AFB Feeds

09 August 2018

PESAKIT BELL'S PALSY PULIH DENGAN RAWATAN TANPA STEROID

Pernah terjumpa orang yang sebelah mukanya senget di bahagian mulut dan mata ?  Jika pernah, itulah pesakit yang menghidap penyakit Bell's Palsy.  Mereka tidak cacat, mereka masih boleh pulih dengan rawatan yang sepatutnya.


APA ITU BELL'S PALSY


Penyakit Bell's Palsy melibatkan disfungsi saraf muka yang mengakibatkan kawalan ke atas otot muka terjejas.  Pesakit Bell's Palsy akan menampakkan senyuman, hidung dan mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. 

Ramai yang menganggap penyakit Bell's Palsy ini sebagai penyakit strok kerana ia menyebabkan sebelah wajah menjadi senget.  Hakikatnya, penyakit Bell's Palsy ini tiada kaitan dengan penyakit strok.  Seseorang yang diserang strok kebiasaanya bukan sahaja kelumpuhan pada wajah, tetapi ia juga melibatkan tangan, kaki, badan dan beberapa anggota lain sedangkan penyakit Bell's Palsy hanya melibatkan wajah sahaja.

Selain stroke, terdapat juga beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada muka seperti ketumbuhan otak dan penyakit Lyme.  Namun, sekiranya berlaku kelumpuhan di wajah bukan atas faktor-faktor tersebut, ia dipanggil penyakit Bell's Palsy.

Penyakit Bell's Palsy boleh menyerang sesiapa sahaja, tidak mengira umur atau jantina.  Penyakit Bell's Palsy lebih cenderung untuk menyerang mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika sedang haid, remaja dan yang mengalami stress melampu.  Ia juga boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang petanda.  Kebanyakan pesakit Bell's Palsy terkena penyakit itu ketika bangun dari tidur.  Penyakit ini boleh menyerang seseorang beberapa kali walaupun orang tersebut telah sihat.

PUNCA BELL'S PALSY


Punca sebenar berlakunya Bell's Palsy adalah tidak diketahui.  Namun, dipercayai salah satu puncanya mungkin mempunyai perkaitan dengan radang akibat jangkitan viral yang boleh menyebabkan saraf muka menjadi bengkak.  Disebabkan itu, berlaku kerosakan dan kegagalan fungsi saraf tersebut. 

SIMPTOM-SIMPTOM BELL'S PALSY


  • Sebelah muka menjadi senget
  • Mata dan kening kelihatan jatuh
  • Sukar mengawal pengeluaran air liur
  • Bahagian hadapan lidah terasa kebas
  • Sukar meniup dan menghembus
  • Sakit telinga
  • Tiada air mata pada mata yang terkena serang Bell's Palsy

RAWATAN BELL'S PALSY


Tempoh untuk sembuh sepenuhnya bergantung kepada keseriusan penyakit Bell's Palsy ke atas pesakit.  Terdapat pesakit pulih sepenuhnya dalam masa dua hingga tiga minggu dan ada yang mengambil masa setahun.  Terdapat juga yang tidak dapat dipulihkan dan kekal dengan sebelah muka yang lumpuh.  

Pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.

Ubat steroid - Pada peringkat awal serangan, pesakit akan diberikan ubat streroid dengan yang tinggi dan akan dikurangkan apabila pesakit menunjukkan perubahan positif.

Pembedahan - Pembedahan dilakukan ke atas pesakit yang mengalami Bell's Palsy berlanjutan.

Pelindung dan ubat cecair mata - Pesakit akan diberikan pelindung dan ubat cecair mata bagi mengelakkan mata menjadi kering akibat kesukaran untuk mengerdip mata.

Fisioterapi - Fisioterapi yang biasa dilaksanakan adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik.  Ia bertujuan untuk membantu pesakit menguatkan otot-otot yang terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat.

RAWATAN ALTERNATIF BELL'S PALSY


Bell's Palsy boleh dirawat tanpa menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi steroid.  Ubat-ubatan yang mengandungi steroid berkemungkinan memberikan kesan sampingan sekiranya diamalkan dengan dos yang tinggi dan dalam tempoh jangka masa panjang.  

Vivix yang mengandungi sumber resveratrol mempunyai sifat anti-radang tinggi.  Vivix juga mengandungi sumber polifenol yang terbukti secara saintifik mampu mengurangkan pembentukan protein AGE (sumber kepada penyakit kronik) dalam badan.  Oleh sebab itu, Vivix boleh memberikan perubahan positif kepada pesakit Bell's Palsy dengan merawat saraf-saraf muka yang terjejas.

TESTIMONI : BELL'S PALSY PULIH DENGAN VIVIX


2 Oktober 2015 
Saya bangun sebelah muka dah jatuh. Tak boleh senyum. Mata tak boleh tutup. Air mata mengalir macam menangis. Sakit. Rasa tegang je. 
Doktor sahkan saya diserang Bell’s Palsy. Bukan STROKE. Tapi kelemahan sebelah otot muka. Saya di steroid. Punca UNKNOWN. Tapi maybe sebab saya menyusukan, dan baru lepas bersalin. Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu 
Consume special dose Vivix. Dan consume OmegaGuard, Bcomplex & Vitamin E dengan extreme. Saya juga menjalani fisioterapi 
Alhamdullilah selepas 90 hari, saya diberi kesempatan SENYUM kembali.Share la. Saya izinkan. Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami, berikan support. Ia bukan mudah seperti dijangka. Saya dan sahabat Bell’s Palsy sahaja yang tahu apa yg kami rasa. -Puan Faiza

Alhamdulillah..dah habis sebotol Vivix, sudah ada perubahan pada muda dia..mulut dah nampak ok, tidak senget sangat bila bercakap..kening dah boleh dikerutkan..mata dah boleh tutup bila mandi.


“Kawan saya ada Bell’s Palsy.. Setelah 2 botol Vivix, Alhamdulillah sudah setahun tidak lagi diserang Bell’s Palsy“, -Puan Izura.
“Mak saya salah seorang pesakit Bell’s Palsy hampir berpuluh tahun.. Puas cari penawar sampai ke pakar di Singapura.. Alhamdulillah, pulih selepas konsiten Vivix dan GLA Complex”, -Puan Zura. 
“Saya pernah kena Bell’s Palsy.. B-Complex memang berguna untuk saraf.. Ubat doktor, urutan muka dan rawatan kejutan elektrik pada saraf yang lumpuh.. Selepas 3 bulan 100% baik, Insya Allah”, -Tuan Fadzil Man.

PEMBELIAN VIVIX


Anda boleh klik BELL PALSY PULIH DENGAN VIVIX untuk membuat pembelian Vivix dengan harga jimat dan keahlian percuma.

Sekiranya anda hendak menggunakan kad debit atau kredit, ada boleh klik pada icon di bawah.













Love,

Fina Nawawi 

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI