AFB Feeds

16 August 2019

LIVE LIKE A BABY !


Sodiqin si baby yang tak berapa nak baby ni sejenis morning person.
Dia bangun seawal 5.30 am – 6.00 am termasuk hari cuti.

Hari-hari dia bangun tidur dia terus jalan kedek-kedek mengadap toys.


Hari ni dia mengadap robot. Sambil main dengan robot, bercakap dan gelak dia sorang-sorang. Bukan ada kawan pun, kakak tidur lagi, abang balik kampung.

Bahagia & happy je dia.

Saya yang baru lepas solat subuh tadi perhatiiiiiiikan je.
Walaupun sekadar duduk memerhati dan melihat je, terasa juga tau tempias bahagia dan happy Sodiqin ni.  Seronok tengok dia.......

Dari situ teringat pula kelas Afnan Rosli dan dari situ saya faham tentang vibration.

Budak-budak ni, diarang takde dosa.
Hati diarang pun suci bersih, takde dendam.
Jadi, diarang vibrate pada vibration yang sangat-sangat tinggi atau kata lain, sangat-sangat positif.
Disebabkan itu, orang-orang yang ada berhampiran dengan budak-budak pun akan rasa vibrations yang sama...akan rasa bahagia, happy, tenang macam tu.

Bestkan ?

Kita pun sebaik-baiknya macam tu juga kan ? Barulah orang seronok dan selesa nak berdamping dengan kita sebab kita sebarkan vibration bahagia, happy tenang pada orang-orang keliling kita.

Yang saya belajar, rupanya mudah je nak jadi macam tu.

Semudah LIVE LIKE A BABY !

Macam Sodiqin, dia bangun tidur, terus pegi buat benda yang dia suka, which is main.  Kita pun boleh..buatlah benda yang kita suka, yang buat kita teruja.  Buat sebanyak mungkin.  Contohnya, kita suka pokok.  Jadi pagi-pagi sebelum pergi kerja, kita layanlah pokok dulu..lepas tu, petang nanti lepas balik kerja, layan lagi. Haaa..kan bahagia tu.

Next, macam saya cakap tadi, baby ni tiada dosa dan tiada dendam.. Jadi, kita pun janganlah buat perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa dan jangan juga simpan dendam dalam hati.  Dosa & dendam vibrate pada kadar vibration yang sangat-sangat rendah.  Let go semua dendam.  Bila takde dosa dan dendam, orang pun sayang.

Kemudian, senyumlah sentiasa dan gelaklah selalu.  Baby kan macam tu kan ? Cair hati kita kan kalau tengok baby senyum..kalau baby gelak, kita pun tak pasal-pasal gelak sama. Sooooooo comel !

Dan last sekali, rehatlah secukupnya.  Baby bila cukup tidur, diarang takde pun merap & buat ragam.  Macam tu juga kita sebab kita perlukan tenaga secukupnya. Cuma, kerja kita bukanlah kita tidurrrrrrrr je.  Tips dari Afnan Rosli, tidur pukul 9.00 pm dan bangun pukul 12.00 am.  Tidur dalam tempoh &  waktu tu bersamaan dengan kita tidur selama 9 jam walaupun hakikatnya kita tidur 3 jam je.  Saya dah buat..berkesan !

Bila dah LIVE LIKE A BABY ni, bersedialah korang untuk rasa bahagia dan happy sentiasa, like a baby......


Fina Nawawi
Always healthy, always happy

Copyright FINA NAWAWI