AFB Feeds

28 August 2018

PEJUANG PESAKIT KANSER : ANTARA BERSERAH PADA TAKDIR ATAU IKHTIAR UNTUK KEMBALI SIHAT


Seandainya disahkan oleh doktor bahawa anda atau orang terdekat diserang penyakit kanser, apakah yang perlu dilakukan ? Adakah hanya duduk berserah sahaja atau mencari ikhtiar supaya kembali sihat ? 

Saya kongsikan di sini kisah perjalanan bekas-bekas pesakit kanser bagaimana mereka ikhtiar untuk kembali sihat supaya dapat terus bersama dengan orang-orang tersayang.

IKHTIAR ALONG UNTUK BEBAS DARI KANSER SERVIKS


Kredit : PUAN HANISAH AZHARI

Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Along.6 bulan Along memendam rasa yang tak mungkin sapa pun boleh faham.
Sejak 1st day Along dapat result sahkan Along positive kanser servic.Bermacam tanggapan dan andaian berlegar dalam otak ni.

Macam mana cukup ke amalan aku.
Macam mana anak-anak aku.
Macam mana suami aku.
Macam mana hutang-hutang aku.

Semua menyesakkan otak dan dada.
Semua orang keep bagi semangat.
Fikir positive.

Pak Long hampa rilex ja,
"Untung la sayang Allah dah bagi tanda supaya sayang boleh sentiasa bersedia dari sekarang, tak de mati terkejut tanpa sebab" ayat motivasi sungguhkan dia bagi".

Tapi apa pun Along percaya ada hikmah atas apa yang terjadi.

Setelah 6 bulan semalam Along kena menghadap doctor pakar O&G di klinik pakar Hospital Shah Alam untuk procedure "Calposcopy" untuk kali kedua.

Memang ngeri la Along sampai je klinik terus masuk tandas melabur.
Pe'el Along turun dari mak kalau ada masalah atau susah hati memang perut automatik memulas.

Nurse bagi 2 biji ubat tahan sakit, terus kena masuk bilik procedure.
Allah, rasa macam nak beranak tengok la segala equipment dalam ni.

Nak nagis je rasa sebab takut sangat.  Kena salin pakai pakaian disediakan dan baring atas katil yang khas.

Procedure Calposcopy adalah procedure di mana rahim kita dibuka dengan mulut itik dari besi dan dimasukkan camera untuk bahagian yang dijangkiti virus, bila dah jumpa akan disembur sejenis cecair berwarna yang mana cecair ini akan bertindak balas dengan kawasan jangkitan. Doctor akan ambik sedikit sample kawasan tersebut dan diambil dengan cara ketip macam ketip kuku tu. Sakit la cuba hampa ketip isi hampa sakit dak?

Semalam 3 orang doctor hadir masa procedure Along semalam.
Semua doctor terkejut dan asyik tersenyum je.
"Puan rahim puan cantik, tiada infection dah Alhamdulillah"

Ya Allah, nak nagis Along dengar komen-komen doctor semalam. Hasil doa dari semua Along disahkan BEBAS DARI KANSER SERVIKS.

Doctor asyik tanya Puan macam mana puan boleh dapat detect kanser servic di peringkat awal ye sebab kanser servic ni kanser diam, means dan stage akhir baru dapat detect biasanya sebab kanser ni tak sakit.

"Saya sakit doctor, hampir tak dapat nak berjalan, rahim saya membengkak sebelah sebab tu saya datang jugak cek pada pakar dan alhamdulillah dapat detect awal."

Alhamdulillah berkat usaha dan istiqomah amalkan vivix, vit c dan alfafa mengikut cara yang betul diajar dalam Team SuperStarz, akhirnya dapat hasil yang positive semalam.

Jangkitan virus yang menyebabkan kanser serviks Along hilang dan bonusnya rahim Along look sihat sangat ini bukan Along cakap tau doctor pakar sendiri yang komen.

Seronok doktor-doktor semalam seolah Along ni saudara mereka yang mendapat perkhabaran baik.

Begitula komited mereka dalam menjalankan tugas mereka.
Mereka berkongsi rasa suka dan duka dengan pesakit.

Mereka begitu menjaga tonasi suara dan ekpresi wajah dan lenggok badan mereka.
Ya Allah, Along berjanji akan bantu lebih ramai wanita yang mempunyai masalah rahim diluar sana.
Along tak nak hampa semua lalui apa yang Along dah lalui.
Along taknak hampa terpaksa berbaring atas katil ini dan melalui procedure yang telah Along lalui ini.
Along taknak hampa tertekan dengan perasaan yang Along tanggung selama 6 bulan lepas.

Along taknak hampa dengar suara anak-anak bertanya "Mama, sakit mama ni boleh bagi mama mati ke, habis nanti kami nak duduk dengan sapa? kami nak peluk sapa? kami dah boleh masak sendiri tapi tak sedap macam mama masak"

Hampa boleh bayang tak apa perasaan anak-anak masa tu?

Ni Along tak sampaikan lagi berita gembira ni pada anak-anak kami,
Insyaallah Jumaat ni buat majlis kesyukuran kecil sambut birthday anak yang 6 tahun sekali nanti boleh sampaikan pada mereka.

Marilah kita sama-sama menjaga diri kita untuk diri kita dan keluarga tercinta.

Jangan ambik enteng kesihatan diri ye.
Jangan Tunggu sakit baru nak check up.
Jadikan Pap Smear sebagai rutin checkup every year ye.

Mohon doa dari semua semoga Along terus sihat dan istiqomah menyebarkan kebaikan Shaklee kepada semua wanita di luar sana

...

KANSER PAYUDARA TAHAP 2 BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE


Kredit : PUAN SYA NORIZAH

Alhamdulillah wa syukurillah...

Inilah cinta hati sya dan adik beradik, satu satunya keberkatan doa yang kami ada sehingga sekarang. Disebalik senyumannya, siapa sangka mak merupakan cancer survivor... disebalik seraut wajah yang mulus itu juga terselit pelbagai kedukaan dalam memikul tanggungjawab sebagai emak dan ayah kepada kami 4 beradik..terutama buat adik bongsu kami yang sekolah lagi.

Oktober 2012 merupakan detik paling getir apabila mak kehilangan kekasih hatinya secara mengejut.. siapalah kite sebagai hamba untuk mempersoalkan ajal dan maut.. hanya doa menjadi iringan... hamba redho ya Allah...

Tidak setakat itu, mak diuji sekali lagi apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap 2 seusai habis idahnya.

Waktu itu, bagaikan dihempap langit runtuh apabila benjolan sebesar 20 sen di bahagian dada kiri disahkan positive sel kanser...Al maklumlah mak memang tiada masalah kesihatan yang lain. Mak kelihatan tenang menerima kebenaran itu.. namun disebalik ketenangan wajahnya tetap terselit kesedihan dan kehampaan.

Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang dialami beliau.. hendak mengadu, hilang sudah tempat mengadu.. pada anak2? kekuatan perlu ditunjukkan agar tidak menyedihkan anak2 pula.betapa kuatnya semangatmu mak.jagakan mak buat kami Ya Allah.

Setelah beberapa rawatan dan ujian dilakukan di beberapa hospital dan keputusan adalah tetap sama... 

Akhirnya akur dengan qada qadar Allah, mak bersetuju menjalani pembedahan mastektomi sepenuhnya di bahagian dada kiri...sedih hati kami melihat keadaan mak.. Ya Allah kuatkan mak dalam menghadapi ujianMu..

Setelah itu, bermula lah episod mencabar buat mak selepas pembedahan...

Dari pemakanan, luka pembedahan, aktiviti harian semua kami jaga.. diperkenalkan dengan shaklee buat mak selepas pembedahan adalah ostematrix bagi penyembuhan luka dengan baik.. alhamdulillah elok dan cantik lukanya.

Apabila mula kemoterapi dan radiotherapy keadaan mak makin lesu.. rambut da mula gugur, otot2 dan sendi tak berapa nak kuat sehinggakan terpaksa solat duduk.. tiada nikmat Allah yang dapat kite dustakan..

Dimasukkan ke wad kerana tdak cukop darah.. sungguh2 diuji.. ampunkan mak Ya Allah... ada juga mulut2 bawang kata2 mak yang agak keterlaluan. 

Setelah habis kemoterapi dan radiotherapy sebanyak 15 sesi..

Masa tu bufday mak tak silap masa tu.. hadiahkan mak vivix... terharu mak kata.. sebab kami sayang mak tau... selepas tu mak ikhtiar dengan mencuba full set kanser. almaklum la kan immunity rendah dan kesan dari rawatan pula buat mak lemah dan pucat. 

Alhamdulillah mak saya kuat dan mak dapat hadapinya. Sekarang setelah 6 tahun mengamalkan set kanser, doktor sahkan mak bebas kanser.terima kasih Allah.

Sehingga sekarang mak sayang sangat2 pada vivixnye tu. Tanpa vivix mak tak happy katanya.. hihi doakan mak sihat ye semua.. tak kenal maka tak cinta tau.

Mak kata sharing2 ni boleh bantu orang yang senasib dengannye... terima kasih shaklee bawa harapan baru buat mak

...

KESAN VIVIX BANTU ANAK PENGHIDAP KANSER TAHAP 4 LEBIH SIHAT


Ini kisah anak saya. Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee.

Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang. Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain.  Sakitnya semakin kerap. Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital. Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda. Lepas tu datang balik.

Doktor pun tak dapat detect penyakit ank saya. Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah.

Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri.

Setelah beberapa hari dapat result, anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai disana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak.

Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberi tahu anak saya mengidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi.

Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul. Takut, cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50.

Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya. Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL.

Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi. Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman.

Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama enam bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan.

Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula.

Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat. Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal.

Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa. Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya.

Justeru itu saya berusaha mencari supplement bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai. Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee.

Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik. Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya.

Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya. Setelah konsisten ambil Vivix, anak saya disahkan bebas kanser pada 20. 07.2016. Satu berita yang menggembirakan.

Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.

Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga.

Syukur Alhamdullilah. Terima kasih Allah terima kasih Shaklee.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi, 012-538 9844

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI