AFB Feeds

01 October 2018

7 TIPS PILIH BERAS DAN NASI BAGI PESAKIT DIABETES

Bagi pesakit diabetes, hidangan nasi perlu diambil secara terkawal kerana nasi mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi.  GI merupakan indikator yang menyatakan kandungan kadar gula dalam makanan.  Semakin tinggi kadar GI, semakin tinggi kenaikan kadar gula dalam darah.

GI TINGGI               : 70 - 100
GI SEDERHANA     : 56 - 69
GI RENDAH            : 0 - 55

Orang Malaysia, mana mungkin tidak makan nasi.  Betul ?  Jadi, di sini saya kongsikan tips pilih beras dan nasi dengan kandungan GI yang lebih rendah khusus untuk pesakit diabetes.


1. Makan nasi yang dikukus.  Nasi yang dikukus mempunyai nilai GI yang lebih rendah berbanding nasi yang dimasak menggunakan kaedah biasa (ditanak).  Tambahan pula, nasi yang dikukus lebih sedap dan lembut.

2. Makan nasi keras.  Nasi keras mempunyai nilai GI yang lebih rendah berbanding nasi yang lembik.  Jadi, kurangkan kandungan air ketika menanak nasi.

3. Hadkan pengambilan bubur nasi.  Hal ini keranan bubur nasi mempunyai nilai GI yang sangat tinggi berbanding nasi.  Jadi, sebaik-baiknya hadkan pengambilan bubur nasi supaya gula dalam darah terkawal.

4.  Makan nasi sejuk.  Nasi yang disimpan di bawah suhu 4 darjah celcius mempunyai nilai GI yang lebih rendah berbanding nasi panas.  Jadi, pesakit diabetes sangat digalakkan untuk makan nasi yang sejuk.  Walaupun kurang sedap, namun, demi kesihatan, apa salahnya.

5.  Masak nasi dari beras biasa berbanding beras hancur.  Beras hancur mempunyai nilai GI yang tinggi.  Selain itu, beras hancur mengandungi serat dan nutrisi yang rendah.

6.  Nasi dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber dan larut air seperti kacang bendi.  Gabungan nasi dengan sayuran tersebut akan meningkatkan kepekaan terhadap insulin.

7.  Makan nasi goreng.  Nasi goreng mempunyai nilai GI yang lebih rendah berbanding nasi putih biasa.

Sumber : Mingguan Wanita

Baca juga :

Kenali penyakit diabetes, salah satu pembunuh senyap

Empat punca utama penyakit diabetes.  No. 2 dan 3 paling kerap berlaku.

5 kesan buruk diabetes.  No. 2 dan 5 paling menakutkan.

10 simptom umum penyakit diabetes

Cara mengawal gula dalam darah

PEMBELIAN VIVIX UNTUK DIABETES


Sekiranya anda atau keluarga menghidapi penyakit diabetes dan ingin ikhtiar dengan kaedah alternatif, boleh amalkan Vivix.  

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.


Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI