AFB Feeds

28 September 2018

TERPAKSA CUCUK INSULIN SETIAP HARI

Terpaksa cucuk insulin setiap hari boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit diabetes.  Kebiasaannya, mereka lebih cenderung untuk menghabiskan masa di rumah berbanding keluar bercuti atau berjalan-jalan bersama keluarga atau rakan-rakan.  Hal ini kerana mereka beranggapan agak renyah untuk membawa pelbagai ubatan termasuk peralatan insulin untuk penyakit diabetes yang dihidapi oleh mereka.


KENAPA PERLU CUCUK INSULIN


Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal paras gula dalam badan.  Ia berperanan untuk memastikan paras gula dalam badan tidak terlalu tinggi (hyperglisemia) atau terlalu rendah (hypoglisemia).  

Penyakit diabetes adalah sejenis penyakit yang menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan insulin atau insulin tidak dapat digunakan dengan sempurna.

Jadi, pesakit diabetes perlu mendapatkan insulin tambahan yang dihasilkan daripada haiwan atau insulin sintetik yang menyerupai insulin manusia untuk mengawal paras gula dalam badan.  

Walau bagaimanapun, keperluan suntikan insulin tambahan ini bergantung kepada tahap dan jenis diabetes yang dihidapi.

KESAN SAMPINGAN CUCUK INSULIN


Cucuk insulin boleh memberi kesan sampingan kepada pesakit diabetes.  Pesakit diabetes boleh mengalami hypoglisemia iaitu paras gula dalam darah terlalu rendah.  Ia boleh dikesan melalui tanda-tanda seperti pesakit menggeletar, berpeluh dingin, pening, lapar, gelisah dan berdebar-debar. Hypoglisemia ini boleh berlaku sekiranya :

-  Pesakit tidak makan atau makan terlalu sikit selepas membuat suntikan insulin 
-  Pesakit membuat senaman berlebihan
-  Pesakit menggunakan dos insulin yang terlalu tinggi
-  Pesakit mempunyai masalah buah pinggang

Sekiranya pesakit diabetes mengalami hypoglisemia, mereka perlu mengambil makanan atau minuman bergula dengan segera.  Contoh makanan atau minuman bergula ialah seperti madu, jus, atau gula-gula.

ALTERNATIF LAIN SELAIN CUCUK INSULIN


Selain cucuk insulin, pesakit diabetes juga boleh mengamalkan Vivix iaitu sejenis produk premium keluaran Shaklee sebagai alternatif.  Vivix berperanan untuk mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan sindrom rintangan insulin.

Di samping itu, Vivix yang mengandungi kandungan Polifenol membantu untuk mengawal kadar kepekatan gula dalam darah dengan memperlahankan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat pada kadar yang cepat akibat pengambilan makanan tinggi karbohidrat dan gula.

Baca juga :

Kenali penyakit diabetes, salah satu pembunuh senyap

Empat punca utama penyakit diabetes.  No. 2 dan 3 paling kerap berlaku.

5 kesan buruk diabetes.  No. 2 dan 5 paling menakutkan.

10 simptom umum penyakit diabetes

Cara mengawal gula dalam darah

PEMBELIAN VIVIX UNTUK DIABETES


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit diabetes dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

26 September 2018

DUIT GAJI TINGGAL 20% DALAM MASA 24 JAM

Semalam, 25 September 2018 ramai yang terima gaji.  Sudah check berapa yang tinggal dalam bank ? Baru semalam terima gaji, hari ini sudah tinggal 20% ? Kalau gaji RM2,000, maknanya tinggal RM400 saja untuk kegunaan hingga gaji berikutnya.  Duit gaji menyusut mendadak dalam tempoh 24 jam saja !


Tiada apa yang hendak diterkejutkan sebenarnya apabila duit gaji tinggal 20% walaupun baru semalam gajinya.  Itulah hakikat kos sara hidup sekarang.  Bukan sebab kita boros pun, tetapi keperluan yang mendesak menyebabkan kita perlu menggunakan guit gaji lebih daripada yang sepatutnya.  Duit nursery anak boleh cecah ribuan ringgit sebulan, duit minyak, duit makan dan macam-macam lagi keperluan yang memerlukan kos yang tinggi.

Sudah jenuh berjimat, mengikat perut dan menyekat segala kehendak, namun masih belum mencukupi.  Jadi, bagaimana dan apa lagi yang perlu dilakukan untuk mencukupkan keperluan ? 

Mulakan PERNIAGAAN DENGAN MODAL YANG RENDAH, SERENDAH RM65 SAHAJA !

Saya hendak tolong guide kalau anda hendak cuba bisnes yang sedang saya buat sekarang iaitu SHAKLEE.  

Kenapa bisnes Shaklee ? Sebab :

+  Saya mengenali Shaklee sejak tahun 2014 (Hakikatnya Shaklee telah berada di Malaysia sejak tahun 1994).  Saya dapati sehingga kini, produk Shaklee sentiasa mempunyai permintaan dalam pelbagai peringkat umur.  Terbukti bisnes ini bukan bisnes bermusim.

+  Shaklee mempunyai Pakar Nutrisi yang sentiasa bersedia untuk membimbing dan membantu sekiranya terdapat soalan daripada pengedar-pengedar Shaklee.

+   Shaklee bisnes yang mudah dan fleksibel.  Ia boleh dilaksanakan secara full time / part time / online /offline terpulang kepada kekuatan dan keselesaan anda.

+  Saya mempunyai team yang sangat supportive dalam pelbagai aspek (tips bisnes, rohani, knowledge dan sebagainya)

+  Saya mempunyai beratus-ratus real testimoni produk-produk Shaklee.  Saya sendiri adalah testimoni kepada produk-produk Shaklee.

Mari bersama-sama ubah hidup anda dan bina impian bersama bisnes Shaklee.


 

I am your Shaklee Leader
Fina Nawawi 
1169885
Founder of Bizarre Empire

RAMAI YANG TIDAK SEDAR MEREKA MENGHIDAP DIABETES

Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan 3.6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas kini menghidap diabetes dan separuh daripada jumlah itu tidak menyedari bahawa mereka menghidap diabetes.  Hal ini kerana mereka tidak pernah menjalani saringan kesihatan.


Melalui saringan kesihatan secara berkala, penyakit diabetes boleh dikesan pada peringkat awal dan setidak-tidaknya rawatan optimum boleh diberikan bagi mengurangkan komplikasi akibat penyakit diabetes.

Namun, hakikat sekarang ramai yang tidak mengambilkira keperluan untuk membuat saringan kesihatan atas kekangan masa dan kesibukan kerja.  Diikuti pula dengan amalan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat.  Kesannya, tergolonglah mereka dalam kalangan pesakit diabetes tanpa mereka sedar.  Sedar-sedar, sudah terlantar di hospital.

Jadi, dinasihatkan supaya jangan ambil mudah dengan isu kesihatan.  Sentiasalah buat saringan kesihatan supaya kita sentiasa aware dengan penyakit yang singgah di badan.

24 September 2018

BESTNYA HOTEL GRAND ORIENT, PERAI, PULAU PINANG

16 September 2019 yang lalu, Kami menginap di Hotel Grand Orient yang terletak di Perai, Pulau Pinang untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Gelugor.  

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tidak menginap di hotel yang memang terletak dalam pulau saja ?  Bukankah lebih mudah ? Kenapa menginap di hotel di sebelah darat ? 


Hotel Grand Orient, Prai, Pulau Pinang bukanlah hotel yang menjadi pilihan utama pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Pinang.  Kebanyakan pelancong lebih suka memilih hotel di bahagian pulau kerana di bahagian pulau terdapat lebih banyak tarikan (laut / shopping mall / tempat bersejarah / bukit / taman rama-rama / makanan) berbanding di bahagian darat.  Tambahan pula, kalau dilihat dari segi rekabentuk bangunan sehinggalah ke bahagian bilik hotel, arkitekturnya biasa-biasa sahaja dan kemudahan yang disediakan sangat minimal.  Tiada basement untuk parking kereta, tiada lobi mewah, tiada bell boy, bilik kecil dan sempit.  Pendek kata, kalau tengok pada ciri-cirinya memang agak mengecewakan dan tidak mungkin akan dipilih sebagai hotel untuk bercuti.

Walaupun begitu, kami tetap pilih Hotel Grand Orient, Prai, Pulau Pinang sebagai tempat penginapan.  Ada sesuatu yang sangat menarik di Hotel Grand Orient, Perai yang perlu anda tahu.


Sebenarnya begini.  Anak-anak saya suka mandi pool.  Jadi, ciri-ciri hotel pilihan saya ialah hotel itu mesti sediakan pool yang cantik, ada slide yang menarik dan tarikan-tarikan lain pada harga yang murah atau affordable di Pulau Pinang.  Atas recommendation adik saya, kami pilih Hotel Grand Orient kerana ia sangat menepati ciri-ciri yang saya cari.  Walaupun terletak di bahagian darat, namun ia betul-betul berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang.  Jadi tiada masalah untuk ke pulau.

Istimewanya Hotel Grand Oterient ini, ia mempunyai waterpark sendiri.  Waterpark nya boleh saya katakan agak selesa kerana mempunyai tiga bahagian iaitu kolam yang dilengkapi dengan slide untuk kanak-kanak, kolam dilengkapi dengan slide untuk orang dewasa dan kolam utama yang besar dan CANTIK !


Walaupun waterpark di hotel ini nampak kecil, tetapi pada saya sudah cukup untuk menggembirakan anak-anak kerana mereka dapat mandi sehingga puas dan yang paling penting, ia jauh lebih menarik dan best daripada pool di hotel-hotel lain.  Pada saya, waterpark sebegini sudah memadai untuk anak-anak yang berumur 0 - 12 tahun untuk mandi-manda.

Dari segi harga hotel, sangat-sangat berbaloi ! Kami membuat tempahan hotel melalui booking.com dengan harga RM150 sahaja tidak termasuk breakfast dan kami dapat percuma dua tiket masuk dewasa ke waterpark.  Kanak-kanak di bawah ketinggian 90 cm adalah percuma manakala kanak-kanak yang melebihi 90 cm dikenakan bayaran RM15 untuk satu hari atau RM20 untuk dua hari.  

Lebih menarik, waterpark dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 malam.  Jadi, boleh mandi sampai kembung.

Now, let's the picture talk.

Helicopter view separuh daripada kawasan waterpark.  Kolam dewasa dilengkapi dengan slides tidak
termasuk dalam gambar.   Ihsan Google.
Kolam tempat dewasa dengan kedalaman air setinggi 4 meter.  Ihsan Google.
Kolam kanak-kanak.  Air paras lutus sahaja.
Kolam utama which is tidak terlalu dalam, tidak juga terlalu cetek.  Jadi, parents boleh mandi
bersama anak-anak di kolam ini.  
Landscaping di waterpark ini menarik, bersih dan kemas.
Waterpark ini agak redup kerana kawasan sekeliling ditanam
dengan pokok-pokok.
Untuk turun slide, perlu naik dari pondok ini.
Akhir kata, Hotel Grand Orient sangat-sangat recommended terutamanya kepada mereka yang mempunyai anak-anak kecil yang suka mandi pool.

Sudah puas mandi, berikan anak-anak vitamin Shaklee terutamanya Vitamin C untuk jaga sistem imun mereka supaya tidak demam dan selsema selepas berendam di pool berjam-jam lamanya.


With Love,

Fina Nawawi
Shaklee Leader
Founder of Bizarre Empire

21 September 2018

RAHSIA BACAAN GULA DALAM DARAH PESAKIT KENCING MANIS TURUN SECARA MENDADAK SELEPAS DUA MINGGU.

Pesakit diabetes perlu sentiasa mengawal bacaan gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang komplikasi jangka panjang dan jangka pendek yang boleh mengancam nyawa.  Jadi, saya kongsikan rahsia seorang pelanggan Vivix yang berjaya turunkan bacaan gula dalam darah secara mendadak dalam tempoh dua minggu sahaja.


KADAR KENCING MANIS MENURUN SELEPAS DUA MINGGU AMALKAN VIVIX

Kredit : Puan Nurul Syazwani Salleh

Assalamualaikum.  Ini Maksu saya. Adik bongsu mak.  Mak kata family mak memang ada kencing manis.  Penyakit keturunan.  Bila kena kencing manis confirm lah sangkut buah pinggang kan.  Seram tahu tak.  Hahaha...kena prevent dari sekarang ni.

Bulan lepas melawat Cu.  Bila nak balik tu Cu kata nak beli Vivix untuk buah pinggang.  26/9/2016 hantar Vivix ke rumah Cu.  Lepas explain semua terus gerak pergi kerja sabab sudah lambat.  Dua minggu lepas tu Whatsap Cu balik sebab nak follow up OK ke tak makan Vivix tapi 25/10 baru Cu reply.

Alhamdulillah terkejut dan bersyukurnya kencing manis Cu turun dari 20 kepada 10.  Belum lagi tahap normal but its going there.  Syukur sangat.  Itu selepas sebotol Vivix.  Bila sendiri dah rasa bagusnya Vivix ni, mesti akan repeat nak Vivix lagi.  And yes, Cu repeat her second Vivix !  Bila hantar Vivix kat Cu 27/10/2016, Cu pun nampak lebih sihat, muka lebih ceria.  Cu kata badan pun rasa sedap sihat.  Siap boleh kejar-kejar dengan angsa.

Sejak kebelakangan ni, Cu ada masalah untuk bertutur dengan baik.  Cu tidak sihat and tend to lost her vocabulary at times.  Tapi bila jumpa Cu hari tu dah lancar sikit.  Lebih baik dari sebelum ni.  Sebelum ni baca dan promote Vivix membantu meningkatkan fungsi otak.  Tapi sekarang sudah nampak sendiri dan semakin yakin dengan Vivix.  Dengan izin Allah, what Vivix dis worth the price !

Is it my eyes playing trick or she does look younger ?

Baca juga :

+ Kenali penyakit kencing manis, salah satu pembunuh senyap

+ Empat punca utama penyakit kencing manis.  No. 2 dan 3 paling kerap berlaku.

+ 5 kesan buruk kencing manis.  No. 2 dan 5 paling menakutkan.

+ 10 simptom umum penyakit kencing manis

Cara mengawal gula dalam darah

PEMBELIAN VIVIX UNTUK KENCING MANIS


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit kencing manis atau diabetes dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of BIZARRE EMPIRE

20 September 2018

REVIEW : PULUT KUNING RENDANG KERANG ZARINA ZAINUDDIN

Jumaat yang lepas-lepas, tidak ingat tarikhnya, saya bertuah sebab dapat beli Pulut Kuning Rendang Kerang Zarina Zainuddin.  Bukan senang tau nak beli.  Kebiasaaanya kena pre-order dulu daripada agent dan hanya boleh diambil setiap Jumaat di lokasi-lokasi yang sudah ditetapkan.



Rasanya sangat 'mantap', semua bahan secukup rasa, tidak kurang walau secubit.  Haa..sampai begitu gambaran betapa sedapnya pulut kuning rendang kerang Zarina Zainuddin.  Itu dari segi rasa.

Dari segi kuantiti, pada saya pulut dan rendang kerang yang diletakkan dalam bekas tu, banyak. Frankly speaking, saya tak mampu habiskan.  Bukan sebab tak sedap, tapi sebab baru makan separuh, dah pun rasa kenyang. Itu menggambarkan separuh pun dah banyak.  

Dari segi harga, saya beli dengan harga RM16 sebekas.  Pada saya agak mahal tetapi berbaloi dari segi rasa dan kuantiti pulut yang diletakkan dalam bekas tu.

Jadi, peminat-peminat pulut kuning dan rendang kerang, korang wajib cuba PULUT KUNING RENDANG KERANG ZARINA ZAINUDDIN.

Pulut kuning tu bukan saja dengan rendang kerang tau, ada lagi rendang lain.  Antara rendang yang ada, rendang ayam, daging, bilis petai dan udang.  Pilihlah ikut selera.

Macam mana nak beli ? Korang boleh tengok instagram Zarina Zainuddin di @zarinazainuddin_.  Kat situ ada tulis nak contact siapa dan perlu ambil di mana kalau nak order pulut kuning dan rendang.

...

Kalau nak beli Shaklee pula, boleh contact saya dengan klik pada rajah di bawah ok.  Harga ? Semestinya yang terbaik dan menjimatkan poket anda.


Kalau nak berbisnes macam Zarina Zainuddin pun boleh, tapi bukan bisnes pulut, bisnes Shaklee lah.  Tidak perlu masak, perlu klik-klik order saja.  Jika berminat, klik rajah di bawah ok.


Your Shaklee Leader

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

19 September 2018

PESAKIT STROK KEMBALI LANCAR BERTUTUR

Serangan strok boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kehidupan pesakit strok.  Terdapat pesakit strok yang lumpuh sebelah badan, tangan dan kaki tidak berfungsi, pertuturan sukar difahami dan pelbagai lagi.  Untuk pulih sepenuhnya, mungkin perlukan masa berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun.


APA ITU STROK ?


Strok atau dikenali juga sebagai Angin Ahmar merupakan sejenis penyakit yang melibatkan kelumpuhan saraf disebabkan oleh gangguan bekalan darah ke otak. Otak memerlukan bekalan darah secara berterusan kerana darah membekalkan oksigen dan nutrien bagi membolehkan otak berfungsi dengan sempurna.

Terdapat dua faktor yang boleh menyebabkan berlakunya gangguan bekalan darah ke otak iaitu :

i.  Salur darah tersumbat - menyebabkan Strok Iskemia (Ischemic Stroke)
ii. Salur darah pecah - menyebabkan Strok Berdarah (Hermorraghic Stroke)

Apabila berlaku dua kemungkinan di atas, bekalan darah ke otak akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien yang diperlukan.  Seterusnya, berlaku serangan strok.

PUNCA-PUNCA SERANGAN STROKE


1.  Mempunyai penyakit kencing manis.  Pesakit kencing manis berisiko tinggi untuk terkena serangan strok.  Kajian oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) membuktikan bahawa 60% pesakit strok turut menghidap penyakit kencing manis.

2.  Mempunyai darah tinggi.  Penyakit darah tinggi boleh menjadi salah satu punca serangan strok kerana apabila tekanan darah tiba-tiba menjadi tinggi, ia akan meningkatkan tekanan pada bahagian dinding saluran darah.  Apabila dinding tersebut tidak mampu menampung tekanan itu, ia akan pecah dan menyebabkan pendarahan dalam otak.  Seterusnya, berlaku serangan strok.

3.  Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Gaya hidup yang tidak sihat seperti menghisap rokok, minum minuman beralkohol, tidak bersenam dan mengamalkan pemakanan tinggi kolestrol boleh menyebabkan sistem organ dalaman terganggu sehingga mendapat serangan strok.

SIMPTOM-SIMPTOM SERANGAN STROK


Pada dasarnya, berikut adalah simptom-simptom pesakit Strok Iskemia dan Strok Berdarah.

1.  Kebas atau lemah secara tiba-tiba pada pada sebahagian muka, lengan atau kaki.
2.  Sukar menelan secara tiba-tiba.
3.  Kurang daya ingatan.
4.  Sukar bercakap atu memahami percakapan.
5.  Tidak dapat melihat sama ada sebelah mata atau kedua-dua belah mata
6.  Hilang koordinasi atau keseimbangan badan.
7.  Kelopak mata dan otot-otot mata menjadi layu.
8.  Pengsan atau rasa keliru secara mendadak.

Walau bagaimanapun, Strok Berdarah mempunyai simptom-simptom tambahan seperti berikut :

1.  Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba
2.  Sakit leher
3.  Muntah dan loya

RAWATAN STROKE


Dapatkan rawatan daripada doktor dengan SEGERA sekiranya anda mempunyai simptom-simptom serangan strok.  Bagi mereka yang diserang strok, setiap minit adalah sangat penting dan bermakna kerana lebih lama darah berhenti mengalir ke otak, akan lebih teruk keadaan pesakit dan kemungkinan untuk pulih akan menjadi lebih rendah.

Untuk pesakit yang diserang Strok Iskemia, rawatan yang akan diberikan adalah seperti berikut :

1.  Ubat cair darah - Warfarin
2.  Ubat anti-platlet - Aspirin
3.  Ubat darah tinggi
4.  Pemecahan bekuan darah

Untuk pesakit yang diserang Strok Berdarah, rawatan yang akan diberikan adalah seperti berikut :

1.  Penilaian neurosurgeri : Mengesan dan merawat punca pendarahan
2.  Pengawasan pesakit : Tekanan darah, paras gula dan suhu badan berada dalam keadaan optimum

Seterusnya, rawatan yang paling penting dan perlu dilakukan secara berterusan adalah rawatan pemulihan selepas serangan strok.  Ia bertujuan untuk membantu pesakit strok untuk menjalani kehidupan semampu yang boleh.  Contoh rawatan pemulihan adalah seperti berikut :

1.  Rawatan fisioterapi - menguatkan otot yang lumpuh atau lemah
2.  Terapi pekerjaan - pembelajaran kehidupan harian (mandi, makan, menulis)
3.  Terapi pertuturan - mengatasi masalah pertuturan dan pemahaman
4.  Ahli psikologi - membantu pesakit atasi masalah kemurungan 

PESAKIT STROK KEMBALI LANCAR BERTUTUR SETELAH KONSISTEN MENGAMALKAN VIVIX


Saya kongsikan video seorang pesakit strok yang mengalami masalah pertuturan kembali boleh bercakap dengan sempurna setelah mengamalkan Vivix.

Kredit : yoursupermom HD

BAGAIMANA VIVIX BERTINDAK TERHADAP PESAKIT STROK


Untuk pesakit strok, Vivix membaiki, melindungi dan mengaktifkan semula sel dari peringkat DNA yang mati, rosak dan abnormal akibat serangan strok.  Kandungan Vivix yang tinggi anti-oksida membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh supaya pesakit strok terhindar daripada penyakit-penyakit lain dan segera pulih.

PEMBELIAN VIVIX UNTUK STROK


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit strok dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of BIZARRE EMPIRE

18 September 2018

PELUANG BISNES : DULU vs SEKARANG

Personally, saya rasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk terlibat dalam bisnes.  Siapa yang beri peluang itu ? Sudah semestinya diri saya sendiri dan yang pasti, Allah jualah yang membuka laluan dan pintu hati saya untuk berbisnes.

Jika dulu, rasanya memang sudah pandai buat kerja secara multi-tasking.  Rupa-rupanya sekarang bertambah-tambah pandai.  Multi-task bukan sekadar dua atau tiga kerja, lebih daripada itu, no problem.  Lagi, sudah bijak pula mengatur dalam kepala apa yang hendak dibuat lepas satu ke satu kerja disiapkan.

Jika dulu, sudah rasa bijak sangat bahagi masa antara kerja dan keluarga.  Rupa-rupanya sekarang jauh lebih bijak.  Boleh bahagi masa bukan sahaja untuk kerja dan keluarga, tetapi juga untuk hobi, bisnes, riadah dan yang paling penting 'me time'.

Jika dulu, sangatlah stress, kecewa dan sedih bila gagal dalam sesuatu.  Sekarang sudah boleh berlapang dada, sedikit pun tidak terkesan bila terima rejection demi rejection.  Iya lah, pelanggan ini pelbagai ragamnya.  Ada yang kata hendak tunggu gaji, ada yang kata hendak tanya suami..eh, macam-macam lagilah.  Sudahnya, senyap menyepi.

Jika dulu, malu sangat-sangat hendak menjual.  Malu yang kalau boleh sampai tidak mahu langsung orang kenal saya.  Sebabnya, mindset saya pada ketika itu, menjual sama seperti meminta-minta.  Saya tidak suka meminta.  Tetapi sekarang saya sudah faham yang berniaga itu tujuannya memberi penyelesaian kepada masalah orang.  Mindset saya sudah dibetulkan oleh mentor-mentor hebat.  Jadi, mengapa perlu malu kalau kita hendak bantu orang ? Sepatutnya kita happy dan bangga dengan bisnes kita, kan ?

Jika dulu, dirasakan pergantungan pada yang Esa sudah cukup kuat, rupa-rupanya sekarang, pergantungan kepada-Nya jauh lebih hebat.  Sentiasa meminta, memohon, merintih hanya pada yang satu itu.

Itulah sedikit sebanyak perubahan yang saya rasai sepanjang saya terlibat dengan bisnes Shaklee.

Perubahan yang positif, tiada ruginya di mana-mana pun.  Melalui bisnes inilah saya paksa dan cabar diri untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Ada yang macam saya ?  Ingin cabar diri untuk jadi lebih baik, lebih hebat, lebih cemerlang ?

Bisnes Shaklee ada semuanya.  Jom sertai saya di Bizarre Empire.  Sambil berbisnes, menambah pendapatan sedia ada, ubah diri kepada yang lebih baik dan lebih positif.

Trust me !
.

Your Shaklee Leader

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

AMALAN BERKESAN MENGAWAL ASID URIK DALAM BADAN BAGI PESAKIT GOUT

  Penyakit gout pada dasarnya berlaku apabila terdapat asid urik yang berlebihan dalam badan.  Ia mampu memberi kesan yang memudaratkan seseorang sekiranya tidak dikawal.  Baca lanjut mengenai PENYAKIT GOUT untuk ketahui punca-punca dan simptom-simptomnya.

Seterusnya, saksikan perkongsian Puan Asfa Norain Masri mengenai derita penyakit gout yang dihadapi oleh suaminya dan amalan yang diamalkan untuk mengawal asid urik dalam badan.


Kredit : Supermom HD

PEMBELIAN SET GOUT


Sekiranya anda menghadapi masalah seperti mana suami Puan Asfa Norain Masri, anda boleh amalkan SET GOUT yang terdiri daripada Vivix, Lecithin, Omega Guard dan Alfafa Complex.

Pembelian SET GOUT dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian SET GOUT menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.



Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of BIZARRE EMPIRE

15 September 2018

BISNES TERBAIK DAN BERKESAN UNTUK TAMBAH PENDAPATAN

Rata-rata di zaman ini ramai yang memilih untuk membuat bisnes bagi menambah pendapatan.  Namun, masih ramai yang tercari-cari bisnes terbaik dan berkesan untuk dilaksanakan.


Saya hendak tolong guide kalau anda hendak cuba bisnes yang sedang saya buat sekarang iaitu SHAKLEE.  

Kenapa bisnes Shaklee ? Sebab :

+  Saya mengenali Shaklee sejak tahun 2014 (Hakikatnya Shaklee telah berada di Malaysia sejak tahun 1994).  Saya dapati sehingga kini, produk Shaklee sentiasa mempunyai permintaan dalam pelbagai peringkat umur.  Terbukti bisnes ini bukan bisnes bermusim.

+  Shaklee mempunyai Pakar Nutrisi yang sentiasa bersedia untuk membimbing dan membantu sekiranya terdapat soalan daripada pengedar-pengedar Shaklee.

+   Shaklee bisnes yang mudah dan fleksibel.  Ia boleh dilaksanakan secara full time / part time / online /offline terpulang kepada kekuatan dan keselesaan anda.

+  Saya mempunyai team yang sangat supportive dalam pelbagai aspek (tips bisnes, rohani, knowledge dan sebagainya)

+  Saya mempunyai beratus-ratus real testimoni produk-produk Shaklee.  Saya sendiri adalah testimoni kepada produk-produk Shaklee.


Jadi, mari ubah hidup anda dan bina impian bersama bisnes Shaklee.
.

Your Shaklee Leader

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

13 September 2018

RAHSIA BADAN CERGAS DAN BERTENAGA SEMASA BERPANTANG

Ibu berpantang selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan lesu tidak bertenaga, pucat, letih, tidak cukup tidur dan sebagainya.  Kini, persepsi itu boleh disangkal kerana terdapat alternatif yang boleh membuatkan ibu berpantang bukan sahaja bertenaga dan cergas, malah nampak sihat dan cantik walaupun tidak cukup tidur mengendalikan bayi yang baru lahir.

Saya kongsikan di sini rahsia dan pengalaman seorang ibu yang kekal cergas dan bertenaga sewaktu berpantang.

Kredit : Puan Norshahizan Rahimi



Shaklee bukanlah satu jenama asing bagi saya kerana saya sering terbaca tentang kebaikan-kebaikan setiap vitaminnya. Dek kerana tabiat yang tidak disiplin untuk mengamalkan vitamin maka segala kebaikan itu bagai angin lalu. Namun, masa berganjak dan usia juga meningkat seiring masa. Mengandung anak pertama bagaikan satu rahmat buat saya dan bermulalah episod merasai sakit dalam hidup saya.

Jika dulu saya tidak mengenal jarum suntikan, vitamin sudahlah tentu tidak menjadi rakan tapi semasa mengandung anak pertama segalanya berubah. Saya mengalami morning sickness yang teruk, HB rendah dan disahkan diabetik. Teringat tentang Shaklee, saya pun mendapatkan Set Hamil. Sungguh bagai dikata tabiat manusia memang sukar di ubah. Sedar tanpa insaf tidak akan membawa kita kemana-mana. Set hamil menjadi “tukun”. Perkara yang sama berulang semasa hamil anak kedua. Saya hanya membeli dan mengambil vitamin Shaklee berdasarkan pembacaan semata-mata. Sifat acuh tak acuh terhadap pengambilan vitamin masih menebal.

Sehinggalah hamil anak ketiga, sifat sambil lewa berkaitan pengambilan vitamin masih ada. Hamil kali ketiga tidak terlalu mengganggu rutin harian namun pada trimester ketiga saya mudah merasa mengah. Apabila berada di akhir kehamilan saya melihat entry seorang SID yang juga teman lama seuniversiti berkaitan Shaklee. Saya mula menghubunginya. Perbualan kami lebih mudah kerana kami saling mengenali. Setelah diterangkan pelbagai manfaat saya mendaftar sebagai ahli dan membeli vitamin untuk keperluan ibu saya yang mengidap diabetis dan Set Berpantang Shaklee yang akan saya gunakan semasa tempoh berpantang.

Teman Shaklee saya ada menyatakan bahawa saya sebenarnya saya sudah boleh mula mengambil sebahagian daripada vitamin dalam set berpantang yang saya beli itu semasa mengandung. Saya diberi panduan dan cara yang betul untuk mengambil setiap vitamin dan memang tidak dinafikan di akhir-akhir kehamilan saya masih bertenaga untuk menaiki bangunan 3 tingkat untuk ke kelas kerana kerjaya sebagai seorang guru.

Vitamin yang sepatutnya saya makan semasa berpantang sudah mulai surut kerana saya mula mengambilnya sebelum tempoh berpantang. Maka saya putuskan untuk mengambil Set Berpantang Premium dan berkenalan dengan VIVIX. Teman Shaklee saya berpesan agar VIVIX hanya boleh diambil selepas bersalin.

Hari yang ditunggu pun tiba. 7 September 2016 saya telah melahirkan bayi lelaki. Syukur, letih melahirkan kali ini kurang terasa. Syukur dengan izin-Nya pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten sebelum proses melahirkan memberikan impak positif kepada diri saya. Selesai melahirkan saya tidak merasa lesu malah merasa bosan untuk berbaring semata-mata. Saya mula bergerak ke tandas sendiri untuk membersihkan diri tanpa rasa pening.

Selesai membersihkan diri, saya sudah mampu tunduk untuk mengenakan stokin pada kaki. Pergerakan terasa tidak terbatas dan bertenaga. Cukup berbeza pengalaman kali ini berbanding pengalaman bersalin anak pertama dan kedua. Dulu, usai bersalin saya perlu di papah untuk ke bilik air kerana bimbang saya akan pitam kerana tekanan darah sangat rendah.

Setelah dibenarkan pulang ke rumah,saya melalui saat berpantang yang sangat “heaven”. Badan terasa cergas dengan penambahan VIVIX dalam rutin pemakanan sihat setiap hari. Dengan VIVIX sememangnya luka dan bengkak cepat sembuh. Pada kebiasaannya pada minggu pertama berpantang saya akan merasa seperti ada ketulan yang akan bergerak-gerak di dalam perut. Kata orang-orang tua “batu meroyan belum kecut”. Tapi kali ini, rasa itu tiada dengan pengambilan VIVIX.

Anak kampung seperti saya masih lagi mengamalkan urutan selepas bersalin. Dek kerana saya melahirkan pada saat orang lain hendak menyambut Aidiladha maka proses berurut agak lambat. Minggu kedua saya didatangi bidan kampung yang sering mengurut orang-orang bersalin. Melihat pergerakan saya yang agak lincah beliau bertanya “hang ni dah berapa hari sebenaqnya, mak hang kata baru masuk dua minggu tapi aku tengok macam orang dah sebulan”.

Hakikatnya memang baru masuk minggu kedua. Saya hanya tersenyum dan mengucap syukur dalam hati kerana diberi kesihatan yang baik dengan ikhtiar ber'Shaklee'. Sekali lagi saya mendapat soalan cepu emas “hang bertungku sehari berapa kali ni….ka memang pesen badan hang tak masuk angin”. Biasa la mak-mak bidan orang Kedah memang kuat berbual. Sekali lagi saya hanya tersenyum.

Di akhir proses berurut mak bidan teringin sangat nak tau jenis ubat yang saya ambil semasa berpantang kali ini. Saya pun menunjukkan barisan vitamin Shaklee dan tidak terkecuali VIVIX. Mak bidan pun berpesan…. “hang jangan tukaq-tukaq dah ‘ubat’ kalau beranak lagi sebab aku tengok hang kemaih beranak kali ni” (kemaih dalam loqhat kedah merujuk kepada orang yang sedang berpantang bermaksud sangat bertenaga).

Selain manfaat kesihatan tubuh badan sendiri, Alhamdulillah bayi saya juga mendapat tempias kebaikannya. Susu badan sangat meriah. Bayi lelaki memang kuat menyusu. Alhamdulillah susu badan cukup untuk menampung keperluan anak kecil itu. Saat saya menulis kisah ini saya sebenarnya mulai runsing dalam kesyukuran kerana bahagian peti sejuk beku sudah hampir penuh dan sedang memikirkan kaedah terbaik untuk membawa stok susu tersebut pulang ke tempat mencari rezeki selepas tamat tempoh berpantang nanti.

VIVIX dan barisan vitamin lain dalam Shaklee telah mengubah persepsi saya dalam rutin pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang betul dengan cara yang betul akan memberi kesan terbaik kepada diri seseorang individu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mendorong hati ini mencari yang terbaik.

....


Lagi kisah menarik tentang ibu yang berpantang dengan Vivix dan Set Premium Shaklee.  



PEMBELIAN VIVIX


Sekiranya anda ingin sihat, cergas dan bertenaga seperti Puan Norshahizan bin Rahimi, anda boleh amalkan VIVIX dan SET BERPANTANG PREMIUM.

Pembelian Vivix dan Set Berpantang Premium dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix dan Set Berpantang Premium menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

12 September 2018

PENGEDAR SHAKLEE DI PUTRAJAYA DAN CYBERJAYA

Sekarang ini memang ramai Pengedar Shaklee di Putrajaya dan Cyberjaya.  Tetapi, tidak ramai Pengedar Shaklee mempunyai  ready stockJadi, sekiranya anda penduduk Putrajaya atau Cyberjaya yang memerlukan apa sahaja produk Shaklee dengan segera, boleh menghubungi saya, Fina Nawawi.

HARGA PRODUK SHAKLEE

Apa yang anda akan terima jika beli produk-produk Shaklee melalui saya ?  In Shaa Allah anda akan terima harga terbaik lebih-lebih lagi jika anda menjadi ahli Shaklee. Anda boleh maklumkan kepada saya bajet anda, saya akan susun vitamin-vitamin terbaik untuk anda berdasar bajet anda tersebut.  

KONSULTASI

Lagi ?  Semestinya saya akan berikan konsultasi terbaik kepada anda bagaimana untuk anda dapat kesan optimum dengan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee yang anda beli.  Jangan bimbang kerana konsultasi yang saya berikan adalah berdasarkan piawaian yang saya belajar sendiri daripada pakar nutrisi Shaklee.

WAKTU PERKHIDMATAN

Saya available tujuh hari seminggu dan anda boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja kerana saya menjalan bisnes Shaklee secara on the go.  Anda hanya perlu nyatakan vitamin, lokasi dan waktu penghantaran untuk saya menghantar tempahan vitamin anda.  

KOS PENGHANTARAN

Bagaimana dengan kos penghantaran ? Istimewa untuk penduduk di seluruh Putrajaya dan Cyberjaya,  kos penghantaran adalah percuma.  Penduduk-penduduk berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya, jangan bimbang, kos penghantaran kepada anda adalah serendah RM2 hingga RM4 sahaja.

Sekiranya anda mementingkan kualiti, saya sedia membantu anda.
Jadi, hubungi saya segera ok.



Shaklee Indipendent Distributor
Fina Nawawi 
1169885


CARA ATASI MASALAH KATARAK MATA

Kandungan resvaratrol dan polifenol yang tinggi dalam Vivix terutamanya Anthocyanins mampu mengurangkan risiko kerosakan mata. Ia juga memperbaiki daya penglihatan dan membantu merawat saraf-saraf mata yang bermasalah.


Kredit : Puan Sabariah Abdul Rahman

SUDAH TIDAK PERLU PEMBEDAHAN KATARAK SELEPAS AMALKAN MEGADOSE VIVIX DAN CAROTAMAX

Saya Sabariah binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun.  Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016.  Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017.  Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotamax secara megadose untuk pemulihan.  Namun, kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak perlu lagi menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat.

Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak.

Alhamdullillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat.  Saya juga masih meneruskan pengambilan suplemen lain untuk kesihatan yang lebih optimum.

Kalau nak cuba turunkan power mata anda, tak salah mencuba sesuatu yang baik dan mempunyai kajian seperti di Shaklee.

PEMBELIAN VIVIX


Sekiranya anda mengalami masalah yang sama seperti Puan Sabariah binti Abdul Rahman, boleh ikhtiar menggunakan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik VIVIX.

Pembelian dengan menggunakan kad debit atau kredit, klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi,012-538 9844



10 September 2018

PENGEDAR VIVIX DI PUTRAJAYA DAN CYBERJAYA

Mencari Pengedar Vivix di Putrajaya dan Cyberjaya ? Boleh hubungi saya Fina Nawawi seperti maklumat perhubungan tertera pada gambar di bawah.

Pembelian melalui saya, semestinya anda akan terima harga terbaik dan konsultasi yang tepat supaya anda mendapat kesan optimum daripada vitamin yang anda beli.

Penghantaran adalah percuma.

Penduduk Putrajaya dan Cyberjaya, walau di mana pun anda berada, hubungi saya untuk mendapatkan produk-produk Shaklee.  Saya akan tiba bersama produk-produk yang anda order di depan pintu hati anda.

Shaklee Indipendent Distributor
Fina Nawawi 
1169885


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Copyright FINA NAWAWI