AFB Feeds

05 October 2018

BUANG RASA TAKUT DAN MALU UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

Dahulu, saya memang takut dan sangat malu untuk mulakan perniagaan kerana tiada siapa dalam keluarga terdekat yang menjalankan perniagaan.  Ahli keluarga saya semuanya bekerja makan gaji dalam sektor awam.  Jadi, saya membesar dalam suasana yang 'selesa'.

Setelah bekerja sendiri, mempunyai keluarga dan anak-anak, dengan keadaan kos sara hidup yang meningkat dan kian meningkat, saya merasakan bahawa menjalankan perniagaan sebagai sumber pendapatan kedua merupakan satu kemestian.

Cuma, saya berasa ragu-ragu, tidak yakin, tidak tahu bagaimana hendak mula, takut gagal, takut orang mengata dan macam-macam perasaan takut lagi serta malu.  Pendek kata semuanya takut dan tidak tahu !

Tetapi, saya selalu terbaca quote yang menyatakan 9 / 10 rezeki adalah perniagaan.

Dari situ, saya mengambil langkah pertama saya untuk memulakan perniagaan Shaklee.  Saya mengiklankan iklan pertama saya di Facebook dan Instagram pada tahun 2015.  Takut dan malu terutamanya pada kawan-kawan dan keluarga terdekat, iya masih ada cuma tidak setebal awal-awal dahulu.

Sedikit demi sedikit saya kikis perasaan takut dan malu.  Belajar ilmu-ilmu perniagaan daripada mentor-mentor dan leader Shaklee.  Sehingga akhirnya, saya boleh berdiri sendiri dengan penuh yakin untuk besarkan empayar perniagaan saya dan mencapai pendapatan kedua daripada dua angka kepada tiga dan seterusnya kepada empat angka.  In shaa Allah angka itu akan bertambah dan terus bertambah nilainya.  Tiada lagi perasaan takut dan malu. Tiada !

...

Tuan / puan , apa kata saya menjadi mentor dan guru anda untuk anda mulakan perniagaan sebagai pendapatan kedua ?


I am your Shaklee Leader
Fina Nawawi 
1169885
Founder of Bizarre Empire

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI