AFB Feeds

24 September 2018

BESTNYA HOTEL GRAND ORIENT, PERAI, PULAU PINANG

16 September 2019 yang lalu, Kami menginap di Hotel Grand Orient yang terletak di Perai, Pulau Pinang untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Gelugor.  

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tidak menginap di hotel yang memang terletak dalam pulau saja ?  Bukankah lebih mudah ? Kenapa menginap di hotel di sebelah darat ? 


Hotel Grand Orient, Prai, Pulau Pinang bukanlah hotel yang menjadi pilihan utama pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Pinang.  Kebanyakan pelancong lebih suka memilih hotel di bahagian pulau kerana di bahagian pulau terdapat lebih banyak tarikan (laut / shopping mall / tempat bersejarah / bukit / taman rama-rama / makanan) berbanding di bahagian darat.  Tambahan pula, kalau dilihat dari segi rekabentuk bangunan sehinggalah ke bahagian bilik hotel, arkitekturnya biasa-biasa sahaja dan kemudahan yang disediakan sangat minimal.  Tiada basement untuk parking kereta, tiada lobi mewah, tiada bell boy, bilik kecil dan sempit.  Pendek kata, kalau tengok pada ciri-cirinya memang agak mengecewakan dan tidak mungkin akan dipilih sebagai hotel untuk bercuti.

Walaupun begitu, kami tetap pilih Hotel Grand Orient, Prai, Pulau Pinang sebagai tempat penginapan.  Ada sesuatu yang sangat menarik di Hotel Grand Orient, Perai yang perlu anda tahu.


Sebenarnya begini.  Anak-anak saya suka mandi pool.  Jadi, ciri-ciri hotel pilihan saya ialah hotel itu mesti sediakan pool yang cantik, ada slide yang menarik dan tarikan-tarikan lain pada harga yang murah atau affordable di Pulau Pinang.  Atas recommendation adik saya, kami pilih Hotel Grand Orient kerana ia sangat menepati ciri-ciri yang saya cari.  Walaupun terletak di bahagian darat, namun ia betul-betul berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang.  Jadi tiada masalah untuk ke pulau.

Istimewanya Hotel Grand Oterient ini, ia mempunyai waterpark sendiri.  Waterpark nya boleh saya katakan agak selesa kerana mempunyai tiga bahagian iaitu kolam yang dilengkapi dengan slide untuk kanak-kanak, kolam dilengkapi dengan slide untuk orang dewasa dan kolam utama yang besar dan CANTIK !


Walaupun waterpark di hotel ini nampak kecil, tetapi pada saya sudah cukup untuk menggembirakan anak-anak kerana mereka dapat mandi sehingga puas dan yang paling penting, ia jauh lebih menarik dan best daripada pool di hotel-hotel lain.  Pada saya, waterpark sebegini sudah memadai untuk anak-anak yang berumur 0 - 12 tahun untuk mandi-manda.

Dari segi harga hotel, sangat-sangat berbaloi ! Kami membuat tempahan hotel melalui booking.com dengan harga RM150 sahaja tidak termasuk breakfast dan kami dapat percuma dua tiket masuk dewasa ke waterpark.  Kanak-kanak di bawah ketinggian 90 cm adalah percuma manakala kanak-kanak yang melebihi 90 cm dikenakan bayaran RM15 untuk satu hari atau RM20 untuk dua hari.  

Lebih menarik, waterpark dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 malam.  Jadi, boleh mandi sampai kembung.

Now, let's the picture talk.

Helicopter view separuh daripada kawasan waterpark.  Kolam dewasa dilengkapi dengan slides tidak
termasuk dalam gambar.   Ihsan Google.
Kolam tempat dewasa dengan kedalaman air setinggi 4 meter.  Ihsan Google.
Kolam kanak-kanak.  Air paras lutus sahaja.
Kolam utama which is tidak terlalu dalam, tidak juga terlalu cetek.  Jadi, parents boleh mandi
bersama anak-anak di kolam ini.  
Landscaping di waterpark ini menarik, bersih dan kemas.
Waterpark ini agak redup kerana kawasan sekeliling ditanam
dengan pokok-pokok.
Untuk turun slide, perlu naik dari pondok ini.
Akhir kata, Hotel Grand Orient sangat-sangat recommended terutamanya kepada mereka yang mempunyai anak-anak kecil yang suka mandi pool.

Sudah puas mandi, berikan anak-anak vitamin Shaklee terutamanya Vitamin C untuk jaga sistem imun mereka supaya tidak demam dan selsema selepas berendam di pool berjam-jam lamanya.


With Love,

Fina Nawawi
Shaklee Leader
Founder of Bizarre Empire

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI