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai. Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee.

Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik. Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya.

Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya. Setelah konsisten ambil Vivix, anak saya disahkan bebas kanser pada 20. 07.2016. Satu berita yang menggembirakan.

Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.

Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga.

Syukur Alhamdullilah. Terima kasih Allah terima kasih Shaklee.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi, 012-538 9844

27 August 2018

PENGEDAR SAH SHAKLEE PUTRAJAYA

Penduduk Putrajaya yang mencari Pengedar Shaklee, tengok video di bawah ok dan dengar apa yang pengedar ini akan offer pada anda sekiranya anda memberi produk-produk Shaklee daripadanya.


Jangan ragu-ragu, terus sahaja klik PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA untuk mendapatkan produk Shaklee.

Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

22 August 2018

LUKA PESAKIT DIABETES SEMAKIN KERING DAN TIDAK BERNANAH LAGI

Pesakit diabetes sangat sinonim dengan luka yang sukar untuk sembuh.  Disebabkan ia sukar untuk sembuh, luka tersebut berisiko tinggi untuk terkena jangkitan kuman yang serius dan proses penyembuhan menjadi sangat perlahan.  Akhirnya, bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak ke kawasan lain, kebiasaannya kaki pesakit diabetes terpaksa dipotong. 

Kesan buruk akibat diabetes bukan sahaja luka yang sukar sembuh dan potong kaki saja.  Banyak lagi kesan-kesan buruk yang juga memudaratkan. Boleh baca 5 KESAN BURUK DIABETES.

Jadi, bagi mengelakkan sehingga kaki terpaksa dipotong, sangat penting untuk ketahui cara mengawal paras gula dalam darah supaya penyakit diabetes dapat dikawal.  Vivix mempunyai fungsi untuk mengawal bacaan gula dalam darah.  Baca perinciannya di post ini > CARA KAWAL GULA DALAM DARAH BAGI PESAKIT DIABETES.

TESTIMONI PESAKIT DIABETES YANG MENGAMALKAN VIVIX


BAPA MERTUA SUDAH TAK PERLU INSULIN


Kisahnya, bapa mertua ni ada penyakit kencing manis. Tahap gula yg tinggi. Tapi tak pernah nak berpantang makan dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, satu haritu dia buat kerja-kerja dekat luar rumah. Kaki terpijak paku berkarat. Kaki jadi luka dan tak baik2. Bernanah dan berdarah berterusan keluar. Jadi nak solat pun susah. Kesian dgn.keadaan kaki dia yg tak baik-baik tu...dan takut kena potong.

Akhirnya akak perkenalkan Vivix pada abah. Mula2 memang susah nak ambik. Rasa macam tak percaya. Semasa ada promo Vivix,dia beli dan join member. Bila 1-2 botol minum, dia rasa badan ada panas-panas dan gatal-gatal tapi tetap teruskan.

Bila dah ambik sehingga 5 botol, doktor sahkan abah dah tak perlu insulin. Kaki pun bertambah baik dan luka semakin kering dan tak bernanah lg. Bila abah teruskan pengambilan Vivix botol yang ke 6, keadaan dia semakin baik dan dah boleh solat dan berjalan seperti sediakala.

Dengan pengambilan 2 kali.sehari abah dah boleh berjalan dengan baik.
Alhamdulillah.

PEMBELIAN VIVIX DENGAN HARGA JIMAT


Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik VIVIX UNTUK DIABETES

Pembelian Vivix dengan menggunakan kad debit atau kredit, klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi,012-538 9844

20 August 2018

KENAPA PERLU SIDE INCOME ?

Sudah selesa dengan kerja dan pendapatan sekarang, tetapi kenapa masih perlu side income ?

Saya seorang pegawai Kerajaan yang mempunyai pendapatan tetap setiap bulan.  Suami saya juga bekerja dan mempunyai pendapatan tetap.  Jika dicampur gaji kami berdua, telah pun mencecah lima angka. Tidak cukupkah walaupun sudah lima angka ?

Cukup atau tidak cukup itu sebenarnya terpulang kepada gaya dan cara hidup masing-masing.  Namun, harus diingatkan bahawa kos sara hidup sekarang kian meningkat dan terus meningkat terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar utama.

Jadi, pada perkiraan saya, perlu juga side income tu walaupun telah selesa dengan kerja dan pendapatan sekarang.  Tetapi, sebenarnya faktor kenaikan kos sara hidup bukanlah faktor utama.  Ada faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan kita TERPAKSA mencari side income.

Jemput baca kisah saya ini.

Saya terlibat dengan Shaklee bermula pada tahun 2014 lagi dan hanya 'serius' berbisnes pada tahun 2016.  Serius pada ketika itu bukanlah serius yang bersungguh-sungguh.  Serius yang sekadar bila ada masa, buatlah, jika sibuk atau MALAS, terbengkalailah seketika.  Begitulah keadaan bisnes saya.  Tiada sebarang perancangan yang teratur pun.

Sehinggalah pada bulan September 2017, suami saya mempunyai masalah dengan syarikat tempat dia bekerja.  Gaji pekerja dibayar lambat, sudah lambat, dibayar separuh pula.  Di slip gaji, tertulis potongan KWSP, tetapi tidak dibayar, apatah lagi bayaran KWSP daripada majikan, RM0 sama sekali.  Terasa teraniaya, suami saya BERHENTI KERJA.

Bermula dari situ, suami saya mula memandu UBER yang dikatakan mampu memberi pendapatan agak lumayan sekiranya dibuat secara sepenuh masa.  Dua bulan memandu, tidak nampak di mana lumayannya.  Keadaan kewangan kami semakin mendesak.

Bil-bil utama yang perlu dibayar setiap bulan sudah mula ada yang tertunggak.

Ansuran kereta : RM1,300
Ansuran rumah : RM1,500
Nursery dua orang anak : RM1,000
Sekolah Integrasi Islam : RM700
Insurans : RM410

Duit simpanan sedikit demi sedikit kian menipis.  Ditambah pula dugaan demi dugaan datang menerjah tanpa disangka-sangka.

Dua tayar kereta pecah
Enjin kereta rosak
Terima surat potongan gaji untuk rumah
Anak-anak tidak sihat

Mujur, mujur dan mujur saya masih punya ibu bapa yang sangat prihatin yang sentiasa sedia untuk membantu.   TETAPI, malunya saya hanya Allah yang tahu.  Di usia kini, saya masih menyusahkan meraka.

Bertitik tolak dari situ, sekarang, iya saya akui dengan sesungguhnya side income itu satu KEPERLUAN.  Dapat digunakan apabila keadaan mendesak.

Sememangnya kita merangcang sehabis baik aturan kehidupan kita, tetapi Allah jualah yang menentukan segalanya.  Mana mungkin dapat kita jangka perkara-perkara yang tidak kita ingini berlaku.

Saya menyesal kerana saya tidak bersungguh dengan bisnes SHAKLEE sejak awal lagi.  Peluang untuk berjaya dengan bisnes SHAKLEE sangatlah besar.  Kini saya rasa rugi tidak usaha sebaiknya.

Sekarang, saya baru mula hendak bertatih untuk mengusahakan bersungguh-sungguh bisnes SHAKLEE saya.  Saya berpegang kepada, 'better late than never'.

Saya harap anda belajar sesuatu daripada kisah saya.

...

Ingin sertai saya berbisnes, boleh klik BISNESS PART TIME SHAKLEE.

Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi, 012-5389844


CARA MAKAN VIVIX YANG BETUL UNTUK PENYERAPAN DAN KESAN OPTIMUM

Makan vivix perlulah dengan cara yang betul supaya dapat diserap secara optimum ke dalam badan. Secara amnya, pengambilan vivix adalah satu sudu teh sehari.  Sudu teh bermaksud sudu yang bersaiz kecil, bukan sudu besar ye.  

Sebaik-baiknya vivix diambil ketika perut sedang dalam keadaan rehat iaitu tidak terlalu lapar atau tidak terlalu kenyang.  Pada ketika itu, kadar penyerapan vivix adalah lebih baik.  Saya sendiri makan vivix pada waktu malam sebelum tidur.

Vivix boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan air untuk mengurangkan kepekatannya.  Terpulang kepada selera masing-masing cara untuk makan vivix.


Vivix perlu diamalkan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang optimum.  Dengan pengambilan secara konsisten, satu botol vivix boleh bertahan sehingga satu bulan.  Jika tidak konsisten, mungkinlah boleh tahan lebih dari sebulan.  Tetapi dari segi keberkesanan, tiada jaminan.  Saya sendiri, apabila konsisten mengamalkan vivix, saya dapat rasai kesan yang sangat positif. Pernah saya share panjang lebar sebelum ni kesan vivix pada diri saya.

Tapi takpe, saya rajin, saya share lagi tetapi ringkas saja ya.  Ini kesan-kesan positif hasil saya mengamalkan vivix dengan cara yang betul :

1. Saya lebih bertenaga menguruskan urusan harian sama ada di pejabat mahupun rumah.
2. Muka saya lebih licin & lembap.
3. Eczema di jari saya mengering dan pulih.

Apa kesannya kalau tidak konsisten, mungkin boleh jadi tiada kesan langsung.  Konsisten bersamaan dengan istiqamah. Sedekah juga perlu konsisten / istiqamah. Baru hebat kesannya.

Amalkan cara makan vivix yang betul untuk penyerapan dan kesan yang optimum ok !

Ini bukan sesudu kecil tau.  Ini saya togok sebab dah nak habis sangat dah ni.
Letak air, goncang-goncang dan minum. Tidak tinggal walaupun setitis.  Baru berbaloi.


Sudah tahu cara makan yang betul, bolehlah beli vivix sebotol dua.
Ahaks !

Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi, http://shakleebyfina.wasap.my



18 August 2018

PENGEDAR SHAKLEE PRESINT 15, PUTRAJAYA

Susah hendak mencari produk Shaklee ready stock di Putrajaya ?  Tidak susah jika anda menghubungi saya.  Saya merupakan Pengedar Shaklee di Putrajaya yang mempunyai ready stock.  

Shaklee Indipendent Distributor
Fina Nawawi 
1169885


Walaupun secara khususnya saya tinggal di Presint 15, anda boleh cakap sahaja anda tinggal di Presint berapa, 8, 9, 10, 11, 12, 14, 16, 17, 18, saya akan sampai.  Sekiranya anda tinggal di Cyberjaya, Sungai Merab atau Dengkil, jangan bimbang, perkhidmatan saya juga terbuka untuk anda.

Kos penghantaran adalah PERCUMA !
Kos penghantaran adalah PERCUMA !
Kos penghantaran adalah PERCUMA !

Bagaimana hendak menghubungi saya, klik saja >> SAYA HENDAK SHAKLEE READY STOCK

Love,

Fina Nawawi

KINI BEBAS DARIPADA DARAH TINGGI SELEPAS EMPAT TAHUN MENDERITA

Pernah tak tangan anda 'dipam' oleh nurse sewaktu membuat pemeriksaan di klinik atau hospital ? Sebenarnya 'mengepam' tangan tersebut adalah untuk memeriksa tekanan darah dalam badan.    Sekiranya mesin 'mengepam' menunjukkan tiga kali bacaan melebihi 140/90 mmHg, anda dijangka mempunyai darah tinggi.

APA ITU DARAH TINGGI


Darah tinggi yang juga dikenali sebagai Hypertension merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi secara mendadak daripada tahap biasa.  Disebabkan kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa, doktor akan membuat pemeriksaan semula beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah yang sebenar.

Tekanan darah mempunyai dua ukuran.  Sebagai contoh, 120 / 80 mmHg.  120 menunjukkan tekanan darah ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung manakala nombor 80 menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.  

Masa terbaik untuk lihat tekanan darah adalah semasa rehat dan rileks dalam keadaan duduk atau baring.

Normal: Kurang daripada 120, lebih 80 (120/80)
Meningkat: 120-129 / kurang daripada 80
Tekanan darah tinggi TAHAP 1 : 130-139 / 80-89
Tekanan darah tinggi TAHAP 2 :  140 dan ke atas / 90 ke atas
Krisis tekanan darah tinggi : lebih tinggi daripada 180 / lebih tinggi daripada 120

SIMPTOM-SIMPTOM DARAH TINGGI


1. Sakit kepala - Sakit kepala merupakan simptom paling biasa yang dialami oleh pesakit darah tinggi.  Sekiranya anda mengalami sakit kepala tanpa sebab yang jelas, kemungkinan besar ia adalah disebabkan anda mengalami tekanan darah tinggi.

2. Mual dan muntah - Pesakit darah tinggi juga akan mengalami masalah mual dan muntah.  Jangan ambil ringan sekiranya mual dan muntah ini turut disusuli dengan penglihatan yang kabur kerana ia adalah tanda-tanda penyakit darah tinggi.

3. Penglihatan menjadi kabur - Simptom ini biasanya akan datang secara bersamaan dengan munculnya gejala mual dan muntah. Penglihatan menjadi kabur kerana berlaku gangguan sirkulasi darah ke bahagian mata dan saraf penglihatan. 

4. Kebas - Ini terjadi kerana pengaliran darah menjadi laju.  Sebaik-baiknya anda dapatkan rawatan doktor sekiranya sering mengalami kekebasan kerana dibimbangi juga untuk boleh mendorong kepada berlakunya strok berpunca daripada tekanan darah tinggi.

5. Sesak nafas - Sekiranya berlaku sesak nafas, itu menunjukkan tekanan darah anda sudah berada pada tahap yang kronik.  Tekanan darah tinggi akan mengganggu pembuluh darah arteri sekaligus mempercepat denyutan jantung. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada jantung.

6. Hidung berdarah - Hidung berdarah berpunca daripda pembuluh darah yang pecah.  Jadi, dapatkan rawatan doktor sekiranya berlaku pendarahan hidung yang berterusan dan sukar untuk berhenti.

CARA MENGATASI TEKANAN DARAH TINGGI


1. Amalkan gaya hidup sihat - Lakukan senaman ringan setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit.  

2. Kawal stress - Mengawal stress dapat membantu menstabilkan darah agar berjalan lancar dan secara tidak langsung mencegah berlakunya tekanan darah tinggi.  

3. Tidur yang mencukupi - Badan kita memerlukan tidur sekurang-kurangnya lima jam bagi membolehkan tubuh berehat sepenuhnya.

4. Ubat-ubatan dan supplemen tambahan - Sekiranya anda telah diserang tekanan darah tinggi, anda perlu mengambil ubat-ubatan untuk tujuan merawat.  Bagi mencegah daripada diserang penyakit darah tinggi atau mengelakkan ia menjadi semakin parah, anda boleh mengamalkan supplemen.

BEBAS DARIPADA DARAH TINGGI DENGAN VIVIX


Saya kongsikan di sini testimoni seorang pesakit darah tinggi yang kini telah bebas daripada penyakit tersebut dengan mengamalkan Vivix.


SAKIT TUMIT SEMBUH & BACAAN DARAH TINGGI JADI STABIL LEPAS AMALKAN VIVIX 

Assalamualaikum..Nama saya Arbayiah Binti Mohd Noh dan berumur 53 tahun. Saya seorang suri rumah dan kini menetap di Selangor serta mempunyai 5 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengamalkan Vivix kerana masalah darah tinggi, sakit tumit dan cepat penat. 

Saya pernah mencuba pelbagai suplemen, berjumpa doktor dan membeli produk lain seperti Jus Nusantara, Jus dari produk Zhulian dan macam-macam lagi. Doktor juga membekalkan ubat-ubatan setiap kali selepas check up. 

Saya mula mengenali Shaklee melalui phamplet yang dibawa pulang oleh anak saya, Nurliyana. Beliau merupakan seorang pengedar Shaklee. Saya juga turut membuat pembacaan di Internet untuk mengetahui kandungan Vivix serta membaca testimoni-testimoni di Internet. 

Saya mengambil 1 sudu teh Vivix setiap pagi. Selain Vivix, saya turun mengambil Ostematrix setiap hari. Selepas 5 bulan mengamalkan kedua-kedua produk ini secara konsisten, bacaan darah tinggi saya telah menurun dan dulu setiap 1-2 bulan saya perlu pergi ke klinik untuk check up, kini cuma 6 bulan sekali sahaja. Saya juga telah menghabiskan 2 botol Vivix dalam tempoh 5 bulan ini. 

Saranan anda saya untuk pembaca yang mempunyai masalah seperti saya, minumlah Vivix untuk kesihatan yang menyeluruh. Saya berasa sangat gembira kerana bacaan darah tinggi saya telah berkurang bacaannya. Saya juga sangat berpuas hati sebab dengan Vivix ini saya tidak lagi perlu mengambil ubat-ubat lain. Ianya memudahkan saya yang tak suka sangat makan ubat ini.  

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anak saya kerana memperkenalkan Vivix kepada saya. Selama 4 tahun saya menghidap darah tinggi ini, akhirnya saya bebas. Malah berat badan saya juga turun dengan banyak selepas mengamalkan Vivi 

Kredit : PUAN ARBAYIAH MOHD NOH

PEMBELIAN VIVIX 


Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik VIVIX UNTUK DARAH TINGGI 

Pembelian Vivix dengan menggunakan kad debit atau kredit, klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi,012-538 9844

16 August 2018

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE YANG RAMAI TIDAK TAHU

Nak tahu tak, sebenarnya ramai yang tidak tahu apa kelebihan menjadi ahli Shaklee sehingga ada yang menolak apabila ditawarkan oleh pengedar Shaklee.  

Rugi sangat tau !

Jadi, saya jemput anda untuk tengok video ringkas ini tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee.  


Selepas tengok video ini, cepat-cepat sign up sebagai ahli Shaklee ok.

Hubungi saya dengan klik pada SAYA HENDAK JADI AHLI SHAKLEE.

Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

14 August 2018

CARA UNTUK PASTIKAN ANDA SENTIASA ADA DUIT WALAUPUN SUDAH HUJUNG BULAN

Bersyukurlah jika sudah hujung bulan pun, duit anda masih ada yang berbaki.  Ada sesetengahnya pula, belum pun sampai hujung bulan, duit sudah habis semuanya.  Lebih malang lagi pada hari masuknya gaji, hari itu juga habis semuanya.

Saya faham, duit habis bukan kerana boros atau membazir, tetapi itulah yang digunakan untuk menampung kos hidup yang tidak terkawal masa ini


Mari saya kongsikan cara untuk anda sentiasa ada duit walaupun di hujung bulan.

1. Senaraikan semua komitmen dan perbelanjaan bulanan anda daripada sekecil-kecil amaun kepada sebesar-besar amaun.

2. Buat kira-kira mudah :: GAJI - KOMITMEN / PERBELANJAAN ::

3. Lihat baki gaji anda.
Tidak cukup ?
Cukup-cukup ?
Lebih ?
Berlebih-lebih ?
4. Jika jawapannya berada adalah lebih dan berlebih-lebih, anda bertuah.  Jika jawapannya, cukup-cukup, anda berada di zon selesa dan boleh dianggap masih bertuah.  Cuma, tiada jaminan anda akan mempunyai wang lebihan jika berlaku kecemasan seperti kereta rosak atau anak / ibu-bapa sakit dan lain-lain.  Jika jawapannya tidak cukup pula, anda perlu kaji semula komitmen dan perbelanjaan anda untuk mencari ruang berjimat.  Contohnya :

::  Perlu ke guna pampers Mamy Poko, sedangkan jika guna pampers biasa kulit anak tiada masalah
::  Perlu ke langgan astro sedangkan channel yang ditonton hanya dua atau tiga channel sahaja
::  Perlu ke makan luar setiap hari, sedangkan makanan di rumah lebih murah
::  Perlu ke beli baju baru setiap bulan, sedangkan baju sedia ada sudah cukup banyak

5. Setelah dibuat beberapa penjimatan, tetapi duit anda masih cukup-cukup atau tidak cukup, sebaik-baiknya anda mencari side income yang boleh bantu untuk tambah pendapatan anda.

...

Mempunyai lebihan duit bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.  Tetapi dengan lebihan itulah kita dapat nikmati hidup kita dengan lebih sempurna.  Dari lebihan itulah kita boleh capai impian-impian kita, bebas hutang dan sediakan wang simpanan yang banyak sekiranya berlaku kecemasan.

Sekiranya anda rasa kehidupan anda sudah selesa, fikir semula, sejauh manakah selesa itu ?

...

Saya sendiri merupakan pegawai kanan Kerajaan.  Walaupun telah rasa selesa dengan pendapatan yang ada untuk menampung keperluan sepanjang bulan, masih saya perlukan pendapatan tambahan.  Boleh baca kisah saya tentang KENAPA PERLU SIDE INCOME.

Jadi, saya memulakan bisness dengan bisness yang saya mampu dari segi modal dan mempunyai fleksibiliti masa kerana saya masih bekerja.  Saya pilih bisness SHAKLEE.

Kenapa Shaklee ? Jawapannya ada di bawah, anda hanya perlu klik :




...

Jika situasi anda sama seperti saya atau anda sudah sedar akan pentingnya untuk untuk mempunyai lebihan duit dan anda hendak memulakan bisness Shaklee, klik SAYA MAHU BUAT BISNESS SHAKLEE.

Saya akan sambut dan pimpin tangan anda sehingga berjaya.

Trust me !

Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi, 012-5389844

13 August 2018

DERITA SLIP DISC BERAKHIR DENGAN VIVIX

Pertama kali saya tahu tentang penyakit slip disc apabila melihat kawan saya sering sakit belakang dan kelihatan dia sangat menderita.  Sebelum itu, saya secara peribadi tidak pernah tahu pun apakah dan bagaimanakah penyakit slip disc ini sebenarnya.  

APA ITU PENYAKIT SLIP DISC


Slip Disc merupakan sejenis penyakit yang melibatkan kecederaan yang biasa berlaku pada tulang belakang.  Ia merujuk kepada bahagian disc (kusyen pelapik tulang belakang) yang tergelongsor / terbonjol ke belakang sehingga menekan bahagian saraf tunjang atau saraf akar pada tulang belakang pesakit.



PUNCA SLIP DISC


Slip Disc mungkin berpunca daripada beberapa sebab seperti berikut :

  1. Pernah jatuh atau mengalami kemalangan jalan raya.
  2. Mengangkat bebanan yang berat dengan cara yang salah.
  3. Tidak menjaga postur belakang semasa duduk.
  4. Duduk terlalu lama
  5. Bersukan (angkat berat / gym)
Sebab itu, boleh dikatakan penyakit slip disc lebih banyak berlaku dalam kalangan pemuda berusia 20 - 30 an kerana mereka sering mengangkat bebanan.


SIMPTOM-SIMPTOM SLIP DISC


Rasa sakit belakang yang menjalar ke bahagian belakang punggung, peha dan boleh jadi hingga ke betis.  

Dalam kes yang lebih serius, pesakit juga mungkin kehilangan kekuatan otot kaki dan merasa kebas sama ada pada sebelah kaki atau pun kedua-duanya.  


RAWATAN SLIP DISC


Slip disc masih di peringkat awal (disc tidak terkeluar dengan terlalu teruk), kaedah rawatan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut :

1. Menjaga postur badan supaya berdiri dan duduk dalam keadaan yang betul.  Postur yang salah boleh mengakibatkan penyakit slip disc menjadi lebih teruk kerana disk akan semakin tergelongsor/terbonjol lalu menekan saraf.



2. Ubat tahan sakit dan anti radang melalui suntikdan steroid akan diberikan kepada pesakit untuk mengurangkan kesakitan.  

3. Fisioterapi dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot.

Slip disc yang lebih serius memerlukan pembedahan kerana pada peringkat ini, kaedah rawatan secara fisioterapi tidak lagi berkesan.  Pembedahan dilakukan dengan menggunakan kamera dan alatan khas untuk membuang disc yang menekan saraf atau disc yang bermasalah.

DERITA SLIP DISC BERAKHIR DENGAN VIVIX


Selain rawatan oleh doktor berpengalaman, disarankan juga supaya anda mencari rawatan alternatif bagi membolehkan penyakit slip disc yang dihidapi lebih cepat pulih.  

Anda boleh mencuba Vivix.  

Vivix membantu menghasilkan sel yang sihat dan merawat sel yang rosak.  Apabila diamalkan secara konsisten, ia akan menguatkan keanjalan disk, memperbaiki struktur dan menyokong kesihatan sendi.

Saya kongsikan di sini tentang pengalaman Puan Neng Roziana yang sembuh daripada penyakit slip disc beliau hasil daripada konsisten mengamalkan Vivix.


Assalamualaikum wbt.
Saya Siti Roziana Bt.Alias, berumur 33 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya seorang WAHM dan kini menetap di Puchong.
Saya seorang yang agak aktif ketika di universiti dahulu. Bola jaring, kayak dan aktiviti rekreasi lasak menjadi pilihan ketika itu. Pendek kata..jatuh terseliuh, lebam dan injured dah jadi rutin saya. Akibatnya belakang mula rasa sakit hingga ke tapak kaki.
Pernah juga saya pergi mengurut kerana kecederaan yang saya alami tetapi kerana tempat mengurut itu agak jauh dari Universiti itu sekali sahaja saya kesana. Dan saya pendam sakit itu kononnya tak mahu terlalu memikirkannya dan berharap ia akan baik sendiri suatu hari nanti
Tuntutan kerjaya saya sebagai Jurutera Rangkaian memerlukan saya banyak keluar pejabat dan pergi ke tempat pelanggan kami. Oleh kerana kerja saya melibatkan pemasangan kabel, perkakasan IT dan computer..makanya kebanyakan barang itu saya akan angkat sendiri selagi terdaya. Tanpa saya sedari sakit itu datang semula. Paling ketara di bahagian belakang hinggalah ke tapak kaki. Berdenyut-denyut dan sungguh menyakitkan.
Jadi apabila saya mula rasa sakit..saya akan makan kan ubat tahan sakit yang diberikan doctor. Memang lega..namun ia hanya berkesan untuk sementara waktu..
Hendak dijadikan cerita, pada tahun 2013 sakit belakang saya menjadi amat kronik. Sakit hingga saya berjalan mengengkang ke hospital kerana terasa amat perit di bahagian pinggang, punggung dan kaki. Jika saya berjalan seperti orang normal..sepertinya ada sesuatu mencucuk-cucuk belakang dan kaki saya.
Suami cadangkan saya refer terus ke pakar Ortopedik kerana keadaan saya yang amat merisaukan nya. Bila sesi soal jawab dengan pakar..pakar menegur saya kerana membiarkan masalah belakang saya yang berlarutan tidak dirawat sehingga 9 tahun lamanya.Pelik juga katanya saya boleh tahan sakit sebegitu..huhuhu..
Beliau menjalankan beberapa ujian dan hasil dari ujian MRI mendapati tulang L4 saya telah terkeluar sedikit atau dalam istilahnya Slip Disc. Kata doctor itulah yang menjadi punca kepada sakit belakang saya selama ini dan ia masih belum di tahap kritikal. 
Saya ditahan wad selama seminggu dan menjalani beberapa sesi fisioterapi dan ia mendatangkan sedikit kelegaan. Namun kata doctor saya tidak boleh terlalu lasak dan mengangkat benda berat kerana masalah slip disc saya itu. Sedih mendengarnya kerana saya sedar sebagai seorang pekerja/ ibu pasti banyak perkara yang akan terbatas nanti.  
Disebabkan tuntutan kerja yang agak sibuk ketika itu saya tidak menumpukan proses penyembuhan fisioterapi yang telah dijadualkan doctor, namun saya cuba ikhtiar dengan cara lain yang saya rasa fleksibel dengan diri saya.
Saya bertanyakan kepada rakan dan juga mencari di internet . Saya lihat ramai orang bercerita tentang khasiat Vivix yang telah membantu ramai pesakit kronik untuk kembali sihat. Jadi tanpa berlengah lagi...tanpa berkira kira berapa harga sebotol Vivix itu saya terus membeli sebotol Vivix dan juga GLA ( Saya consume serentak dengan Vivix kerana saya turut mengalami masalah prolong period)
Awal ambilan saya kena healin crisis yang teruk juga...pening kepala, tak sedap badan, rasa nak demam.. tapi saya tabahkan hati juga untuk habiskan sebotol. 
Perubahan yang mula-mula saya rasai, apabila Prolong Period saya yang tak berhenti selama 6 bulan (dimana seiring dengan sakit slip disc) berhenti serta merta. (Prolong period ini tidak tahu apa puncanya kerana saya disahkan tiada cyst dan fibroid oleh Doctor O&G.) 
Perubahan ini turut disedari oleh suami. Katanya saya nampak sihat berbanding dulu dan tidak lagi mengadu sakit belakang setiap malam. 
Dan syukur pada anugerah yang tak terhingga dariNya yang saya hamil anak kami yang ketiga.Saya alahan diawal kehamilan namun tiada sakit pinggang /belakang yang teruk seperti dua kali kehamilan sebelum ini. Dengan asbab Vivix dan GLA, slip disc dan prolong period saya sembuh. Badan saya sihat dan segar..malah sentiasa bertenaga. Terima kasih Allah..terima kasih Vivix kerna kembalikan semula nikmat sihat pada diri saya.


PEMBELIAN VIVIX 


Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik VIVIX UNTUK SLIP DISC 

Pembelian Vivix dengan menggunakan kad debit atau kredit, klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi,012-538 9844

12 August 2018

PENGEDAR VIVIX READY STOCK DENGAN KONSULTASI TERBAIK DI PUTRAJAYA

Untuk membeli Vivix, saya sarankan supaya anda menghubungi pengedar yang bukan sahaja mempunyai ready stock, malah mampu memberikan konsultasi terbaik kepada anda.  Anda mempunyai hak untuk mendapatkan konsultasi terbaik kerana Vivix merupakan produk premium Shaklee dengan harga yang ekslusif.  Pembelian dengan konsultasi terbaik akan menjadikan pembelian anda sebagai sesuatu yang berbaloi.

....

Anda sudah tahu bagaimana hendak dapatkan Vivix dengan harga jimat ?
Anda sudah tahu bagaimana untuk beli Vivix dengan cepat dan mudah ?
Anda sudah tahu cara makan Vivix yang betul untuk dapatkan kesan yang optimum ?  
Anda sudah tahu waktu terbaik untuk makan Vivix ? 
Anda sudah tahu apa kesannya apabila anda makan Vivix ?  
Anda sudah tahu bagaimana untuk menyimpan Vivix ?

Jika anda hendak tahu jawapan kepada semua soalan di atas, boleh hubungi saya, Fina Nawawi iaitu seorang penggemar dan pengamal tegar Vivix.

Shaklee Indipendent Distributor
Fina Nawawi 
1169885



Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

11 August 2018

TESTIMONI IBU-IBU BERPANTANG DENGAN VIVIX

Saya sertakan di sini tiga testimoni ibu-ibu yang berpantang dengan Vivix.  Bagaimana Vivix berkesan untuk ibu-ibu berpantang, boleh baca Rahsia Bagaimana Luka Bersalin Cepat Sembuh.

Jadikan tempoh berpantang anda tempoh yang bahagia.  Berpantang cara moden dengan Vivix, kesihatan tetap terjaga seperti mana berpantang secara tradisional.

TESTIMONI


TESTIMONI 1 : RADANG APPENDIKS SEMBUH & BERTENAGA SEMASA BERPANTANG


Hi, Assalamualaikum.. Saya Dr. Nadia Abdul Kadir, berumur 34 tahun dan memiliki 4 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah saya menghidap radang appendiks semasa hamil.

Semasa mengandungkan Baby A'isya (anak ke 4) saya 7 bulan lepas, saya mengalami 2 episod sakit pada bahagian kanan perut. 
Kali pertama dalam 32 minggu dan saya disahkan menghadapi Acute Appendicitis (keradangan pada appendik). 

Disebabkan kandungan masih awal dan pembedahan membuang appendiks adalah berisiko kepada baby, saya membuat keputusan untuk hanya mengambil antibiotiks (setelah berbincang dengan suami saya, Dr Shazly yang merupakan seorang pakar bedah).

Pada masa yang sama, saya meneruskan pengambilan SET HAMIL SHAKLEE dan juga NUTRIFERON. Alhamdulillah, sakit beransur hilang selepas 2 hari. Namun, pada kandungan berusia 36 minggu, saya sekali lagi diserang sakit perut yang sama seperti sebelum ini. 

Kali ini sangat sakit sampai saya terpaksa dimasukkan ke wad. Sekali lagi saya didiagnos sebagai Recurrent Appendicitis (Keradangan Appendiks yang berulang). Di wad saya diberi intravenous antibiotiks. Sekali lagi saya dan suami di dalam dilema untuk meneruskan pembedahan membuat appendiks atau tidak. Ini kerana, lagi 2 minggu saya dijadualkan untuk elektif cser (saya dah cser 3 kali). 

Kami membuat keputusan untuk tunggu dan lihat. Sekiranya sakit berlarutan, saya akan menjalani pembedahan. Alhamdulillah, setelah 2-3 hari, sakit beransur hilang dan doktor pakar membuat keputusan untuk membuang appendiks semasa cser. Pada 38 minggu, setelah pakar O+G mengeluarkan Baby A'isya, suami saya sendiri mengambil alih untuk mengeluarkan appendiks saya pula! Orang kata, sakit selepas cser + appendicectomy (pembedahan membuang appendiks) adalah lagi sakit berbanding cser sahaja. Ini kerana trauma pada tisu itu lagi banyak.

Bimbang akan perkara ini, saya dah standby VIVIX awal-awal. Sebaik sahaja dibenarkan minum oleh jururawat, saya terus amik 1 SUDU BESAR VIVIX. Alhamdulillah dengan izinNya, petang sebelum maghrib saya dah boleh bangun sendiri dan berjalan ke tandas untuk mandi. 

Malamnya pula saya boleh menjaga Baby A'isya sendirian (suami tidak dibenarkan menemani saya di wad). Setiap hari saya meneruskan pengambilan SET BERPANTANG SHAKLEE bersama VIVIX dan NUTRIFERON. Dan pada hari ke 5, saya diceramah oleh jururawat di klinik (diorang sayang saya sebenarnya..hihi..) kerana memandu ke klinik untuk cek jaundice. (Suami di dalam dewan bedah dan tidak dapat keluar hantar kami ke klinik). 

Apapun, pengalaman berpantang kali ini sangat berbeza berbanding 3 kali cser sebelum ini. SAKIT PADA BAHAGIAN CSER SANGAT MINIMAL, LUKA SANGAT CEPAT SEMBUH & SAYA SANGAT BERTENAGA. Saya dah alaminya sendiri, anda bila lagi?

Kredit : DR. NADIA ABDUL KADIR

TESTIMONI 2 : LUKA JAHIT BERSALIN TERBUKA SAMPAI TAK BOLEH JALAN, TAK BOLEH DUDUK

Bersalinkan Maryam secara normal dan vacum. 2 hari sakit tak dapat tidur, seminggu di hospital, 2 kali induce.

Sehari balik dari hospital, maryam demam panas dan kuning naik tinggi. Jadi kena masuk nicu.

5 hari dia di NICU, Ainul ulang alik 2-3 kali ke DEMC setiap hari untuk hantar susu.

Jahit kat bawah yang " banyak" belum sembuh.. asyik bergerak ke sana sini sampai 1 tahap ainul nak berjalan pun sakit giler. nak duduk lagi la. sampai dalam kereta menangis dekat husband sebab tak boleh nak duduk pun. nak duduk pun takut. huhuu

Ya ALLAH sakitnya.

Nak duduk sakit..

Nak berjalan lagi la sakit..

Sampai nak duduk menanges.. huhuhu

Last pilihan Ainul makan VIVIX. dulu rasa vivix ni MAHAL la. Tapi bila dah SAKIT , MAHAL dah tak nampak dah. Yang PENTING sakit hilang.

3 Hari konsistent makan setiap hari....

ALHAMDULILLAH.. lega sangat. Dah takde pedih, sakit nak duduk, berjalan. Siap boleh pakai seluar

BONUS lagi bila makan vivix semasa berpantang ni:

1. SUSU MERIAH. memang dalam pantang susu memang banyak. tapi kali ni ' lain sangat ' .. sampai demam pulak bengkak susu. Alhamdulillah dapat bayak buat stok ebm untuk anak.

2. Darah kotor berketul ketul keluar. cerita dekat akak mengurut. dia cakap bagus darah tu keluar. darah tu kalau tak keluar bahaya. bahaya kalau darah nifas ni tak keluar betul betul. keluar habis. pernah baca darah nifas yang tak bersih boleh jadi kanser.

3. Badan rasa segar, sedap la orang cakap. takde la lemau semacam. badan bertenaga. boleh uruskan anak anak walaupun pantang sendiri. muka pun tak pucat sebab peredaran darah berjalan lancar

Kalau rasa set berpantang banyak bebenor nak kena telan, ambil je vivix ni je rasanya dah cukup. ALL in 1.

Memang berbaloi makan vivix masa pantang. Sangat puas hati. Next berpantang pun akan pastikan vivix ada pada hari pertama bersalin nanti. baru la luka cepat sembuhkan

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.

Terima kasih sebab kembalikan senyuman saya.


Kredit : PUAN AINUL FADZILAH

TESTIMONI 3 : VIVIX SUPPLEMEN TERBAIK UNTUK IBU BERPANTANG & KULIT CERAH BERSERI

Saya ambil Vivix sebagai alternatif untuk mengelakkan dari pengambilan lain-lain vitamin sebab saya ni jenis payah nak konsisten kalau nak kena telan banyak-banyak terutamanya bila nak kena telan kapsul atau pun tablet..

Amazing experience bila saya ambil Vivix semasa dalam tempoh berpantangkan baby ketiga saya Qaisarah..

Saya tak ambil apa-apa ubat untuk sembuhkan luka dari klinik ataupun ubat kecutkan rahim dari mana2 klinik swasta..

Alhamdulilah luka bersalin sembuh dalam masa kurang 14 hari.. Anak-anak saya dari sulung sampai la si baby ni semua kena kuning.. Saya hanya upkan dose pengambilan Vivix dari 1 sudu ke 2 sudu daily.. Alhamdulilah bacaan kuning baby back to normal dalam masa 1 mggu.. Syukur sangat-sangat sebab tak payah ulang alik ke hospital... Fobia dgn kakak dan abg dia memang kena refer to hospital sebab bacaan kuning memang tinggi..

Yang paling terasa seronok sgt bila dalam pantang kawan-kawan yang datang ziarah mesti tgur kulit saya.. Berbeza sangat-sangat.. Dulu kulit saya kusam.. Tapi sekarang memang agak cerah dan kesan parut-parut lama dah makin hilang...

Masuk kerja selepas pantang ramai yang tanya saya makan apa sebab kulit muka nampak berseri dan cerah...

Suami sendri pun perasan..saya ingt dia saja-saja.. Tapi bila dah kawan-kawan sendri pun cakap benda yang sama..so saya pun perasan mmg kulit saya dh tak kusam mcm dulu lagi...

Vivix memang terbaik..


Kredit : PUAN YONG HAFIEZA

PEMBELIAN VIVIX


Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik VIVIX UNTUK BERPANTANG.

Pembelian Vivix dengan menggunakan kad debit atau kredit, klik rajah di bawah.












Love,

Fina Nawawi,012-538 9844

Copyright FINA NAWAWI