Diabetes memberi kesan buruk kepada fungsi badan yang lain seperti berikut :
.
.
.
Saya secara peribadi berpandangan cara paling baik untuk mencegah atau mengawal diabetes adalah dengan mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Namun, sejauh mana kita mampu melakukannya ?
1. Mata
Penyakit diabetes boleh menyebabkan mata menjadi kabur akibat katarak atau buta akibat kerosakan saraf.2. Risiko pemotongan kaki
Pesakit diabetes sangat sinonim dengan potong kaki. Hal ini disebabkan oleh paras gula yang terlalu tinggi telah mengganggu sistem peredaran darah dan kerosakan saraf terutamanya di kaki kerana kaki merupakan anggota paling bawah. Luka dan kesan lecet boleh mengakibatkan jangkitan kuman yang serius dan proses penyembuhan berlaku sangat perlahan. Bagi mengelakkan jangkitan merebak ke kawasan lain, kaki pesakit perlu dipotong.3. Buah pinggang
Penyakit diabetes sangat berkait rapat dengan penyakit buah pinggang. Hal ini kerana buah pinggang terpaksa bekerja keras untuk memproses kandungan gula yang tinggi dalam darah.4. Jantung
Pesakit diabetis juga berisiko untuk mendapat serangan jantung termasuk strok atau angin ahmar.5. Mati pucuk di kalangan lelaki
Kerosakan saraf dan pengaliran darah yang perlahan boleh menjejaskan fungsi alat sulit lelaki yang menghidap kencing manis. Hati-hati wahai lelaki !.
.
.
Saya secara peribadi berpandangan cara paling baik untuk mencegah atau mengawal diabetes adalah dengan mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Namun, sejauh mana kita mampu melakukannya ?
No comments:
Post a Comment