AFB Feeds

02 August 2018

PERLUKAH MENJADI KAYA ?

Perlukah menjadi kaya ? Iya PERLU !  Keluar dari kepompong pemikiran yang suruh anda hidup bersederhana saja atau tidak perlu terlalu kaya.  Cuba pergi ke kawasan-kawasan atau perkampungan orang miskin.  Mungkin yang akan terlintas, "Syukurlah dengan kehidupan aku sekarang kerana ada yang lebih susah dari aku."  

Saya minta anda buka fikiran anda dan langkahlah setapak ke depan.  Anda akan rasa terdesak sangat-sangat untuk mempunyai duit yang banyak kerana dari situ, anda berpeluang untuk membantu orang lain.  

Perkara tersebut yang akan bantu kita untuk mendapat pahala kelak.  Tanam dalam diri supaya ada kemahuan yang meluap-luap untuk mempunyai duit yang banyak agar dapat berbakti sebanyak-banyaknya.


Bagaimana untuk menjadi kaya ? Banyak caranya.  

Bisnes bisnes bisnes !  

Pendapatan melalui bisnes sangat menguntungkan sekiranya anda bijak memilih bisnes yang tepat dan sesuai dengan anda.  Mulakan dengan modal yang rendah.  Baca PELUANG MEMULAKAN BISNES DENGAN MODAL RENDAH.  Dapatkan tips-tips bagaimana untuk mengurus masa sekiranya hendak bekerja dan berbisnes, klik TIPS BERBISNES SAMBIL KERJA.  Ingin berbisnes secara online, klik PELUANG MENJADI USAHAWAN ONLINE.

Yang penting, jangan pernah berhenti untuk menjadi kaya, bukan sahaja kaya duit, tetapi juga kaya pahala !

Love, 

Fina Nawawi

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI