AFB Feeds

20 August 2018

KENAPA PERLU SIDE INCOME ?

Sudah selesa dengan kerja dan pendapatan sekarang, tetapi kenapa masih perlu side income ?

Saya seorang pegawai Kerajaan yang mempunyai pendapatan tetap setiap bulan.  Suami saya juga bekerja dan mempunyai pendapatan tetap.  Jika dicampur gaji kami berdua, telah pun mencecah lima angka. Tidak cukupkah walaupun sudah lima angka ?

Cukup atau tidak cukup itu sebenarnya terpulang kepada gaya dan cara hidup masing-masing.  Namun, harus diingatkan bahawa kos sara hidup sekarang kian meningkat dan terus meningkat terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar utama.

Jadi, pada perkiraan saya, perlu juga side income tu walaupun telah selesa dengan kerja dan pendapatan sekarang.  Tetapi, sebenarnya faktor kenaikan kos sara hidup bukanlah faktor utama.  Ada faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan kita TERPAKSA mencari side income.

Jemput baca kisah saya ini.

Saya terlibat dengan Shaklee bermula pada tahun 2014 lagi dan hanya 'serius' berbisnes pada tahun 2016.  Serius pada ketika itu bukanlah serius yang bersungguh-sungguh.  Serius yang sekadar bila ada masa, buatlah, jika sibuk atau MALAS, terbengkalailah seketika.  Begitulah keadaan bisnes saya.  Tiada sebarang perancangan yang teratur pun.

Sehinggalah pada bulan September 2017, suami saya mempunyai masalah dengan syarikat tempat dia bekerja.  Gaji pekerja dibayar lambat, sudah lambat, dibayar separuh pula.  Di slip gaji, tertulis potongan KWSP, tetapi tidak dibayar, apatah lagi bayaran KWSP daripada majikan, RM0 sama sekali.  Terasa teraniaya, suami saya BERHENTI KERJA.

Bermula dari situ, suami saya mula memandu UBER yang dikatakan mampu memberi pendapatan agak lumayan sekiranya dibuat secara sepenuh masa.  Dua bulan memandu, tidak nampak di mana lumayannya.  Keadaan kewangan kami semakin mendesak.

Bil-bil utama yang perlu dibayar setiap bulan sudah mula ada yang tertunggak.

Ansuran kereta : RM1,300
Ansuran rumah : RM1,500
Nursery dua orang anak : RM1,000
Sekolah Integrasi Islam : RM700
Insurans : RM410

Duit simpanan sedikit demi sedikit kian menipis.  Ditambah pula dugaan demi dugaan datang menerjah tanpa disangka-sangka.

Dua tayar kereta pecah
Enjin kereta rosak
Terima surat potongan gaji untuk rumah
Anak-anak tidak sihat

Mujur, mujur dan mujur saya masih punya ibu bapa yang sangat prihatin yang sentiasa sedia untuk membantu.   TETAPI, malunya saya hanya Allah yang tahu.  Di usia kini, saya masih menyusahkan meraka.

Bertitik tolak dari situ, sekarang, iya saya akui dengan sesungguhnya side income itu satu KEPERLUAN.  Dapat digunakan apabila keadaan mendesak.

Sememangnya kita merangcang sehabis baik aturan kehidupan kita, tetapi Allah jualah yang menentukan segalanya.  Mana mungkin dapat kita jangka perkara-perkara yang tidak kita ingini berlaku.

Saya menyesal kerana saya tidak bersungguh dengan bisnes SHAKLEE sejak awal lagi.  Peluang untuk berjaya dengan bisnes SHAKLEE sangatlah besar.  Kini saya rasa rugi tidak usaha sebaiknya.

Sekarang, saya baru mula hendak bertatih untuk mengusahakan bersungguh-sungguh bisnes SHAKLEE saya.  Saya berpegang kepada, 'better late than never'.

Saya harap anda belajar sesuatu daripada kisah saya.

...

Ingin sertai saya berbisnes, boleh klik BISNESS PART TIME SHAKLEE.

Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi, 012-5389844


No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI