AFB Feeds

09 May 2019

PESAKIT KANSER SERVIKS : MASIH ADA HARAPAN UNTUK SEMBUH ?

Kanser serviks berlaku apabila sel tumbuh secara tidak normal di serviks.  Kebanyakan kes yang berlaku berpunca daripada sejenis virus.  Sekiranya diberi rawatan awal, pesakit masih ada harapan untuk sembuh.

SIMPTOM-SIMPTOM KANSER SERVIKS


1. Keluar cecair tidak normal di vagina.
2. Berlaku pendarahan pada vagina antara masa kedatangan haid.
3. Berlaku pendarahan selepas menapouse.
4. Berlaku pendarahan sewaktu bersama.

PENYEBAB UTAMA KANSER SERVIKS


Punca utama kanser serviks adalah disebabkan oleh virus HPV.  Virus ini kebiasaannya akan menyebabkan jangkitan pada vagina.  Kebiasaannya jangkitan ini akan kembali pulih dengan sendirinya.  Namun, sekiranya jangkitan itu kelihatan kronik, ia mampu mengundang kanser.

SIMPTOM HPV


Virus HPV ini kebiasaannya akan menyebabkan jangkitan seperti ketuat pada vagina.  Terdapat simptom HPV yang boleh hilang dengan sendiri tetapi ia juga boleh jadi bahaya sekiranya ia berada pada badan untuk tempoh masa yang lama sehingga kita tidak sedar ia sudah bertukar kepada kanser.

BAGAIMANA HPV BOLEH MENYEBABKAN KANSER ?


Apabila virus HPV yang berisiko tinggi ini berada dalam badan, ia berupaya menyebabkan terjadinya sel-sel abnormal.  Apabila sel-sel ini berkembang secara abnormal, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan kanser.

RISIKO LAIN PENYEBAB KANSER SERVIKS


1.  Merokok
2.  Mempunyai ramai anak
3.  Menggunakan pil perancang keluarga untuk tempoh yang lama
4.  Mempunyai HIV positif dan daya tahan badan yang lemah

PENCEGAHAN AWAL


Sebagai pencegahan awal, setiap wanita amat digalakkan untuk membuat pap smear lima tahun sekali.  Sekiranya keputusan pap smear menunjukkan hasil abnormal, ujian akan dibuat sekali lagi dan doktor mungkin akan mencadangkan supaya pesakit membuat colposcopy untuk meneliti dengan lebih terperinci bahagian serviks. Jika keputusan abnormal tersebut adalah prakanser, ia akan dibuang.

STAGE KANSER SERVIKS


Stage 0 : Sel kanser ditemui pada permukaan serviks sahaja.

Stage 1 : Sel kanser telah merebak ke serviks dan uterus.

Stage 2 : Sel kanser telah merebak ke serviks dan uterus serta tisu-tisu berdekatan.

Stage 3 : Sel kanser telah merebak ke bahagian bawah vagina dan menyebabkan tersekatnya saluran kencing.

Stage 4 : Sel kanser telah merebak ke organ-organ lain yang berdekatan.

SUPLEMEN TERBAIK UNTUK DIAMALKAN UNTUK MENCEGAH KANSER SERVIKS


Suplemen terbaik yang sesuai diamalkan untuk mencegah kanser serviks adalah VIVIX.  Vivix berfungsi untuk melindungi sel dan membaiki sel sekiranya terdapat sel yang rosak.

Bagi wanita yang telah didiagnos sebagai pesakit kanser serviks, Vivix sangat bagus untuk diamalkan setelah selesai rawatan kemoterapi kerana ia membantu mengembalikan tenaga.  Hal ini kerana Vivix boleh menambah bilangan mitokondria dalam sel badan.  Mitokondria merupakan pusat tenaga sel, lebih banyak mitokondria, akan menyebabkan seseorang menjadi lebih sihat dan lebih bertenaga.


Namun begitu, harus diingat bahawa Vivix BUKAN ubat untuk merawat kanser.  Cuma, dengan pemahaman cara Vivix berfungsi dan amalan minum Vivix secara konsisten, mudah-mudahan terhindarlah kita dari semua penyakit kronik ini.

Yang utama, sentiasa dapatkan kebenaran daripada doktor yang merawat sebelum mengamalkan Vivix.

....


Lagi kisah menarik tentang kanser dan Vivix, boleh baca di :

 +   Pesakit kanser : Antara berjuang atau hanya berserah

PEMBELIAN VIVIX


Sekiranya anda ingin mencegah daripada menghidapi penyakit kanser servik ini atau anda merupakan seorang pesakit kanser serviks, anda boleh mengamalkan Vivix.

Pembelian Vivix dengan harga jimat, boleh klik rajah di bawah.


Pembelian Vivix menggunakan kad debit atau kredit, boleh klik rajah di bawah.



Your Shaklee Leader,

Fina Nawawi,012-538 9844

Bizarre Empire

Copyright FINA NAWAWI