AFB Feeds

08 August 2018

VERTIGO : CEGAH SEBELUM MUDARAT

Penyakit Vertigo merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang itu berasa pening kepala seolah-olah dia atau persekitarannya sedang berpusing-pusing.  Nampak seperti tiada apa-apa yang membimbangkan, tetapi sebenarnya ia boleh memudaratkan.


PUNCA PENYAKIT VERTIGO


Umumnya, penyakit Vertigo terjadi kerana terdapat gangguan kepada sistem keseimbangan badan.  Partikel-partikel (beberapa jenis organ yang mengandungi cecair dan penderia) yang menjaga keseimbangan badan terdapat di dalam telinga.   Apabila terdapat gangguan pada partikel-partikel tersebut, ia akan memberikan isyarat pergerakan palsu kepada otak lalu menyebabkan pesakit berasa  seolah-olah sedang berputar.

Vertigo juga boleh berpunca akibat daripada proses penuaan kerana partikel-partikel yang menjaga keseimbangan badan kehilangan fungsi sedikit demi sedikit.  Terdapat juga kemungkinan Vertigo berlaku kerana jangkitan virus pada telinga atau kepala mengalami hentakan yang kuat.

Pesakit-pesakit strok dan epilepsi (sawan) juga boleh terdedah kepada penyakit Vertigo.

SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT VERTIGO


Pada dasarnya, Vertigo sering kali terjadi apabila berlaku perubahan kedudukan kepada.  Kebiasaannya, pesakit Vertigo akan mengadu berasa :
  • Persekitaran seolah-olah sedang berputar atau bergerak
  • Terhuyung-hayang
  • Rasa tidak seimbang atau mudah jatuh
  • Penglihatan kabur 
  • Rasa ditarik ke satu arah

Pesakit Vertigo juga berkemungkinan akan berasa :
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit kepala
  • Berpeluh tanpa sebab
  • Bunyi berdesing di dalam telinga atau hilang pendengaran
  • Berlaku pergerakan bola mata yang tidak normal atau secara tiba-tiba
Simptom-simptom ini boleh berlaku dalam beberapa minit atau jam atau lebih.  Ia juga akn berlaku secara berulang-ulang.

VERTIGO BOLEH MEMUDARATKAN PESAKIT


Vertigo boleh memudaratkan apabila seseorang itu mengalami masalah-masalah berikut :

  • Vertigo yang berterusan
  • Mempunyai masalah pendengaran
  • Sakit telinga yang melampau
  • Mempunyai simptom lain seperti tidak mempu menggerakkan kaki atau tangan (berkait rapat dengan pesakit strok)

UJIAN DAN RAWATAN PENYAKIT VERTIGO


Jumpa doktor sekiranya anda menghadapi masalah-masalah seperti yang dinyatakan.  Antara ujian yang akan doktor laksanakan adalah Ujian Mata atau Ujian Romberg.

Ujian Mata : Doktor akan meletakkan jarinya di hadapan pesakit dan menggerakkan jarinya itu ke kiri atau ke kanan sambil melihat mata pesakit untuk melihat sama ada pergerakan mata pesakit adalah normal atau tidak.

Ujian Romberg :  Pesakit diminta untuk menutup mata sambil berdiri secara lurus.  Sekiranya pesakit mengalami masalah Vertigo yang serius, dia tidak mampu berdiri dengan sempurna dalam keadaan mata tertutup.

Setelah itu, doktor akan memberikan rawatan bergantung kepada keseriusan penyakit Vertigo yang dihidapi.  Sekiranya penyakit Vertigo yang dihidapi tidak terlalu serius, rawatan yang akan dibuat adalah rawatan melalui beberapa siri manuver (pergerakan), memakai kolar leher atau senaman berbentuk terapi.  Sekiranya lebih serius, doktor akan menyarankan prosedur pembedahan.  

TANGANI PENYAKIT VERTIGO


Sekiranya penyakit Vertigo menyerang anda secara tiba-tiba, perkara pertama anda perlu bertenang, jangan panik dan buat perkara-perkara berikut :

  • Cuba cari lokasi yang sesuai untuk duduk atau baring.  Seterusnya pejamkan mata dan ambil nafas dalam-dalam. Berehat secukupnya.
  • Kurangkan pergerakan terutamanya pergerakan kepala.  Elakkan dari bangun secara tergesa-gesa.
  • Buka mata dan cuba gerakkan kepala dengan perlahan-lahan.  Sekiranya masih berasa pening dan berpusing-pusing, kembali pejamkan mata dan minta bantuan orang berhampiran untuk ke klinik.
  • Sekiranya loya dan muntah-muntah, teruskan saja dan minum air dalam kadar waktu yang kerap untuk mengelakkan dehidrasi.

CEGAH SEBELUM MUDARAT


Penyakit Vertigo boleh dicegah.  Anda digalakkan untuk mengamalkan Vivix sekiranya anda mula mengalami simptom-simptom awal penyakit Vertigo.  Vivix bertindak dalam pelbagai cara untuk mencegah Vertigo iaitu :

  • Vivix membaiki sel sehingga ke peringkat DNA dan mengelakkan kerosakan sel.
  • Vivix melindungi tubuh daripada tindak balas keradangan yang berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat dan radikal bebas.
  • Vivix melambatkan pembentukan protien AGE yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan.
  • Vivix membantu mempertingkatkan fungsi otak.

TESTIMONI VIVIX UNTUK MENCEGAH VERTIGO



Suami yang mengalami Vertigo sehingga menggangu saraf pendengaran kembali sihat dengan Vivix.


Mak saya Vertigo ..... lastly bagi Vivix kat mak.  Alhamdulillah lepas 3 botol mak dah sembuh dari Vertigo.


.... sejak dia makan Vivix, Vertigo dia dah ok.  Takde dah rasa pening-pening melayang tu.
Tak sampai sebotol dia makan, dah tak rasa dah.

PEMBELIAN VIVIX


Ingin beli Vivix dengan harga jimat, klik CEGAH VERTIGO DENGAN VIVIX.  
Ingin beli Vivix menggunakan kad debit atau kredit, klik rajah di bawah.














Love,

Fina Nawawi, 012-5389 944

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI