AFB Feeds

14 August 2018

CARA UNTUK PASTIKAN ANDA SENTIASA ADA DUIT WALAUPUN SUDAH HUJUNG BULAN

Bersyukurlah jika sudah hujung bulan pun, duit anda masih ada yang berbaki.  Ada sesetengahnya pula, belum pun sampai hujung bulan, duit sudah habis semuanya.  Lebih malang lagi pada hari masuknya gaji, hari itu juga habis semuanya.

Saya faham, duit habis bukan kerana boros atau membazir, tetapi itulah yang digunakan untuk menampung kos hidup yang tidak terkawal masa ini


Mari saya kongsikan cara untuk anda sentiasa ada duit walaupun di hujung bulan.

1. Senaraikan semua komitmen dan perbelanjaan bulanan anda daripada sekecil-kecil amaun kepada sebesar-besar amaun.

2. Buat kira-kira mudah :: GAJI - KOMITMEN / PERBELANJAAN ::

3. Lihat baki gaji anda.
Tidak cukup ?
Cukup-cukup ?
Lebih ?
Berlebih-lebih ?
4. Jika jawapannya berada adalah lebih dan berlebih-lebih, anda bertuah.  Jika jawapannya, cukup-cukup, anda berada di zon selesa dan boleh dianggap masih bertuah.  Cuma, tiada jaminan anda akan mempunyai wang lebihan jika berlaku kecemasan seperti kereta rosak atau anak / ibu-bapa sakit dan lain-lain.  Jika jawapannya tidak cukup pula, anda perlu kaji semula komitmen dan perbelanjaan anda untuk mencari ruang berjimat.  Contohnya :

::  Perlu ke guna pampers Mamy Poko, sedangkan jika guna pampers biasa kulit anak tiada masalah
::  Perlu ke langgan astro sedangkan channel yang ditonton hanya dua atau tiga channel sahaja
::  Perlu ke makan luar setiap hari, sedangkan makanan di rumah lebih murah
::  Perlu ke beli baju baru setiap bulan, sedangkan baju sedia ada sudah cukup banyak

5. Setelah dibuat beberapa penjimatan, tetapi duit anda masih cukup-cukup atau tidak cukup, sebaik-baiknya anda mencari side income yang boleh bantu untuk tambah pendapatan anda.

...

Mempunyai lebihan duit bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.  Tetapi dengan lebihan itulah kita dapat nikmati hidup kita dengan lebih sempurna.  Dari lebihan itulah kita boleh capai impian-impian kita, bebas hutang dan sediakan wang simpanan yang banyak sekiranya berlaku kecemasan.

Sekiranya anda rasa kehidupan anda sudah selesa, fikir semula, sejauh manakah selesa itu ?

...

Saya sendiri merupakan pegawai kanan Kerajaan.  Walaupun telah rasa selesa dengan pendapatan yang ada untuk menampung keperluan sepanjang bulan, masih saya perlukan pendapatan tambahan.  Boleh baca kisah saya tentang KENAPA PERLU SIDE INCOME.

Jadi, saya memulakan bisness dengan bisness yang saya mampu dari segi modal dan mempunyai fleksibiliti masa kerana saya masih bekerja.  Saya pilih bisness SHAKLEE.

Kenapa Shaklee ? Jawapannya ada di bawah, anda hanya perlu klik :




...

Jika situasi anda sama seperti saya atau anda sudah sedar akan pentingnya untuk untuk mempunyai lebihan duit dan anda hendak memulakan bisness Shaklee, klik SAYA MAHU BUAT BISNESS SHAKLEE.

Saya akan sambut dan pimpin tangan anda sehingga berjaya.

Trust me !

Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi, 012-5389844

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI