AFB Feeds

28 September 2018

TERPAKSA CUCUK INSULIN SETIAP HARI

Terpaksa cucuk insulin setiap hari boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit diabetes.  Kebiasaannya, mereka lebih cenderung untuk menghabiskan masa di rumah berbanding keluar bercuti atau berjalan-jalan bersama keluarga atau rakan-rakan.  Hal ini kerana mereka beranggapan agak renyah untuk membawa pelbagai ubatan termasuk peralatan insulin untuk penyakit diabetes yang dihidapi oleh mereka.


KENAPA PERLU CUCUK INSULIN


Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal paras gula dalam badan.  Ia berperanan untuk memastikan paras gula dalam badan tidak terlalu tinggi (hyperglisemia) atau terlalu rendah (hypoglisemia).  

Penyakit diabetes adalah sejenis penyakit yang menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan insulin atau insulin tidak dapat digunakan dengan sempurna.

Jadi, pesakit diabetes perlu mendapatkan insulin tambahan yang dihasilkan daripada haiwan atau insulin sintetik yang menyerupai insulin manusia untuk mengawal paras gula dalam badan.  

Walau bagaimanapun, keperluan suntikan insulin tambahan ini bergantung kepada tahap dan jenis diabetes yang dihidapi.

KESAN SAMPINGAN CUCUK INSULIN


Cucuk insulin boleh memberi kesan sampingan kepada pesakit diabetes.  Pesakit diabetes boleh mengalami hypoglisemia iaitu paras gula dalam darah terlalu rendah.  Ia boleh dikesan melalui tanda-tanda seperti pesakit menggeletar, berpeluh dingin, pening, lapar, gelisah dan berdebar-debar. Hypoglisemia ini boleh berlaku sekiranya :

-  Pesakit tidak makan atau makan terlalu sikit selepas membuat suntikan insulin 
-  Pesakit membuat senaman berlebihan
-  Pesakit menggunakan dos insulin yang terlalu tinggi
-  Pesakit mempunyai masalah buah pinggang

Sekiranya pesakit diabetes mengalami hypoglisemia, mereka perlu mengambil makanan atau minuman bergula dengan segera.  Contoh makanan atau minuman bergula ialah seperti madu, jus, atau gula-gula.

ALTERNATIF LAIN SELAIN CUCUK INSULIN


Selain cucuk insulin, pesakit diabetes juga boleh mengamalkan Vivix iaitu sejenis produk premium keluaran Shaklee sebagai alternatif.  Vivix berperanan untuk mengawal paras gula dalam darah dan mengurangkan sindrom rintangan insulin.

Di samping itu, Vivix yang mengandungi kandungan Polifenol membantu untuk mengawal kadar kepekatan gula dalam darah dengan memperlahankan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat pada kadar yang cepat akibat pengambilan makanan tinggi karbohidrat dan gula.

Baca juga :

Kenali penyakit diabetes, salah satu pembunuh senyap

Empat punca utama penyakit diabetes.  No. 2 dan 3 paling kerap berlaku.

5 kesan buruk diabetes.  No. 2 dan 5 paling menakutkan.

10 simptom umum penyakit diabetes

Cara mengawal gula dalam darah

PEMBELIAN VIVIX UNTUK DIABETES


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit diabetes dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI