AFB Feeds

17 October 2018

TIPS BISNES : 3 KESILAPAN PENIAGA YANG BUAT PELANGGAN LARI

Dalam banyak-banyak tips bisnes, tips tentang kesilapan peniaga yang buat pelanggan lari juga tidak kurang pentingnya.  Hal ini kerana, jika dilihat pada hari ini, sudah terlalu ramai yang terlibat dengan bisnes, tidak kisah bisnes apa pun, sama ada menyediakan perkhidmatan atau menjual produk, secara online mahupun offline.  Pembeli mempunyai sangat banyak pilihan dan berhak untuk memilih peniaga.  Semestinya mereka memilih peniaga yang dapat memenuhi keperluan dan bijak mengambil hati mereka.  


Jadi, kita sebagai usahawan perlu berusaha untuk memastikan kita beri yang terbaik kepada pelanggan supaya dia akan terus dan terus berhubung dengan kita untuk membeli.  

...

Elakkan daripada membuat 3 kesilapan yang boleh buat pelanggan lari atau mencari peniaga lain berikut :

1. KURANG PENGETAHUAN TENTANG PRODUK

Orang berbisnes, kita pun hendak berbisnes, tetapi tidak mahu ambil tahu sedalamnya tentang produk yang dijual.  Belajar sekadar tahu tanpa faham.  Apabila pelanggan bertanya, boleh jadi terkebil-kebil dan tergagap-gagap (peniaga offline) atau lambat dibalas mesej pelanggan (peniaga online).   

Cuba kita letak diri kita di tempat pelanggan.  Contohnya, kita hendak membeli vitamin dan bertanya kepada penjual mengenai kandungan, keberkesanan, cara penyimpanan dan cara makan yang betul.  Jawapannya, tidak pastilah puan, nanti saya semak sekejap atau puan boleh baca pada label botol atau puan boleh Google sendiri.  Apa anda rasa ? Sudah pasti anda marah dan kalau bukan disebabkan rasa kesian, anda pasti tinggalkan saja peniaga tersebut dan cari peniaga lain.  Betul kan ?


2. TERLALU MEMAKSA PELANGGAN UNTUK BELI

Ini adalah kesilapan biasa yang peniaga lakukan.  Pelanggan membeli dalam keadaan yang dipaksa atau terpaksa (disebabkan pembeli memaksa) tidak akan membuatkan pelanggan itu membeli lagi dan lagi dengan peniaga yang memaksa.

Pernah tak bila kita jalan-jalan di mall, terdapat peniaga yang memanggil-manggil dan ada yang lebih extreme mengikut kita dari belakang sambil menerangkan tentang produk atau servis mereka.  Merimaskan bukan ?

Sebaik-baiknya, dekati mereka dahulu dan banyakkan enggagement melalui sharing tentang tips yang berkaitan dengan produk di media-media sosial atau whatsap.  Secara tidak langsung anda sedang mendidik prospek dan pada masa yang sama sedang mengiklankan produk anda.


3.  TIDAK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PELANGGAN

Ucap terima kasih nampak sangat remeh di mata sesetengah orang tetapi ia adalah salah satu elemen yang paling penting untuk menghargai pelanggan.

...

3 kesilapan peniaga yang buat pelanggan lari merupakan olahan saya berdasarkan pemahaman daripada artikel Azizan Osman yang bertajuk 5 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Dalam Perniagaan Jika Mahu Pelanggan 'Lekat' Dengan Anda dan berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang menjalankan perniagaan Shaklee.  Tidak dinafikan saya sendiri membuat kesilapan-kesilapan tersebut.  Cuba elakkan, ok !

Your Shaklee Leader

Fina Nawawi
Founder of Bizarre Empire 

No comments:

Post a Comment

Copyright FINA NAWAWI