AFB Feeds

02 October 2018

PRINSIP ASAS URUS WANG SENDIRI UNTUK BEBAS HUTANG

Saya suka membaca mengenai topik-topik berkaitan bebas hutang dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki hasil nukilan Ustaz Fathuri Sallehudin.  Dalam banyak-banyak topik yang ada, saya tertarik dengan topik tentang prinsip asas urus wang yang menjadi faktor utama untuk bebas daripada hutang.  Istimewanya juga buku itu, ia secara jujur menyatakan sumber rujukan beserta nombor telefon penulis sebenar topik tersebut.

Saya ingin kongsikan hasil bacaan saya supaya anda juga boleh amalkan sebagaimana saya amalkan.  Saya olah hasil penulisan di dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki mengikut pemahamanan saya, namun saya kekalkan intipati yang hendak disampaikan.

PRINSIP 1 : BELI SECARA TUNAI


Elakkan daripada membeli barang-barang yang berkonsepkan ansuran, kutu, beli dulu kemudian bayar dan pelbagai lagi skim bayaran yang sedemikian.  Sekiranya anda hendak membeli sesuatu tetapi perlu berhutang, itu bermaksud anda belum mampu untuk memiliki barang tersebut.  Jadi, kumpul wang dahulu sehingga cukup dan belilah secara tunai.  Hati perlu kuat untuk laksanakan prinsip ini !

PRINSIP 2 : HIDUP DI BAWAH KEMAMPUAN, BUKAN IKUT KEMAMPUAN


Nasihat-nasihat yang biasa kita dengar adalah hiduplah ikut kemampuan, ukur baju di badan sendiri.  Tetapi, cuba anda baca betul-betul Prinsip 2 ini.  Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.  Itu yang sebetulnya.  

Beli barang-barang mengikut keperluan, bukan kemampuan, apatah lagi kemahuan.  Jelas ?  Contohnya begini, walaupun mampu pakai kereta Honda City, pakai sahaja Proton Saga.  Lupakan dahulu perkataan 'bergaya' untuk sementara waktu sehingga benar-benar berkemampuan atau ada banyak lebihan.

Downgrade cara hidup untuk sementara.  Antara yang boleh dipertimbangkan ialah :
  • Kurangkan pakej channel Astro kepada pakej channel asas sahaja dengan bayaran lebih murah atau lebih baik potong sahaja.
  • Sekiranya mempunyai pilihan nursery dengan pelbagai range yuran, pilih yang lebih murah namun berkualiti dari segi asuhan.
  • Pindah rumah yang mempunyai kadar sewa yang lebih rendah, namun memenuhi tahap keselesaan.
  • Hentikan tabiat merokok.
  • Jual barang bukan keperluan.

PRINSIP 3 : MULAKAN TABIAT MENYIMPAN WALAUPUN SEDIKIT


Walaupun RM1, simpan secara konsisten setiap hari.  Yang diambilkira dalam prinsip ini adalah tabiat, bukan kuantiti.  Apabila tabiat kian konsisten, tingkatkan jumlah sedikit demi sedikit.  Hasilnya anda akan lihat setiap hujung bulan atau hujung tahun dan sudah pasti anda akan rasa puas dengan usaha anda itu.

PRINSIP 4 : BINA PENDAPATAN KEDUA


Ini prinsip yang paling saya suka.  Bina pendapatan kedua dengan melibatkan diri dalam bisnes.  Dengan penglibatan dalam bisnes, anggap gaji hakiki sebagai tampungan keperluan bulanan manakala hasil keuntungan bisnes sebagai sumber untuk tambah simpanan.  Simpan hasil bisnes 100% atau tidak kurang 50%.  Pendapatan kedua penting sabagai backup kepada pendapatan pertama dan untuk tambahkan simpanan.

Bukan sekadar membaca, tetapi TAKE ACTION ! Anda akan nampak kesannya.

...

Mulakan dengan Prinsip 4 iaitu Bina Pendapatan Kedua dengan PERNIAGAAN DENGAN MODAL YANG RENDAH, SERENDAH RM65 SAHAJA !

Saya hendak tolong guide kalau anda hendak cuba bisnes yang sedang saya buat sekarang iaitu SHAKLEE.  

Kenapa bisnes Shaklee ? Sebab :

+  Saya mengenali Shaklee sejak tahun 2014 (Hakikatnya Shaklee telah berada di Malaysia sejak tahun 1994).  Saya dapati sehingga kini, produk Shaklee sentiasa mempunyai permintaan dalam pelbagai peringkat umur.  Terbukti bisnes ini bukan bisnes bermusim.

+  Shaklee mempunyai Pakar Nutrisi yang sentiasa bersedia untuk membimbing dan membantu sekiranya terdapat soalan daripada pengedar-pengedar Shaklee.

+   Shaklee bisnes yang mudah dan fleksibel.  Ia boleh dilaksanakan secara full time / part time / online /offline terpulang kepada kekuatan dan keselesaan anda.

+  Saya mempunyai team yang sangat supportive dalam pelbagai aspek (tips bisnes, rohani, knowledge dan sebagainya)

+  Saya mempunyai beratus-ratus real testimoni produk-produk Shaklee.  Saya sendiri adalah testimoni kepada produk-produk Shaklee.

Mari bersama-sama ubah hidup, bebas hutang dan bina impian bersama bisnes Shaklee.





I am your Shaklee Leader
Fina Nawawi 
1169885
Founder of Bizarre Empire




No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI