AFB Feeds

19 September 2018

PESAKIT STROK KEMBALI LANCAR BERTUTUR

Serangan strok boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kehidupan pesakit strok.  Terdapat pesakit strok yang lumpuh sebelah badan, tangan dan kaki tidak berfungsi, pertuturan sukar difahami dan pelbagai lagi.  Untuk pulih sepenuhnya, mungkin perlukan masa berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun.


APA ITU STROK ?


Strok atau dikenali juga sebagai Angin Ahmar merupakan sejenis penyakit yang melibatkan kelumpuhan saraf disebabkan oleh gangguan bekalan darah ke otak. Otak memerlukan bekalan darah secara berterusan kerana darah membekalkan oksigen dan nutrien bagi membolehkan otak berfungsi dengan sempurna.

Terdapat dua faktor yang boleh menyebabkan berlakunya gangguan bekalan darah ke otak iaitu :

i.  Salur darah tersumbat - menyebabkan Strok Iskemia (Ischemic Stroke)
ii. Salur darah pecah - menyebabkan Strok Berdarah (Hermorraghic Stroke)

Apabila berlaku dua kemungkinan di atas, bekalan darah ke otak akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien yang diperlukan.  Seterusnya, berlaku serangan strok.

PUNCA-PUNCA SERANGAN STROKE


1.  Mempunyai penyakit kencing manis.  Pesakit kencing manis berisiko tinggi untuk terkena serangan strok.  Kajian oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) membuktikan bahawa 60% pesakit strok turut menghidap penyakit kencing manis.

2.  Mempunyai darah tinggi.  Penyakit darah tinggi boleh menjadi salah satu punca serangan strok kerana apabila tekanan darah tiba-tiba menjadi tinggi, ia akan meningkatkan tekanan pada bahagian dinding saluran darah.  Apabila dinding tersebut tidak mampu menampung tekanan itu, ia akan pecah dan menyebabkan pendarahan dalam otak.  Seterusnya, berlaku serangan strok.

3.  Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Gaya hidup yang tidak sihat seperti menghisap rokok, minum minuman beralkohol, tidak bersenam dan mengamalkan pemakanan tinggi kolestrol boleh menyebabkan sistem organ dalaman terganggu sehingga mendapat serangan strok.

SIMPTOM-SIMPTOM SERANGAN STROK


Pada dasarnya, berikut adalah simptom-simptom pesakit Strok Iskemia dan Strok Berdarah.

1.  Kebas atau lemah secara tiba-tiba pada pada sebahagian muka, lengan atau kaki.
2.  Sukar menelan secara tiba-tiba.
3.  Kurang daya ingatan.
4.  Sukar bercakap atu memahami percakapan.
5.  Tidak dapat melihat sama ada sebelah mata atau kedua-dua belah mata
6.  Hilang koordinasi atau keseimbangan badan.
7.  Kelopak mata dan otot-otot mata menjadi layu.
8.  Pengsan atau rasa keliru secara mendadak.

Walau bagaimanapun, Strok Berdarah mempunyai simptom-simptom tambahan seperti berikut :

1.  Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba
2.  Sakit leher
3.  Muntah dan loya

RAWATAN STROKE


Dapatkan rawatan daripada doktor dengan SEGERA sekiranya anda mempunyai simptom-simptom serangan strok.  Bagi mereka yang diserang strok, setiap minit adalah sangat penting dan bermakna kerana lebih lama darah berhenti mengalir ke otak, akan lebih teruk keadaan pesakit dan kemungkinan untuk pulih akan menjadi lebih rendah.

Untuk pesakit yang diserang Strok Iskemia, rawatan yang akan diberikan adalah seperti berikut :

1.  Ubat cair darah - Warfarin
2.  Ubat anti-platlet - Aspirin
3.  Ubat darah tinggi
4.  Pemecahan bekuan darah

Untuk pesakit yang diserang Strok Berdarah, rawatan yang akan diberikan adalah seperti berikut :

1.  Penilaian neurosurgeri : Mengesan dan merawat punca pendarahan
2.  Pengawasan pesakit : Tekanan darah, paras gula dan suhu badan berada dalam keadaan optimum

Seterusnya, rawatan yang paling penting dan perlu dilakukan secara berterusan adalah rawatan pemulihan selepas serangan strok.  Ia bertujuan untuk membantu pesakit strok untuk menjalani kehidupan semampu yang boleh.  Contoh rawatan pemulihan adalah seperti berikut :

1.  Rawatan fisioterapi - menguatkan otot yang lumpuh atau lemah
2.  Terapi pekerjaan - pembelajaran kehidupan harian (mandi, makan, menulis)
3.  Terapi pertuturan - mengatasi masalah pertuturan dan pemahaman
4.  Ahli psikologi - membantu pesakit atasi masalah kemurungan 

PESAKIT STROK KEMBALI LANCAR BERTUTUR SETELAH KONSISTEN MENGAMALKAN VIVIX


Saya kongsikan video seorang pesakit strok yang mengalami masalah pertuturan kembali boleh bercakap dengan sempurna setelah mengamalkan Vivix.

Kredit : yoursupermom HD

BAGAIMANA VIVIX BERTINDAK TERHADAP PESAKIT STROK


Untuk pesakit strok, Vivix membaiki, melindungi dan mengaktifkan semula sel dari peringkat DNA yang mati, rosak dan abnormal akibat serangan strok.  Kandungan Vivix yang tinggi anti-oksida membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh supaya pesakit strok terhindar daripada penyakit-penyakit lain dan segera pulih.

PEMBELIAN VIVIX UNTUK STROK


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit strok dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of BIZARRE EMPIRE

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI