AFB Feeds

06 August 2018

CARA KAWAL ASID URIK DALAM BADAN UNTUK CEGAH GOUT


Gout merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik (bahan kumuhan berasal daripada sejenis protien yang dipanggil purin) yang berlebihan dalam badan.  Bagi orang normal dan sihat, asid urik berlebihan dibuang melalui air kencing manakala bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.   


PUNCA PENYAKIT GOUT


1. Obesiti / kegemukan - kegemukan terutamanya mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk diserang gout kerana orang yang berbadan gemuk menghasilkan lebih banyak asid urik daripada biasa.

2. Genetik - Kajian mendapati genetik juga menjadi penyumbang kepada penyakit gout.  Satu daripada empat pesakit gout datang daripada keluarga yang mempunyai masalah gout.

3. Tabiat pemakanan - Orang kerap memakan daging dan makanan laut serta meminum minuman beralkohol lebih cenderung untuk diserang gout.

4. Kesihatan - Orang yang menghidap tekanan darah tinggi, diabetes, jantung dan buah pinggang lebih berisiko untuk diserang gout.

5. Demografi - Orang lelaki berumur antara 30 - 50 tahun lebih terdedah kepada serangan gout kerana mereka mempunyai tahap asid urik yang lebih tinggi daripada wanita.  Walau bagaimanapun, wanita akan mula terdedah kepada serangan gout selepas menopous kerana berlaku peningkatan tahap asid urik.

SIMPTOM PENYAKIT GOUT


1. Berlaku kesakitan sendi yang teruk - Gout mengerang secara tiba-tiba dan kerap kali dalam tempoh semalaman.  Ia boleh berlarutan sehingga berhari-hari sekiranya tidak dirawat.  Kesakitan yang teruk berlaku pada empat hingga 12 jam pertama.  Kebiasaannya ia melibatkan serangan di ibu jari kaki dan boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan atau jari.

2. Keradangan dan kemerahan - sendi menjadi bengkak dan merah

3. Pergerakan yang terhad - Sepanjang tempoh gout menyerang, pergerakan sendi adalah sangat terhad.  Pesakit akan berasa sangat sakit sekiranya berlaku pergerakan yang aktif.

RAWATAN PENYAKIT GOUT UNTUK KAWAL ASID URIK


Penyakit gout boleh dirawat dengan ubat-ubatan berdasarkan preskripsi doktor seperti ubat anti-radang atau steroid.  Walau bagaimanapun, ubat-ubatan tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan sekiranya diambil berpanjangan.  

KAWALAN JANGKA PANJANG 


1. Minum banyak air - Pesakit gout perlu minum banyak air putih supaya kekal terhidrasi.

2. Jaga diet pemakanan - Pesakit gout digalakkan untuk menghindari minum beralkohol, kurangkan pengambilan daging, ikan dan ayam serta tingkatkan produk tenusu rendah lemak.

3. Kawal berat badan - Kawal berat badan melalui pengambilan makanan yang berkhasiat dan bersenam setiap hari.

KAWAL ASID URIK DALAM BADAN DENGAN VIVIX


Kajian pada tahun 2016 menunjukkan resveratrol yang terkandung dalam Vivix mampu memberi kesan terapeutik dalam mencegah simptom-simptom serangan penyakit gout.  Keputusan kajian menunjukkan ia dapat merencatkan inflamasi dan mencegah berlakunya pembengkakan.  

Ia juga dapat mencegah berlakunya serangan gout secara tiba-tiba dan menurunkan paras asid urik dengan mencegah pengumpulan protien purin.  Selain itu, resveratrol membantu pemecahan protien purin dengan sempurna lalu mengeluarkannya melalui air kencing.  

TESTIMONI VIVIX MENGAWAL PARAS ASID URIK DALAM BADAN






Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi, http://shakleebyfina.wasap.my

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI