AFB Feeds

26 September 2018

RAMAI YANG TIDAK SEDAR MEREKA MENGHIDAP DIABETES

Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan 3.6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas kini menghidap diabetes dan separuh daripada jumlah itu tidak menyedari bahawa mereka menghidap diabetes.  Hal ini kerana mereka tidak pernah menjalani saringan kesihatan.


Melalui saringan kesihatan secara berkala, penyakit diabetes boleh dikesan pada peringkat awal dan setidak-tidaknya rawatan optimum boleh diberikan bagi mengurangkan komplikasi akibat penyakit diabetes.

Namun, hakikat sekarang ramai yang tidak mengambilkira keperluan untuk membuat saringan kesihatan atas kekangan masa dan kesibukan kerja.  Diikuti pula dengan amalan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat.  Kesannya, tergolonglah mereka dalam kalangan pesakit diabetes tanpa mereka sedar.  Sedar-sedar, sudah terlantar di hospital.

Jadi, dinasihatkan supaya jangan ambil mudah dengan isu kesihatan.  Sentiasalah buat saringan kesihatan supaya kita sentiasa aware dengan penyakit yang singgah di badan.

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI