AFB Feeds

19 October 2018

USAHA HAMIL, HAMIL DAN BERPANTANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE DAN VIVIX

Usaha untuk hamil dan akhirnya berjaya hamil setelah 8 tahun menanti, semuanya dengan Vitamin Shaklee dan Vivix.  Diteruskan set yang sama sewaktu berpantang.  Kesannya, boleh baca kisah ibu ini di bawah.


Kredit : Puan A'bidatul Mu'tadillah binti Motolani

Pada awal tahun lepas, 2017 saya berjinak-jinak untuk minum Vivix dan makan B Complex untuk repair sel-sel badan yang rosak dan tidak sihat.  B Complex adalah bekalan untuk hb yang baik di samping untuk atasi stress dan kecantikan.  Sebenarnya, ada niat di hati saya andai diberi peluang dan rezeki nak baby..hahaha.  Hari-hari yang saya lalui menjadi semakin sunyi bila anak-anak pergi ke sekolah.  Masa tu, anak sulung berumur 10 tahun dan yang kedua 8 tahun.

Alhamdulillah pada bulan Mac, saya disahkan mengandung.  Masa tu antara percaya dengan tidak.  Kami sekeluarga sangat gembira dengan berita ini.  Oleh kerana ini baby yang ditunggu-tunggu, jadi saya teruskan pengambilan vitamin untuk ibu hamil.  Alhamdulillah alahan tu ada tapi tiadalah teruk.  Masa ini saya makan Vitamin C, B Complex, Vitalea dan Ostematrix.

Masuk bulan kedua, bukalah buku pink.  Masa ini, semua sejarah dirungkai.  Saya ada sejarah tiroid.  Tami masa tu tak tau jenis yang mana.  Rupanya dia mengganggu saya apabila saya mengandung.  Ibu hamil kan mengalami perubahan hormon.  Saya mengalami penurunan berat badan yang agak banyak.  Sepanjang kehamilan, saya mengalami kurang berat badan sebanyak lebih kurang 19 kg.  Ni kalau tidak mengandung, menari-nari saya seronok kurus gitu.

Maka, sepanjang kehamilan, saya dipantau oleh doktor pakar dari Hospital Besar Ipoh.  Setiap bulan kena cek darah bagi memastikan tahap tiroid saya terkawal.  Alhamdulillah masa hujung-hujung kehamilan, tiroid saya semakin stabil.  Saya terus konsisten dengan Set Kehamilan Shaklee.  Saya yakin bila saya dapat vitamin dan nutrien yang cukup untuk baby saya, In Shaa Allah semua akan ok.

Kehamilan saya yang ini sangat berbeza dari yang lepas-lepas.  Walaupun ada tiroid, saya kekal aktif hingga ke hari bersalin.  Saya juga boleh hadir ke kuliah kerana masih menyambung study.  Allah mudahkan saya walaupun terpaksa duduk dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.  Belum lagi terpaksa berjam-jam duduk di depan komputer untuk menyiapkan asingment.  Saya enjoy sepanjang kehamilan.

Berkat konsisten Ostematrix, saya tidak mengalami sakit gigi, kejang kaki dan juga tidak mengalami sembelit.  Kandungan sebelum ini semua itu terpaksa saya lalui.

Tanggal 14.12.2017, maka lahirlah baby bam bam.  Dalam pada berat ibunya susut, tetapi baby alhamdulillah, 4kg semasa dilahirkan.  Disebabkan overdue 40 minggu 9 hari dan baby tidak berada pada jalannya walaupun sudah turun tanda, maka emergency czeer lah.

Selepas sahaja keluar dari bilik operation dan masa kuarantin, saya dibenarkan untuk makan dan balik ke wad.  Usah cakaplah rasa laparnya tu kan.  Mula puasa pukul 8.00 pagi, pukul 11 malam baru boleh makan.  Ha ha ha..Suami dah tunggu di wad.  Tau apa yang dibawanya, Vivix.  Saya tak fikir apa dah, terus minum dua sudu besar Vivix dan malam tu minum susu dan roti sahaja.  Sepanjang malam tu alhamdulillah saya boleh mengurus diri dan baby.

Sepanjang berpantang, saya meneruskan vitamin-vitamin yang memang saya makan dan ditambah dengan Vivix, Alfafa dan Lecithin.  Sedia maklum ibu yang bersalin secara pembedahan memerlukan penjagaan yang lebih dan kena pastikan tempat luka kering dan sembuh dengan baik.

Ibu bersalin tidak lari dari masalah bengkak susu.  Alhamdulillah dengan Lecithin, sangat membantu.

Saya juga perlu hari-hari pergi ke klinik untuk cek kuning baby. Saya perlu naik turun tangga sebab rumah di tingkat 2. Oleh sebab itu saya perlukan tenaga dan sihat bagi memastikan baby dapat susu dan juga perhatian yang terbaik.

Alhamdulillah di atas segala momen-momen yang indah sepanjang kehamilan baby yang ketiga ini. Andai ada ibu-ibu yang ingin hamil,sedang hamil dan sedang berpantang boleh la cuba set-set yang sangat hebat ni.

Baca juga :





PEMBELIAN SET HAMIL / BERPANTANG DAN VIVIX DENGAN HARGA JIMAT



Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi

Founder of Bizarre Empire

1 comment:

Copyright FINA NAWAWI