AFB Feeds

20 September 2018

REVIEW : PULUT KUNING RENDANG KERANG ZARINA ZAINUDDIN

Jumaat yang lepas-lepas, tidak ingat tarikhnya, saya bertuah sebab dapat beli Pulut Kuning Rendang Kerang Zarina Zainuddin.  Bukan senang tau nak beli.  Kebiasaaanya kena pre-order dulu daripada agent dan hanya boleh diambil setiap Jumaat di lokasi-lokasi yang sudah ditetapkan.



Rasanya sangat 'mantap', semua bahan secukup rasa, tidak kurang walau secubit.  Haa..sampai begitu gambaran betapa sedapnya pulut kuning rendang kerang Zarina Zainuddin.  Itu dari segi rasa.

Dari segi kuantiti, pada saya pulut dan rendang kerang yang diletakkan dalam bekas tu, banyak. Frankly speaking, saya tak mampu habiskan.  Bukan sebab tak sedap, tapi sebab baru makan separuh, dah pun rasa kenyang. Itu menggambarkan separuh pun dah banyak.  

Dari segi harga, saya beli dengan harga RM16 sebekas.  Pada saya agak mahal tetapi berbaloi dari segi rasa dan kuantiti pulut yang diletakkan dalam bekas tu.

Jadi, peminat-peminat pulut kuning dan rendang kerang, korang wajib cuba PULUT KUNING RENDANG KERANG ZARINA ZAINUDDIN.

Pulut kuning tu bukan saja dengan rendang kerang tau, ada lagi rendang lain.  Antara rendang yang ada, rendang ayam, daging, bilis petai dan udang.  Pilihlah ikut selera.

Macam mana nak beli ? Korang boleh tengok instagram Zarina Zainuddin di @zarinazainuddin_.  Kat situ ada tulis nak contact siapa dan perlu ambil di mana kalau nak order pulut kuning dan rendang.

...

Kalau nak beli Shaklee pula, boleh contact saya dengan klik pada rajah di bawah ok.  Harga ? Semestinya yang terbaik dan menjimatkan poket anda.


Kalau nak berbisnes macam Zarina Zainuddin pun boleh, tapi bukan bisnes pulut, bisnes Shaklee lah.  Tidak perlu masak, perlu klik-klik order saja.  Jika berminat, klik rajah di bawah ok.


Your Shaklee Leader

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

1 comment:

  1. wah mmg favourite ni pulut kuning. Susah nak jumpa. Okay jugak harga macam tu . thanks for sharing. nanti nak intai IG dia

    ReplyDelete

Copyright FINA NAWAWI